kata-kata hikmah..

Pesan Luqman Hakim pada anaknya, Hai anakku, bila engkau berteman, tempatkanlah dirimu padanya sebagai orang yang tak mengharapkan sesuatu daripadanya. Namun, biarkanlah dia yang mengharap sesuatu darimu

Jumaat, 31 Oktober 2008

kenali tipudaya Iblis & syaitan

sebenarnya banyak sangat yang boleh diceritakan... dan banyak yang boleh dibincangkan..
cuma, kali ini saya nak cerita sedikit saja.. selebihnya saudara-saudara dan para sahabat sekalian boleh jadikan kisah ini panjang jadi satu buku dengan mengaitkan kisah saya ini dengan diri dan persekitaran tuan-puan semua, asal saja mau berfikir dan memikir ..

begini, bismillah hirrahmaanirrahiim...
pada suatu malam, saya telah melewati waktu tidur saya, dah lebih tengahmalam...
namun saya masih belum dapat melelapkan mata, memikirkan tentang Tuhan Yang Maha Esa, meneliti kembali kata-kata, perlakuan dan perkara-perkara yang kulakukan pada siang tadi yang pasti banyak kesalahan dan menjadi kemurkaan ALLAH ...
Keadaan semakin gelisah dengan tangisan yang tak dapat ditahan hingga sebutan2 zikir yang biasanya dapat melelapkan mata tak juga dapat membantu saya untuk berdiam, malah semakin menjadi-jadi tangisku...
maka, tiba-tiba saja saya tersentak dan tersedar bahawa saya sebenarnya telah dipermain dan dibuai oleh iblis dan syaitan untuk menjadikan saya terus leka agar saya tidak dapat bangun jam 3 pagi nanti yang mana pasti saya mengantuk atau tidak terjaga pun akibat lambat tidur..
Rupanya dah selalu saya terpedaya... Pasti mereka sangat seronok dapat menipu seorang hambaALLAH yang lemah lagi bodoh..
Barulah kutahu tipudaya iblis dan syaitan ini bukan hanya bisikan-bisikan berbuat jahat semata-mata, bahkan juga bisikan-bisikan berupa kebaikan yang melalaikan bagi menghalang ibadat ketaatan kita kepada ALLAH

begitulah, seperti juga contoh lain, bilamana kita sering memikirkan nasib ramai golongan kurang bernasib baik, yang hidup dhaif lagi fakir sehingga kita terpanggil untuk menghulurkan bantuan sebanyak yang kita terdaya. Maka, kitapun puas dan seronok kerana telah berbuat amal sedekah yang pasti mendapat ganjaran pahala dari ALLAH..

Walhal, kita lupa dan lalai (atas tipudaya iblis dan syaitan juga) bahawa ada yang lebih dahulu layak dan wajib diutamakan iaitu ahli keluarga kita, pekerja kita, sahabat-sahabat kita, jiran2 kita yang juga hidup kais pagi makan pagi, dan kadangkala tak dapat kais apa-apa pun hanya kerana kita tidak pernah bertanya khabar dan keperluan mereka.. Bukankah mereka ini lebih dahulu wajib diutamakan?!!

apakah ALLAH redha dengan perlakuan kita ini?
apakah kita tidak memikir kenapa hidup dan hati kita masih belum tenang, masih tidak dekat dengan ALLAH, meski kita telah lakukan banyak amal soleh dan kebajikan?
carilah jawapan dari diri dan hati anda sendiri..

Marilah kita sama-sama berdoa ke hadrat ALLAH tabaraka wa ta'ala agar kita sentiasa dapat mengenal tipudaya iblis dan syaitan agar tidak tergolong dari orang-orang yang rugi.

Rabu, 29 Oktober 2008

lintasan-lintasan hati


kepada para sahabat, saya ingin mengajak anda semua membaca tulisan kisah benar saya ini. Selain mengambil iktibar kepada peristiwa yang berlaku kepada saya dan suami, saya ingin mengajak saudara semua meneliti setiap ayat dan CARILAH KESALAHAN YANG TERDAPAT DALAM SALAH SATU AYAT (hanya satu seingat sayalah) DI DALAM ARTIKEL DI BAWAH INI. NYATAKAN KENAPA DAN APA KESALAHAN SAYA.

Hint: Moral cerita: berhati-hati dengan lintasan-lintasan fikiran di dalam hati kita kerana ALLAH atas kekuasaanNYA yang Maha Luas, bisa saja menunai segala lintasan2 tersebut meski tidak dinyata/diminta. Wallahualam.

suatu hari, hari yang cerah... sangat cerah...
disebabkan hari sangat cerah, saya dan suami ke tempat kerja dengan skuter saja.. iya lah.. kami kerja di pejabat yang sama dan selain itu dapatlah jimatkan kos pengangkutan yang sangat mendadak naik selain itu kami boleh sampai dengan lebih cepat, cumanya saya yang sangat alahan kepada debu dan asap menyebabkan muka saya ditumbuhi jerawat yang banyak dan asthma saya tetap aktif seperti selalu... subhanaALLAH....

3 perkara di sini...
1. kenaikan harga barang dan minyak bukanlah semata-mata memberi keburukan dan mudharat kepada kita, ia juga membuatkan kita lebih berjimat-cermat dan berhati-hati dalam menguruskan urusan kewangan dan kehidupan harian. bukankah ini satu manfaat dan fadhilat yang baik?
2. apabila kita berjimat-cermat, tentu kita tidak melakukan pembaziran terutama kepada perkara yang tidak perlu.. perhatikan berapa banyak telah kita bazirkan selama ini..
3. jerawat bagi seorang tua, masa muda2 dia tak nak tumbuh.. hahaha.. ini juga amaran buat saya agar sedar diri... huhuhu..
4. asthma, sakit yang menyerang tidak perlu bersebab samada masa dalam udara bersih (dlm kereta) maupun kotor (naik motor).. maka ianya berlaku dengan kehendak ALLAH.. terima lah dengan redha dan bersyukur atas nikmatNYA.. namun, jangan sampai tidak berusaha untuk berubat dan menjadi sihat... ikhtiar wajib dilakukan..

maka, suatu hari yang cerah itu.. sangat cerah hingga awan gemawan tersusun indah di langit yang biru dan bersih dengan jaluran2 awan yang menawan..
kami naik motor seperti selalu, melalui jalan-jalan yang penuh sesak hingga ke kawasan perumahan yang teratur dan berterabur di sepanjang jalan ke rumah ibu saya untuk bertemu keluarga dan anak-anak kami...

seperti biasa, saya akan sentiasa berfikir... aduh! agaknya bila otakku mau berhenti berfikir dan berzikir... huhuhuhu...
saya menerawang memikir keindahan dan nyaman serta indah dan cerahnya cuaca hari itu..
sedang melamun (al-maklum, bukan saya yang memandu.. saya dok kat belakang dengan senang hati je..) hinggalah, terlintas di benak saya:
"Oh! bagusnya cuaca hari ini.. sangat cerah dan indah... tak hujan seperti hari-hari sebelum ini..

tak sampai seminit pun aku berkata dalam hatiku, sebaik lepas jejantas yang sedang dalam pembinaan untuk lebuhraya kajang-seremban, maka tiba-tiba, dengan kebijaksanaan ALLAH yang Maha Kuasa, hujan turun dengan selebat-lebatnya!!!
saya terpana.. terkedu.... mana mungkin hujan di tengah-tengah cuaca panas begini.. lebat pulak!!! Ya ALLAH!!!

seminit dua perjalanan (agaknya lar..), setiba di kawasan seterusnya (di kawasan bekas tapak pembuangan sampah bersebelahan taman burung unta), dah tak hujan lagi... tanah kering sekering-keringnya dengan langit yang cerah secerah-cerahnya sama seperti sebelum tadi...

Adui...!!! meskipun tak sampai seminit kami mengharungi perjalanan dalam hujan lebat, namun sudah cukup buat kami berdua basah kuyup lenjun... huhuhu....

huh!!! benar begitu... ALLAH memang sangat berkuasa atas sesuatu meskipun adakala kita rasa tak mungkin... itulah yang dimauNYA..

maka, berhati-hati bila berkata, meskipun di dalam hati..
bila datangnya lintasan-lintasan hati begini, apakah perlu kita lakukan?
1. istighfar
2. mohon ALLAH jauhkan segala fikiran-fikiran buruk dan jauhkan dari segala godaan dan tipudaya iblis dan syaitan yang menyesatkan...
3. berkatalah yang sebaiknya apabila menikmati sesuatu yang indah dan baik, maka ucapkanlah syukur ke hadrat Ilahi yang memberikan nikmat kepada kita...

wallahua'lam....

p/s: sapa2 tak percaya cerita saya, cukuplah ALLAH sebagai saksi saya..

Selasa, 28 Oktober 2008

Wahai Pejuang Penegak Kebenaran...

Maka, sifat tawadhuk kepada seorang pejuang kebenaran bukan hanya kepada golongan orang-orang soleh dan orang-orang awam (yakni dakwah yang ingin disampaikan) tetapi juga kepada rakan-rakan seperjuangan meskipun antara mereka sering berselisih pendapat, kecuali kepada orang yang sombong, kerana pasti mereka akan lebih sombong lagi..

Maka, apabila datang seorang yang mengatakan sesuatu yang kelihatan jahil atau tidak difahami atau seorang yang menimbulkan keraguan akan kata-katanya janganlah terus diberi hukuman atau hilang sifat tawadhuk itu tetapi pertama-tama sekali hendaklah minta penjelasan dari beliau akan ucapannya itu. Setelah jelas kedudukannya, barulah diberikan nasihat dengan penuh hikmah. Agar tindakan susulan anda sebagai pejuang penegak kebenaran tidak melenyapkan rasa hormatnya kepadamu (bahkan sesiapa yang menyaksikan kata-katamu) yang boleh menjadi fitnah atas dirinya dan dirimu.

“Dan rendahkan dirimu kepada pengikut-pengikutmu dari kaum mukminin” (QS Asy-Syu’araa: ayat 215)

Bahawa ilmu seorang yang cinta kepada ALLAH, yang salik kepada ALLAH yang dipenuhi cahayaNYA keimanan dan taqwa hendaklah seperti ibaratnya resam padi.. semakin berisi semakin tunduk..

jangan sehingga kata-kata menunjukkan mengarah kesombongan diri (meski tidak bermaksud seperti itu atas sebab salah faham), hendaklah sentiasa bersikap tawadhuk agar sentiasa dihormati dan menjadi contoh akhlak yang mulia kerana sifat-sifat dan akhlak yang baik dapat menarik minat semua orang untuk mendengar berita dan kata-kata dari seorang pejuang kebenaran.

Maka hendaklah menjaga tutur kata dan akhlak kepada sesiapa juga hatta seorang yang jahil yang ingin jadi professor serba tau. heh heh heh... [maaf tuan.. bukan bermaksud ingin mencari salah atau benar, bahkan saya berterima kasih kerana peristiwa itu membuat saya berhati-hati akan kekurangan diri saya terutama saya yang kurang adab apabila amarah menguasai diri hingga iblis dan syaitan tertawa riang ]

kata Sheikh Ahmad Ibn Athaillah,
Setiap ucapan yang keluar merupakan pakaian hati yang mengeluarkannya..

Dan bahawa seorang pejuang penegak agama yang berjuang kepada kebenaran yang bercahaya hatinya adalah seperti ibarat yang saya tulis di artikel terdahulu bertajuk: Antara Orang Awam Dan Ulamak.. [klik di sini.. http://aryna914.blogspot.com/2008/09/antara-orang-awam-dan-ulamak.html]
Kata Sheikh Ahmad Ibn Athaillah lagi,
“Barangsiapa diberi izin padanya di dalam memberi keterangan, maka dapat difahami ibaratnya oleh para pendengar & dilahirkan isyaratnya kepada mereka.”

“Sungguh engkau dalam akhlak budi yang luhur” (QS Al-Qalam: 4)

Saya tak perlu mengingatkan kisah-kisah Para Nabi atau para sahabat tentang akhlak dan sifat tawadhuk ini kerana ramai telah maklum tentang hal ini, malah semestinya lebih arif dari saya yang serba kekurangan ini.

Tetapi ingin saya ceritakan tentang seorang yang pandangan matanya dapat menundukkan mata yang melihat yang mana beliau bila berkata hanya bila perlu sahaja namun menusuk tajam ke jiwa hingga ada hati yang hitam menjadi putih bersih.

Kisah beliau,
Dalam menyampaikan dan menunaikan amanat ALLAH yang diberi kepadanya, sering dia memberi tazkirah kepada jemaahnya agar terang dan jelas segala ibadat. Namun, dalam hampir setiap tazkirah yang diberi akan terdapat 2 orang yang jahil pasti mencantas dan mencelah sewaktu beliau sedang memberikan nasihat dan panduan. Antara kedua mereka akan mengulang atau menambah kata-kata mengikut akal fikiran kejahilan mereka masing-masing.

Namun, beliau yang sering tidak tidur berhari-hari kerana menyampaikan seruan dan amanat yang dipertanggungjawabkan, tidak pernah sama-sekali marah atau menunjukkan ketidaksenangannya akan gangguan-gangguan mereka itu melainkan beliau akan berdiam sehinggalah kedua-dua mereka itu akhirnya diam juga kerana lelah. Setelah itu beliau akan menyambung kembali tazkirah yang terganggu dan meluruskan kata-kata kejahilan mereka yang salah pengetahuan itu tanpa menuju terus mengatakan mereka salah.

Saat terakhir sebelum berpisah, barulah dia menegur dan memberikan nasihat akan segala kesilapan jamaahnya (yakni secara umum, tidak ditujukan terus kepada si pembuat kesilapan demi menutup aib mereka) Beliau menegur dengan cara bercerita tentang kisah-kisah teladan dan syairnya hingga kesemua jamaah mengalir airmata keinsafan. (samada keinsafan itu kekal atau sementara, tetap kata-kata beliau menyinarkan cahaya dan hidayah dari ALLAH Swt).

berikut kata-kata yang sangat bercahaya dari Sheikh Ahmad Ibn Athaillah:

“CAHAYA PARA HUKAMA’ (ORANG-ORANG MAKRIFAT) selalu mendahului ucapan-ucapan mereka, maka sekiranya mendapat cahaya maka sampailah ucapan itu”

maaf... saya tidak menulis terlalu panjang.. bimbang mengeliru dan membosankan..

tambahan:
Abu Laits meriwayatkan dari Said bin Al-Musayyab berkata, Nabi Muhammad SAW bersabda:-
"Puncak akal sesudah iman pada ALLAH pandai bergaul dengan sesama manusia,
dan berhubungan dengan mereka,
dan tidak akan binasa orang yang suka musyawarah,
dan tidak akan selamat orang yang hanya fanatik dengan pendapat sendiri.
Dan apabila ALLAH akan membinasakan seorang, maka pertama yang dirosak cara berfikirnya.
Dan orang-orang yang baik di dunia ini, mereka pula orang-orang yang baik di akhirat,
juga ahli mungkar (kejahatan) di dunia ini, mereka juga yang celaka di akhirat."

wallahualam bissawab..

p/s: kali ini saya tulis sedikit draf kerana artikel kali ini sangat berat untuk dinyatakan. Tambahan saya seorang yang sangat bodoh lagi kurang ilmu dan bahawa saya menulis hanya kerana pengalaman saya menemui ramai pejuang-pejuang penegak agama yang bertelingkah bahkan ada yang memaki hamun serta mendoakan keburukan kepada rakan-rakan seperjuangan yang berlainan fahaman, namun kita tetap sama-sama umat Nabi Muhammad SAW yang berjuang untuk agama Islam yang mulia.

Khamis, 23 Oktober 2008

ujian musibah & ujian nikmat ALLAH

saya tak nak lah bicara tentang bagaimana menangani masalah atau memberikan petua untuk tenangkan jiwa apabila ditimpa musibah. Bagi yang membaca keseluruhan artikel saya tentu telah faham cara-cara saya gunakan untuk mendapatkan ketenangan jiwa dan bagaimana saya tangani masalah dan ujian ALLAH yang didatangkan kepada saya meskipun adakalanya saya tewas juga..
lagipun, dah banyak blog2, artikel2 yang tentang hal ini dibincangkan oleh pakar2 motivasi yang lebih arif. Boleh lah anda dapatkan perincian kepada permasalahan anda dari mereka.

saya cuma menulis untuk diri saya (al-maklum untuk sapa saya tulis blog ini kalau bukan untuk diri sendiri... huhu... ia seperti nota untuk ingatkan diri saya yang sangat pelupa lagi lalai..) untuk berfikir dan muhasabah diri tentang nikmat ujian musibah dan nikmat ujian nikmat.. sekiranya bermanfaat bagi sesapa yang membaca, Alhamdulillah...
************************************************************************************

Firman ALLAH swt:-
"Kami akan menguji kamu dengan keburukan dan kebaikan sebagai cubaan (yang sebenar-benarnya). Dan hanya kepada Kamilah kamu dikembalikan." (Surah Al Anbiyaa': ayat 35)

أَمْ حَسِبْتُمْ أَن تَدْخُلُواْ الْجَنَّةَ وَلَمَّا يَأْتِكُم مَّثَلُ الَّذِينَ خَلَوْاْ مِن قَبْلِكُم مَّسَّتْهُمُ الْبَأْسَاء وَالضَّرَّاء وَزُلْزِلُواْ حَتَّى يَقُولَ الرَّسُولُ وَالَّذِينَ آمَنُواْ مَعَهُ مَتَى نَصْرُ اللّهِ أَلا إِنَّ نَصْرَ اللّهِ قَرِيبٌ
***
"Apakah kamu mengira bahwa kamu akan masuk Surga, padahal belum datang kepadamu (cobaan) sebagaimana halnya orang-orang terdahulu sebelum kamu. Mereka ditimpa oleh malapetaka dan kesengsaraan, serta digoncangkan (dengan bermacam macam cobaan) sehingga berkatalah Rasul dan orang -orang beriman bersamanya " Kapankah datangnya pertolongan Allah" . Ingatlah sesungguhnya pertolongan Allah itu amat dekat " ( QS. Al Baqarah : 214 )

saya sering didatangi fikiran-fikiran yang membimbangkan tentang ayat di atas terutama setelah mengetahui bagaimana orang2 soleh terdahulu kesemuanya dihadapkan cubaan dan dugaan yang berat sehingga kita memikirkan apakah kita akan dapat menjaga keimanan dan sabar menghadapi dugaan sebegitu. Padahal cubaan yang sedikit dengan ditimpa sakit saja kita sudah mengeluh dan mengurangkan ibadat seharian ketaatan kepada ALLAH..

saya juga sangat bimbang apabila saya merasakan saya belum lagi mendapat dugaan yang berat kerana kehidupan saya meskipun sangat sederhana namun berkecukupan semuanya, melainkan sakit saya yang tidak meninggalkan saya barang seharipun yang kadangkala menghalangi ibadat saya kerana terlalu tidak berdaya.. namun ia tidak saya anggap ujian2 saya terima adalah ujian yang berat seperti ayat tersebut.

maka, beberapa hari lalu, tanggal 20 Oktober pada tengah malam saya SMS adik saya di Mekah.. (subhanaALLAH.. tempat suci yg doa sangat mustajab! ALLAH hu ALLAH!!!)
beliau bertanya saya kesihatan kami, maka saya katakan padanya, Alhamdulillah, bahawa semua keluarga sihat wal afiat. kemudian kutambah,
"Bila tiada ujian musibah datang padaku, kakak selalu bimbang takut nikmat di akhirat tiada buatku kerana telah diberikan di dunia.."

atas kehendak ALLAH Yang Maha Kuasa, tak habis 24 jam SMS kuhantar, tiba-tiba aku demam pada tengaharinya dengan selsema dan bersin berpanjangan.

Sebaik pulang ke rumah, kulihat ketiga-tiga anak-anak kecilku sakit kesemuanya termasuk ibuku yang telah tua. Mereka demam, asthma dan kegatalan kulit pada waktu yang sama. Walhal, pagi itu mereka kutinggalkan dengan sangat sihat dan gembira.

Kini, telah 3 hari berlalu, keadaan kami belum pulih, bahkan bertambah berat.Demam dan Asthma yang menyerangku semakin ganas hingga ubat-ubatan belum berkesan. Begitu juga anak-anakku yang tidak dapat tidur lena hingga menyebabkan saya suami isteri berjaga malam untuk mendapatkan ubat buat mereka. Seluruh jadualku berubah dan terganggu terutama kesukaran untuk bernafas dan bergerak yang menghalang amalan harianku. Sungguh kasihan melihat anak-anakku dan ibu yang tua menahan kesukaran bernafas dan demam begitu. Saya hanya meminta mereka bersabar dan tabah menghadapi dugaan ALLAH..

Padanlah muka saya ini.. Seorang yang bodoh dan tidak tahu untuk bersyukur atas ujian nikmat yang ALLAH kurniakan meskipun SMS terdahulu sebelumnya telah kuterima mengingatkan saya tentang ujian berupa nikmat dari ALLAH..
katanya,
"kakandaku, janganlah sebutkan diri sudah beriman bila belum sabar dengan cobaan yang ALLAH berikan. Terkadang cobaan datangnya dari saudara, teman, suami & anak, terkadang dengan pujian dan hinaan"

maka, janganlah sesekali kita tersalah cakap atau meminta agar sesuatu keburukan diberikan oleh ALLAH demi untuk menguji keimanan dan ketakwaaan kita meskipun kerana bimbang ALLAH tidak memberikan nikmatNYA kepada kita hanya kerana kita telah merasakannya di dunia.

Terimalah apa saja kurniaNYA samada ujian musibah maupun ujian nikmat dalam keadaan yang sama saja untuk disyukuri (anggap kedua-duanya sama saja sebagai ujian keimanan dan ketakwaan). Kerana, ALLAH tidak akan berikan sesuatu yang tidak dapat kita menanggungnya. Begitu kasih ALLAH kepada hamba-hambaNYA.

Moga kita tergolong dalam golongan yang beriman dan bertakwa. wallahu'alam bissawwab.

Selasa, 21 Oktober 2008

bicara...

berbicara.. berbincang.. dan berkata-kata sering dikaitkan dengan lidah..
seperti artikel saya sebelum ini, lidah merupakan anggota yang menentukan nasib anggota-anggota tubuh lain di akhirat nanti..
sekiranya baik lidah mengeluarkan kata-kata, maka baiklah ganjaran dari ALLAH, begitulah sebaliknya..

kata-kata kita bahagikan kepada 3 bahagian golongan yang berbicara:-
1. golongan yang tidak peduli apa yang dikatakan samada berguna, bermanfaat atau tidak kepada orang-orang yang mendengar
2. golongan yang berfikir dahulu kadang-kala tidak berfikir langsung terutama ketika kemarahan (hawa nafsu) menguasai akal fikiran
3. golongan yang sentiasa berfikir dan takut untuk mengeluarkan kata-kata kerana takut Murka ALLAH yang boleh merosakkan amal ibadat dan ketaatan kepada ALLAH, lebih menakutkan melibatkan kecintaan ALLAH kepadanya.

Golongan pertama adalah golongan yang belum mendapat hidayah dari ALLAH

Golongan yang kedua, kebanyakan adalah yang telah mendapat hidayah dari ALLAH, namun belum dapat mengekang hawa nafsu mereka..
Antara cara yang dapat diamalkan bagi mengawal hawa nafsu dan membuang sifat-sifat mazmumah yang ada di hati kita adalah:-
a) tiap saat sentiasa menyebut nama ALLAH... amalkan zikrullah (dimaksudkan adalah segala bentuk zikir, selawat, istighfar, syahadah dsb) sebanyak yang boleh tanpa lalai kerana saat terlalai itulah masuknya iblis dan syaitan hingga kita terlepas lidah yang berbisa
b) berpuasa.. kerana perut yang lapar dan haus dahaga dapat mengisi jiwa dengan takwa dan iman bilamana kita akan sentiasa ingat dan sedar kekurangan yang ada pada diri kita sebagai bukti kebesaran,kekuasaan dan kesempurnaan ALLAH Azzawajalla..
hikmah berpuasa boleh dirujuk seperti berikut: http://cybermosque.mpsj.gov.my/hik_puasa.html

Golongan ketiga adalah golongan yang tergolong dalam golongan orang-orang yang bertakwa.
sepertimana firman ALLAH:
"MEREKA TIDAK BERKATA-KATA, KECUALI SIAPA YANG TELAH DIBERI IZIN KEPADANYA OLEH TUHAN YANG MAHA PEMURAH, DAN IA MENGUCAPKAN KATA YANG BENAR" (surah An Nabaa: Ayat 38)

wahai adikku yang kucintai, moga sifat-sifat diam-bicaramu dan sabarmu dapat kumiliki, kerana tiap kata-katamu walaupun sedikit adalah hikmah yang menusuk jiwa, yang berkesan kekal di hati.

[akan ditambah bila datang ilham dari ALLAH.. InsyaALLAH]

wallahu'alam bissawwab..

p/s: moga artikel yang ini dapat menggantikan kehilangan yang telah saya perbuat selepas asar tadi di blog ustaz alghari. amiiin...

CINTA.. SAHABAT.. kerana ALLAH..

kita sering mendengar ungkapan bahawa cintaku kepadamu kerana ALLAH..
kasihku kepada nya kerana ALLAH..
maka, apakah makna pengertian sebenar dari ungkapan ini?!
selain daripada sebab berlaku adalah samada untuk menyelamat atau membimbing sidia ke jalan yang diredhai ALLAH, atau semata-mata kerana tuntutan sunnah Rasulullah untuk berpasangan atau menyambung silaturahmi..
sebahagian lagi seperti saya adalah kerana agar termasuk dari 7 golongan yang mendapat perlindungan di akhirat sepertimana hadith RASULULLAH SAW bersabda yang antara maksudnya: “... Sebilangan manusia yang dinaungi Allah di bawah naungan-Nya pada hari kiamat iaitu hari yang tidak ada sebarang naungan padanya selain naungan Allah; di antaranya ialah dua orang yang berkasih sayang kerana Allah yang kedua-duanya berkumpul dan berpisah untuk mendapat keredaan Allah... ” (Riwayat Abu Daud dan Ibnu Majah)
dan... Hadith Rasulullah SAW berkata,
Demi yang diriku ada di Tangan-Nya, tidaklah seorang hamba itu disebutkan beriman sehingga dia mencintai bagi saudaranya apa yang dia cintai bagi dirinya sendiri."(Diriwayatkan AL-bukhary dan Muslim)

saya senang ungkapkan seperti syair saya berikut:-

Maka perangilah emosimu
Telah keterlaluan Melangkaui akalmu
Tak habis-habis mendesak dan memaksa
Sedangkan cintamu haruslah
Merayu dan membimbing dia untuk cintakan Maha Pencipta,
Bukan merayu dia ‘tuk dirimu sendiri
Itu tamak artinya…
Seharusnya kau meminta dia ‘tuk memuji Yang Khaliq,
Bukan meminta dia memuji dirimu
Itu riak artinya…
Haruslah kau ‘tuk memimpin dia berjalan di titian hidup menuju Yang Hakiki
Bukan memimpin dia ‘tuk berjalan denganmu di titian awangan
Itu angan-angan artinya…
Seharusnya kau ‘tuk memahami dia, Bukan dia ‘tuk memahamimu
Itu pentingkan diri artinya…
Seharusnya kau menghiburkan dia,
Bukan mengharap dia menghiburkanmu
Itu mengundang kebencian artinya..
Seharusnya kau ‘tuk menjadikan dia
Sahabatmu yang tak kau harap suatupun dari kebaikanmu terhadapnya
Bukan menjadikan dia sahabat yang tidak mengharapkan sesuatupun darimu
Itu kehancuran dalam perhubungan akhirnya..
Maka kembalikan akalmu di tempatnya
Kurunglah emosimu hingga jaya telah di tanganmu
Baru lah kau datang kembali katakan padaku
Cintamu ini adalah kerana ALLAH!
Maka pasti DIA takkan sia-siakanmu


apabila bersahabat, menyintai seseorang, hendaklah kita tidak mengharapkan balasan atau apa2 kebaikan dibalas oleh sahabat kita itu atas apa yang kita berikan walau sedikitpun darinya apabila telah terlalu banyak yang kita berikan sekalipun, kecuali mengharapkan doa, nasihat dan keikhlasannya terhadap kita
hendaklah kita mengambil berat dan bertolak ansur serta mengutamakan dia seperti kita utamakan kepentingan diri kita.. tetapi bukanlah dengan paksaan atau berlebihan hingga dia lemas atau hingga kita meninggalkan kepentingan terhadap urusan kepada ALLAH (termasuk hal2 peribadi dan keluarga)
hendaklah menghormati adab dan tatasusila bersahabat atau bercinta agar diberkati
ALLAH akan hubungan tersebut..
hendaklah segala kata-kata dan perbuatan kita untuk manfaat bersama selagi tidak memberikan bebanan kepada mana-mana pihak antara keduanya
hendaklah juga mengambilkira perasaan pihak-pihak ketiga yang terlibat sama, seperti ibu, bapa, adik beradik, suami/isteri, dan rakan-rakan yang lain

wallahu'alam...

Isnin, 20 Oktober 2008

MAKRIFATULLAH, MELIHAT ALLAH & TAQWA

[kpd yang belajar tasawuf, pemegang ilmu ghaib (hakikat) terbahagi kepada 2 golongan iaitu:
1. Jalan Golongan yang mencari (golongan berilmu (tingkat tinggi) dengan cara belajar)
2. Jalan Golongan yang dicari (disebut sebagai ilmu laduni - wallahu'alam bissawwab)
untuk maklumat lanjut, sila cari guru tasawuf yang diyakini.. kepada sesiapa yang tidak percaya ilmu ini, tidak perlu ambil tahu]

Firman Allah : “Dimana kamu hadap di situlah wajah Allah SWT.” (Al-Baqarah : 115)

Yang meminta tidak mendapat
Yang mencari tidak bertemu
Yang berharap tidak berhasil

itu kerana...
Yang meminta, mencari, berharap dan berusaha itu sedang menuju kepada Tuhan mereka dengan penuh kecintaan dan harapan bersama bekalan,
sedangkan yang lalai diberikan Tuhannya petunjuk tanpa di sangka-sangka kerana dia sering tidur dan tersesat jalan di dalam perjalanannya yang gelap gelita menuju Tuhan tanpa bekalan.
betapa besar kasih dan adilNYA ALLAH azzawajalla terhadap para hambaNYA.

Lalu, golongan manakah yang lebih beruntung dan paling mulia di sisi ALLAH?!

Bukan antara keduanya melainkan mereka yang paling bertaqwa..
Sesungguhnya yang paling mulia antara kamu di sisi Allah (SWT) adalah yang paling bertakwa.” (Surah al-Hujurat, ayat 13)

Dan, golongan yang paling rugi, adalah mereka yang terpedaya dengan tipu daya syaitan yang mendatangkan pesona, keajaiban & ilmu yang sesat yang disangka benar..

Maka, berpesan-pesanlah kita dengan kesabaran dan kebenaran Moga kita tergolong dari hamba ALLAH yang bertaqwa...
[QS: Al-'Asr 1-3] Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar.

kerana itu, kita wajib berguru dan bila kita tidak pasti antara beberapa perkara, maka mengadap lah kepada ALLAH.. minta petunjukNYA.. dan usahakan sehingga perkara tersebut jelas... kerana itu juga kita wajib berguru lebih dari seorang, bahkan lebih dari dua dan tiga..

semoga kita semua mendapat taufiq, hidayah & rahmat dari ALLAH yang Maha ESA..

wallahualam..

menangis seorang hamba ALLAH yang cinta kepada Tuhannya

Kalau dulu kita menangis kerana sedih, sakit, dianiaya, ditimpa musibah, resah, duka maupun kerana suka..

bila dipancar hidayah ALLAH, kita menangis kerana mengingat dosa-dosa, kerana usia yang telah disia-siakan, kerana takut berbuat dosa, kerana takutkan azab nerakaNYA, kerana takut ALLAH murka.. maka, kita mula sedar hal ini lebih besar dan dahsyat dari musibah yang menimpa. maka, kita tidak lagi dapat menangis kerana urusan dunia..

setelah kita melihat sifat-sifat ALLAH Yang Maha Perkasa dan Maha Penyayang , (makrifat kepada ALLAH), kita juga menangis kerana rindu, kerana cinta yang tidak dapat ditahan-tahan buatNYA hingga kita tidak dapat bersabar untuk menemuiNYA, hingga kita tidak lagi menangis kerana selainNYA.. maka, menangis lah kita dengan sangat banyak sekali hingga lupa dan tidak peduli kepada masalah dunia dan musibah yang menimpa atau apa saja yang ALLAH mahu timpakan ke atas kita..
(atas sebab-sebab hanya yang mengalami saja dapat memahami seperti seorang ibu yang merasa nikmat melihat wajah bayi yang baru dilahirkan hingga hilang segala kesakitan waktu bersalin.. wallahualam..)

dan kemudian,ditambah kita juga menangis kerana cela dalam diri dengan sifat2 mazmumah yang masih dikuasai hawa nafsu yang masih belum dapat dibuang, dilenyapkan sepenuhnya dari hati. kerana adakala, (meskipun sgt sedikit) kita masih lagi merasa gembira dan berbangga saat dipuji, masih seronok dan masih lalai saat menikmati nikmat duniawi, masih sayang pada harta meskipun sedikit, masih belum dapat berpuasa dengan sempurna, bahkan masih lagi belum dapat melihat ALLAH dalam tiap solat..
Maka, bagaimana kita dapat menghadap kepadaNYA nanti dengan sifat2 tercela lagi hina ini??!!

Oleh itu, sedaya upaya tanamkan di dalam sanubari , Janganlah aku menangis selain kerana ALLAH... InsyaALLAH, kita akan lebih sabar dan tabah menghadapi segala kesusahan dan ujian musibah yang datang dari ALLAH kerana tiap yang diberi mengandungi rahmatNYA dan untuk kebaikan diri kita yang menerima.

["Apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan hanya dengan mengatakan "kami telah beriman" dan mereka tidak diuji?" (QS: Al-Ankabut:2)]

dari Ust. Abdullah Affandi yang sering mengirim syairnya ini:-
Engkau menangis ketika ibu melahirkanmu
sementara orang2 di sekitarmu tertawa penuh gembira
menyambut kelahiranmu
sekarang, berbuatlah untuk bekal di hari kematianmu
Sementara orang2 di sekitarmu meratap & menangisi kepergianmu
sementara engkau tertawa penuh gembira
menyambut kematianmu
kerana Yang Maha Kuasa merinduimu & memanggilmu

wallahu'alam..

Mutiara Kata::
~~Menangisi perpisahan akibat gagal bercinta adalah satu pembaziran mutiara jernih kita dan juga menguji sejauh mana kebodohan kita tetapi dengan menangisi dan menyesali akan dosa kita lantas meminta pengampunan dariNya akan lebih menjamin dunia dan akhirat~~

Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.(Surah Al-Baqarah ayat 216)

Jumaat, 17 Oktober 2008

keajaiban ALLAH.. (untuk belajar mencintai ALLAH)

seorang saudara perempuanku datang kepadaku, katanya, dia sering didatangi mimpi yang kadang-kadang baik, kadang-kadang buruk.katanya lagi, mimpi2 itu biasanya memberikan alamat kepadanya yang sering menjadi kenyataan dalam bentuk yang ditafsirnya..
Dia meminta pandangan ku tentang hal yang ajaib berlaku pada dirinya yang dia rasa sangat hairan dan takjub atas kebesaran ALLAH..

kataku kepadanya, bahawa Demi ALLAH yang Maha Kuasa lagi Bijaksana, tidaklah aku dijadikan ALLAH sebagai seorang peramal, tukang sihir maupun tukang tilik..
Aku tidak pernah mengandaikan mimpi2 sebagai sesuatu yang perlu aku ambil berat dan fikirkan keanehan dan keajaibannya meskipun banyak dari mimpiku adalah benar. MasyaALLAH.. SubhanaALLAH....

Bukanlah apa yang kita mimpi itu yang wajar untuk dikagumi dan difikirkan tetapi, adalah KEBESARAN ALLAH YANG MENJADIKAN MANUSIA DAPAT BERMIMPI ITULAH YANG SEBENARNYA PERKARA AJAIB SEBAGAI BUKTI KEBESARAN DAN KEAGUNGAN ALLAH yang wajib disyukuri.

maka, janganlah kita mencari-cari maupun memikirkan perkara-perkara ajaib lagi pelik lagi menakjubkan kerana semua itu boleh jadi datang dari ALLAH, boleh jadi juga datang dari Iblis dan syaitan dengan tujuan menyesatkan kita kerana ketaksuban dan keyakinan kita kepada perkara-perkara sebegini boleh saja menjadikan kita samada riyak, ujub yang menjurus kita kepada syirik dengan tidak kita sedari sehingga sia-sia segala amalan dan bakal dicampak ke neraka. Nauzubillah minzaliq.
Hendaklah kita sedar, kita bukan hidup di zaman Nabi Isa AS atau Nabi Musa AS di mana keajaiban2 dari mukjizat Nabi Isa AS & Nabi Musa AS dapat membuat umatnya beriman kepada ALLAH..
Cukuplah mukjizat yang didatangkan ALLAH kepada junjungan kita Nabi Muhammad SAW iaitu Al-Quran'ul Karim..

Cukup juga bagi kita memerhati sekeliling dan setiap benda kejadian ALLAH cipta untuk melihat kebesaran dan keagungan NYA hatta apa sekalipun bagi yang mau berfikir..
Ambil saja contoh benda yang kita pegang.. fikirkan dan selamilah tentang betapa ALLAH kurniakan nikmat ilham dan nikmat ciptaanNYA dari satu benda yang boleh dijadikan benda lain pula dan dari benda yang tidak berguna menjadi benda yang sangat berguna kepada manusia. Dari benda yang tidak berguna kepada seorang, menjadi benda yang sangat berguna kepada seorang yang lain. Begitu juga, lihat di bawah, di depan dan di atas kepala kita.
Dengan melihat awan, bulan, bintang, matahari juga antara cara mudah untuk melihat kebesaran Ilahi meskipun kita tidak menemukan keajaiban seperti bentuk2 tulisan ALLAH, Muhammad dan sebagainya atau melihat awan turun ke bumi dan sebagainya. Cukup bagi kita melihat dan merenung kejadian awan, bulan, bintang dan matahari itu sendiri yang mana tidak satupun antaranya mempunyai kuasa melainkan semua bukti atas kebesaran, kekuasaan dan keindahan ciptaan ALLAH semata-mata. Kalau ciptaanNYA saja sudah begitu menakjubkan, bagaimana ALLAH itu sendiri?!

Renungkanlah biar sekecil dan seremeh mana sekalipun makhluk di depan kita sambil kita jangan sekali-kali meninggalkan zikrullah dan solat agar tidak terpesong dan terpedaya oleh bisikan dan ajaran iblis & syaitan.

Begitulah cara kita merenung dan mengagungkan kebesaran dan kekuasaan ALLAH dalam proses awal untuk mencintaiNYA.
Tolong jangan sekali-kali merenung tanpa zikrullah kerana dikhuatiri masuk Iblis dan syaitan ke hati kita dengan menyesatkan akidah kita.

wallahu'alam bissawwab..

Khamis, 16 Oktober 2008

madah SMS .. (berbalas SMS lah utk berfikir)

kataku kpd dia seorang ulamak, anak seorang ulamak besar di Medan,
sekiranya aku tidak dapat membantumu di akhirat,
moga aku dapat menolongmu di dunia
sekiranya kau tidak dapat membantuku di dunia,
moga kau dapat menolongku di akhirat

nasihatnya kepadaku,
istighfarlah kakak agar tidak riyak.
dan.. pesan ayah "JANGAN PERNAH MENGHARAP PERASAAN YANG ANEH, PENGLIHATAN YANG AJAIB ATAU TANDA, TAPI, MINTALAH INGATANMU KEKAL KEPADA ALLAH, dan janganlah terfokus (terpesona, taksub) dgn tanda atau hal2 ajaib itu.."

kataku lagi kepadanya,
Demi Tuhan,
jangan kau cari-cari dimana ALLAH letakkan dirimu di sisiNYA
tapi, carilah di mana kau letakkan ALLAH di dalam dirimu
Jangan kau cari-cari pandangan ALLAH padamu
tapi carilah kesalahanmu pada pandangan ALLAH
Jangan kau tanya apa yang ALLAH beri padamu
tapi tanyalah dirimu apa yang telah kau beri pada ALLAH
Jangan kau fikir-fikir dzat ALLAH dalam kau memikir ciptaanNYA
tapi fikirkanlah sifat-sifat ALLAH dalam kau memikir ciptaanNYA

jawabnya kepadaku,
barang siapa yang takut kepada sesuatu, maka ia lari daripadanya
barang siapa yang takut kepada ALLAH, maka ia akan lari kepadaNYA

dan balasku kepadanya,
sesiapa yang mencintai makhluk ALLAH maka di suatu hari pasti kehilangannya
sesiapa yang mencintai ALLAH maka di suatu hari pasti mendapatkanNYA


***************************************************************************
AsySya'bi berkata: Annu'maan bin Basyir RA khutbah di atas mimbar, sesudah mengucap syukur kpd ALLAH ia berkata, Saya telah mendengar Rasulullah SAW bersabda:
" Seharusnya kaum muslimin itu nasihat menasihati di antara mereka, dan kasih sayang di antara mereka, bagaikan satu anggota badan, jika menderita sebahagian, maka menjalar ke lain bahagian sehingga tidak dapat tidur, sampai hilang sakitnya dari anggota itu."
dan....
Abdullah bin Umar meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW. telah bersabda :
قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ:"الرَّاحِمُونَ يَرْحَمُهُمُ اللَّهُ، ارْحَمْ مَنْ فِي الأَرْضِ يَرْحَمْكَ مَنْ فِي السَّمَاءِ
Maksudnya :“Orang-orang yang mempunyai sifat rahmah (pemurah dan kasih sayang) akan disayangi oleh Allah. Sayangilah orang-orang yang ada di bumi, nescaya kamu akan disayangi oleh orang-orang yang berada di langit.”HR. Al-Tabrani dalam Mu’jam al-Kabir.
*******************************************************

sesungguhnya aku memang tidak layak menasihat seorang ulamak yang penuh ilmu,
namun, kerana dia adikku yang kucintai kerana ALLAH, yang meskipun jauh lebih tinggi ilmu dariku yang sangat fakir ilmu akhirat ini, dia tetap seorang manusia yang kadang-kala terlalai kerana kesibukan mengurus orang lain yang memerlukan nasihat dan bimbingannnya hingga terlupa pada diri sendiri. bahkan ingatan2 begini adalah utk diriku sendiri sebagaimana tulisan2 ku di dalam blog ini adalah untuk diri ku sendiri juga yang sangat hauskan ilmu, nasihat dan peringatan...

wallahu'alam..

Rabu, 15 Oktober 2008

TANDA-TANDA CINTAKAN ALLAH

Tanda-tanda awal:-

1. Solat tidak lagi menjadi perkara berat untuk dilaksanakan sebaliknya akan sangat mudah dan dinanti-nanti waktu hadirnya.
2. Mula merasa menunaikan solat sesuatu yang mengasyik & menenangkan jiwa & fikiran sehingga sangat seronok untuk melakukan sebanyak-banyaknya seperti seorang kekasih yang seronok untuk menatap dan mengadu kepada kekasihnya dengan sebanyak-banyaknya
3. Zikir kepada ALLAH adalah menjadi kata-kata yg paling digemari walaupun kadang-kala terlalai atas urusan duniawi
4. Kurang bercakap atau tidak bercakap yang sia-sia (bercakap bila perlu sahaja)
5. tiba-tiba hilang perhatian kepada material duniawi seperti kalau dulu suka berbelanja atau bersuka-ria atau suka kepada hiburan maka kini mula menjauh diri kerana hilang minat sebaliknya lebih suka menyendiri dan muhasabah diri
6. sering menangis bila mengingat dosa yang pernah dilakukan sekalipun sangat kecil
7. sering menangis kerana takutkan azab neraka yang tidak mampu menahannya
8. sering mengingati bagaimanakah keadaan menghadapi azab kubur
9. sering merasakan bahawa nyawa akan dicabut malaikatmaut pada bila-bila masa saja
10. tidak runsing atas segala yang berlaku pada dirinya samada masalah atau musibah yang datang melanda kerana percaya atas apa yang ALLAH kehendaki ke atasnya adalah kebaikan
11. sentiasa bersyukur tetapi bimbang saat menerima nikmat ALLAH yang merupakan satu ujian menguji keimanan diri
12. sering khuatir tindakan yang dilakukan pada setiap waktu apakah diberkati dan dirahmati ALLAH atau dimurkai Tuhan
13. sering merasakan musuh paling utama adalah diri sendiri yang mempunyai sifat2 mazmumah yang sukar dibendung dan dikawal
14. tiap saat merasakan telah melakukan banyak kesalahan dan dosa
15. sentiasa meminta ampunan dari ALLAH dan yakin bahawa ALLAH adalah Tuhan Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang
16. sering muhasabah diri pada setiap hari dan malam
17. lain-lain perkara yang tidak disebut. Wallahu’alam

Tanda-Tanda Telah Mencintai ALLAH

1. Solat bukan lagi semata-mata kerana perkara fardhu yang wajib tetapi adalah perkara yang dinanti-nanti dan dirindu pada setiap saat seperti seorang kekasih yang rindu untuk bertemu kekasihnya
2. Zikir bukan lagi semata-mata kerana sunnah yang dituntut melainkan kerana perasaan asyik dan tenang jiwa bila menyebut nama ALLAH yang Maha Agung seperti seronok dan asyiknya seorang kekasih menyebut nama kekasihnya
3. Nama ALLAH sentiasa disebut-sebut di dalam hati, fikiran dan sanubari sehingga terbawa-bawa dalam tidur juga menyebut namaNYA seperti seorang kekasih yang selalu bermimpi dan mengigaukan kekasihnya sewaktu beradu
4. Melakukan ibadat & ketaatan bukan lagi kerana ingin mendapat balasan pahala atau kerana takutkan azab neraka, tetapi kerana rasa tanggungjawab dan kecintaan yang mendalam dan merasa sangat bersalah apabila terlalai dari melakukan ketaatan yang telah sebati dilakukan selama beberapa waktu seperti seorang kekasih yang sanggup melakukan apa saja yang disukai kekasihnya dan membenci apa saja yang dibenci kekasihnya semata-mata kerana perkara itu disukai atau dibenci kekasihnya
5. bila hanya kepada ALLAH tempat bergantung dan tempat pengaduan segala perkara
6. bila tidak lagi mendengar panggilan dan kata-kata orang sekelilingmu kerana asyiknya memuji dan memuja ALLAH seperti asyiknya seorang yang sedang mabuk bercinta dengan kekasihnya
7. bila celaan & hinaan orang dengan mengatakan gila, sakit, atau tidak siuman hanya kerana kita terlalu rindu dan sentiasa mengingat dan memuja kebesaran dan nikmat ALLAH seperti halnya seorang kekasih yang gila bayang dan kelihatan suka menyendiri kerana mengingat dan memuja kekasih hatinya
8. banyak lagi yang lain2 yang belum diizin ALLAH untuk saya sebutkan di sini… wallahualam bissawab

Isnin, 13 Oktober 2008

antara orang yg lupa & yg berakal...

ada 3 golongan yang bila bangun pagi,
1. akan duduk sebentar dan berfikir, apakah perkara yang akan dilakukan pada hari ini untuk dirinya
2. akan duduk sebentar dan berfikir, apakah perkara yang akan dilakukan ALLAH pada hari ini terhadap dirinya
3. tidak pernah peduli apakah yang akan dilakukannya atau apa yang ALLAH akan lakukan pada dirinya pada hari ini..

juga.. begitu pada waktu malam sebelum tidur...
1. golongan yang berfikir apakah yang telah dilakukan pada hari ini yang telah dicapai dan dilepaskan dan memikirkan apakah yang akan dicapai esoknya..
2. golongan yang berfikir apakah yang telah berlaku kepada dirinya oleh ALLAH yang telah dicapai dan dilepaskan pada hari ini dan apakah masih ada esok untuknya..
3. golongan yang tidak peduli apa yang telah dicapai atau dilepaskan pada hari ini kerana esok masih ada..

maka, golongan yang manakah satu kita ini?!

kata Sheikh Ahmad ibn Athaillah,
Orang yang lupa akan tauhidnya, bila pagi-pagi selalu berfikir apa yang akan dilakukan..
dan orang yang berakal dia selalu berfikir apa yang bakal diperbuat ALLAH kepadanya..

Ya ALLAH...
aku tidak dapat membalas padaMU
bila tiap kali kubuka mataku
aku melihat kebesaran dan kekuasaanmu
namun aku masih berangan-angan
Ya ALLAH...
aku tidak dapat mendahuluiMU
bila tiap kali kugerakkan anggotaku & akalku untuk duniaku
aku melihat kemenangan dan kebenaranMU
namun aku masih leka
Ya ALLAH...
bila saat untuk kupejam mataku
aku melihat kasih sayang dan rahmatMU
namun aku masih berduka

Khamis, 9 Oktober 2008

aku.. ( khas kpd yg tanya2 sapa aku...)

Tuhan...
aku yang jahil lagi hina dengan sifat-sifat tercela yg nyata & tersembunyi ini
kini berjalan menujuMU, kembali kepadaMU
mengharap maghfirohMU
Tuhanku...
aku mengharap ampunanMU, redha & rahmatMU
Sungguh nikmat syurga tidak layak buatku
Namun, aku jua tidak upaya menahan siksa nerakaMU
Ya Tuhanku...
aku tidak peduli apakah balasan syurga buatku
tidak juga aku peduli apakah balasan pahala di atas amalanku
kerana semua itu adalah urusanMU
aku hanya khuatir apakah cintaku ini mendapat balasan dariMU
Ya ALLAH...
aku tidak peduli andai dunia tidak lagi memandangku
aku hanya bimbang KAU berpaling dari memandangku
aku juga tidak peduli hilang rindu mereka yang kukasihi padaku
aku hanya takut hilang rinduku padaMU
Ya ALLAH...
janganlah KAU bolak-balikkan hatiku tetapkanlah aku tiap saatku..
tiap hembusan nafasku rindu dan cinta padaMU
hingga tiada ruang lagi untuk selainMU
Ya RABB...
اهدِنَــــا الصِّرَاطَ المُستَقِيمَ tunjukkan aku jalan yang lurus
pancarkanlah cahayaMU
dari segenap tubuhku, dari hatiku, dari jiwaku, dari kata-kataku, dari penglihatanku, dari pendengaranku, dari jari-jemariku, dari huluran tanganku, dari tiap langkah kakiku, dari tiap hembusan nafasku, juga dari wajahku
agar terang perjalananku menujuMU
agar dapat sampai aku kepadaMU
Ya ILAHI...
Terima lah aku yang telah kembali kepadaMU
permudahkanlah perjalananku menuju kepadaMU

Ya ALLAH... Ya ALLAH... Ya ALLAH... Ya Rahmaan... Ya Rahiim... Ya Ghafur rur Rahiim.. Amiin.. Ya Robbal Alamiin...

Rabu, 8 Oktober 2008

apakah CINTA kepada ALLAH?!

Ungkapan cinta..
mudah diucap... kadang-kadang tidak faham maksud ungkapan yg indah ini..

apabila kita tiba-tiba merasa sayang kepada seseorang atau sesuatu (spt wang? perhiasan?), maka kita akan berusaha sedaya upaya untuk mendapatkannya biar bagaimana susah sekalipun, hingga kadang-kadang kita sanggup menggadai harga diri sendiri dan maruah orang lain. siang malam kita tidak senang diam kerana asyik memikirkan orang atau harta yang kita cintai. bahkan kita sering tidak sabar-sabar mau melihatnya, menatapnya dan bertemu dengannya.. kita juga tidak pernah peduli apa akan terjadi kepada diri kita asal saja kita mendapat apa yang kita cintai. kita juga tidak pernah peduli apakah yang kita akan perolehi akibat mencintai orang atau harta tersebut melainkan balasan cinta juga. [jika kepada manusia, asal kekasih kita juga cinta pada kita, dan jika harta asal saja harta itu kita miliki dengan sepenuhnya]. Menyebut namanya saja sudah buat kita mabuk asmara dan hilang pertimbangan.. terasa seakan-akan terbang melayang menuju kepadanya..

maka... begitu juga orang yang cinta kepada ALLAH..

CINTA...
bila hatimu bergetar saat namaNYA disebut
bila jiwamu bergelora saat namaNYA kau sebut
bila airmatamu mengalir saat kau sangat rindu mengingatiNYA
bila kau tidak sabar-sabar ingin bertemu lagi denganNYA (solat)
bila kau tenggelam dalam asyik saat namaNYA diseru (azan, zikir)
bila kau khusyuk tunduk saat ayat2 cintaNYA dibacakan (Al-Quran)
bila kau diuji dengan musibah dan nikmat dariNYA
namun, kau masih mampu tersenyum dan mengucap syukur
bahkan semakin mendalam iman dan taqwamu padaNYA
di saat musuh-musuhNYA menabur fitnah dan kebencian, kau bangkit membelanya
dengan sepenuh jiwa ragamu tanpa peduli nasib dirimu dan keluargamu
bila kau sangat takut akan murkaNYA di saat kau berbuat salah, melanggar laranganNYA
bila kau menyesal dan mencela dirimu di saat kau lalai dari suruhanNYA
bila kau sering memohon ampun kerana bimbang DIA berpaling darimu
bila kau hanya mengadu hal & urusanmu kepadaNYA
bila apa saja yang kau lakukan untuk membuat DIA sayang padamu
bila tiada sesaat pun kau lupa menyebut namaNYA
bila tiada sesaat pun kau lalai dari suruhan dan laranganNYA
bila kau sanggup tinggalkan seluruh harta dan kepunyaanmu kerana NYA
bila kau tetap tersenyum saat harta dan keluarga yang kau sayangi diambilNYA
bila tiada suatupun balasan yang kau harap dariNYA selain cinta dan rahmatNYA
bila kau ingin berbuat sesuatu, kau memikirkan DIA terlebih dahulu
bila kau menyayangi seseorang, sesuatu hanya kerana cintamu padaNYA
bila kau membenci seseorang, sesuatu hanya kerana DIA membencinya
bila hanya DIA yang memenuhi hati dan jiwamu dan tiada sesiapa lebih kau rindu dan cinta selainNYA

sebelum dapat kau penuh keseluruhan atau sebahagian dari perkara-perkara di atas, belum lah cukup cintamu pada ALLAH kerana masih terdapat cintamu kepada dunia dan selain dariNYA