kata-kata hikmah..

Pesan Luqman Hakim pada anaknya, Hai anakku, bila engkau berteman, tempatkanlah dirimu padanya sebagai orang yang tak mengharapkan sesuatu daripadanya. Namun, biarkanlah dia yang mengharap sesuatu darimu

Selasa, 23 September 2008

antara orang awam dan ulamak...


Kelmarin, aku datang padamu
Membawa lara dan siksa padaku
Berdekad lama membelenggu hidupku
Namun, ungkapanmu nan ringkas
Telah jadikan aku seorang
Sangat pemaaf dan redha
atas ketentuanNYA buat ku
Hingga aku sangat tenang
sangat damai

kerana percaya aniaya manusia ke atas ku
Adalah rahmat dari ALLAH untuk aku dicintaiNYA

Semalam, aku datang lagi padamu
Membawa hinaan dan celaan orang padamu
Yang mengotori sedikit tinta di wajahmu
Namun, ungkapanku nan panjang menjela
Tak langsung dapat mendamaikanmu
Hingga aku tidak tenang kerana
Mendatangkan amarah dan kecewa di benakmu
meski kau sangat tenang di permukaan

kau telah lama berpaling dari fitnah dunia

kau telah lama lenyap dalam cinta ALLAH

Maka, sedarlah aku…
Kata-katamu bak air memadamkan api
manakala kata-kataku bak api membakar sanubari

Firman ALLAH:
Dan, aku menyerahkan urusanku kepada ALLAH. Sesungguhnya ALLAH Maha Melihat akan hamba-hambaNYA. Maka ALLAH memelihara dari kejahatan tipu daya mereka.
(Al-Mu’min: 44-45)

Kisah: dari Sheikh Ahmad ibn Athaillah
Telah datang seorang guru duduk berhampiran Muhammad bin Wasi’ lalu bertanya tentang jamaah pengajiannnya, dikatakan hati jamaahnya tidak ada yg khusyuk, mata mereka tidak ada yg mencucurkan airmata dan tidak ada yg menyeramkan bulu roma apabila diberikan nasihat.
Maka jawab Muhammad bin Wasi’ bahawa hal itu mungkin disebabkan oleh kamu sendiri (si guru) kerana nasihat itu keluar dari hati yang ikhlas bercahaya dan akan meresap ke dalam hati yang mendengarnya. Tapi, kalau keluar dari hati yang tidak ikhlas dan hanya sebagai penghias bibir saja, maka nasihat itu tidak akan meninggalkan bekas di dalam hati para pendengar.


Kata pujangga:
Terkadang ALLAH memberikan nikmatNYA
Berupa dugaaan meskipun berat terasa
Dan terkadang juga ALLAH menguji sebahagian orang
Dengan memberikan nikmatNYA

Tiada ulasan: