kata-kata hikmah..

Pesan Luqman Hakim pada anaknya, Hai anakku, bila engkau berteman, tempatkanlah dirimu padanya sebagai orang yang tak mengharapkan sesuatu daripadanya. Namun, biarkanlah dia yang mengharap sesuatu darimu

Jumaat, 28 November 2008

zikrullah.. dua dalam satu masa..

salam...

adakala kita boleh buat dua benda dalam satu masa, kan?
dan.. boleh fikir dua perkara dalam satu masa juga..
[kalau nak kata cakap mulut kata lain, otak pikir lain, tu dah terkeluar tajuk..]

pernah ke baca dua zikir dalam satu masa?

cubalah... mulakan dengan sebut Ya Hayyu Ya Qayyum, dalam masa sama sebut Laa ila haa illallah... dalam masa sama faham maksud yang disebut yakni disebut bukan takat di lidah dan hati saja.. rasakan kelazatannya seperti makan dua jenis makanan yang enak..

apa yang saya nak sampaikan, bila latihan begini telah biasa dilakukan, maka sebutan Laa Ila Haa Illallah itu akan sentiasa kita sebut setiap masa meskipun pada waktu yang sama kita memikir dan bercakap hal2 lain ...

kalau tak percaya, cubalah ... buat dulu tapi jangan cepat putus asa... moga berjaya..

wallahualam...

1 ulasan:

anonymous berkata...

terimakasih puan,

zikrullah bagaimana yang puan maksudkan? saya kurang jelas. 2 zikir dlm satu masa? contohnya, menyebut di lidah, "subhanallah", dan di hati tetap menyebut kalimah "lailahaillah", serta akal memahami kedua-dua sebutan sedemikian?

sekiranya demikian, saya ada melakukannya. cuma masih kurang.
setelah 25 tahun, baru saya faham apa itu "alhamdullillah". nyata sekali zikir saya tidak dengan akal. terima kasih kerana ingatkan saya.


semalam baru saya faham bahawa, tidak layak ta'zim bagi manusia serta sekalian makhluk. segala puji hak allah, sekiranya seseorang itu berilmu, jangan dipuji orang itu, pujilah allah, kerana ilmu datang dari allah. kalau orang itu cantik, rajin, baik budi jangan dipuji orang itu, pujilah allah. kerana da yang berkehendak. dan segala puji hanya layak bagi nya sahaja.

kini, saya cuba untuk tidak ta'zim kepada manusia, sesiapa pun mereka. cukuplah berterima kasih kepada mereka, kerana berterima kasih kepada mereka bagai berterimakasih kepada allah jua.