kata-kata hikmah..

Pesan Luqman Hakim pada anaknya, Hai anakku, bila engkau berteman, tempatkanlah dirimu padanya sebagai orang yang tak mengharapkan sesuatu daripadanya. Namun, biarkanlah dia yang mengharap sesuatu darimu

Selasa, 5 Januari 2010

penggunaan kalimah "ALLAH"

bismillah hirrahmaannirrahiim...

selawat dan salam buat Nabi Muhammad SAW, keluarga serta para sahabat baginda.

ada ke mereka (termasuk sorang bekas mufti tu..) kata yg dulu sebelum Islam, mrk guna nama Allah, termasuk bapa Nabi juga... (ni kata bekas mufti..,link klik di sini )

namun penyokong2 beliau suka menggunapakai persoalan nama bapa Nabi Muhammad yang dinamakan Abdullah (bermakna Hamba ALLAH)sebagai menguatkan hujah mereka dalam menyebarkan tauhid rubbubiyyah mereka yang sering dikaitkan dengan agama "nasrani" dan yahudi. persoalan saya: apakah pegangan kepada tauhid 3 serangkai ini menyebabkan beliau menyokong penggunaan nama Allah buat yang bukan Islam juga? apakah dengan ini juga membawa pengertian kepada sebahagian kita bahawa kita membenarkan atau lebih tepat bersetuju bahawa mereka adalah "ahli kitab". bukankah sebahagian kita yang hanya beriman dengan kalimah syahadah meyakini bahawa ahli kitab selain Islam adalah terbatal sebaik Rasulullah SAW lengkap menerima kitab Al-Quran?)..


apabila di dalam akhbar, menyiarkan antaranya kata-kata berikut:-


"Datuk Dr Haron Din berkata, menyokong kepada sesuatu perkara yang salah di sisi Islam juga secara tidak langsung boleh menyebabkan berlakunya kekufuran dan syirik."Saya menyeru kepada sahabat-sahabat saya supaya mempertimbangkan semula pendirian mereka.
"Kalau kita sokong perkara yang kufur, kita pun secara tak langsung akan kufur sama," katanya dalam sidang media di kediamannya di sini hari ini.
" [bagaimana, dr MAZA?!]


link klik di sini


masalahnya, keutamaan bukan sebelum atau selepas tu guna nama Allah.. tapi, perkataan mrk guna nama Allah sebelum datangnya Islam (yg dibawa Nabi Muhammad SAW) adalah dari agama Samawi. .kita boleh terima.

Yang kita tak boleh terima adalah selepas kedatangan Islam (diingatkan: yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW!) semua agama Samawi tidak lagi boleh diterima pakai oleh mana2 umat Nabi Muhammad (samada beriman dengan Allah dan RasulNYA atau tidak).

Oleh itu, pada pendapat saya, sebutan Allah tidak sama sekali dapat diterimapakai oleh sesiapa jua melainkan yang beriman kepada Allah dan Nabi Muhammad SAW SAHAJA KERANA seandainya mereka meyakini akan kitab2 Nabi terdahulu dan mengakui berada di landasan agama Samawi (ahli kitab), maka sudah tentu mereka telah ISLAM!

Nabi s.a.w bersabda “ Demi Allah yang jiwa Muhammad di tanganNya, tidak seorang pun Yahudi dan Nasrani(Kristian) yang mendengar tentang diriku lalu mati tanpa beriman dengan risalah yang dengannya aku diutus(iaitu Al-Quran), maka dia termasuk penghuni api neraka”(DiRiwayatkan oleh Muslim dalam Sahihnya).
Jelas, sesiapa yg berpegang kepada kitab2 Allah terdahulu dari Al-Quran sudah pasti mereka berpegang kepada ajaran Nabi Muhammad SAW iaitu Islam, maka dakwaan sebagai ahli kitab tidak wujud lagi
..

apa yg saya bimbangkan bila penerimaan sebutan Allah ini dilaksanakan di Malaysia, maka apa yg berlaku di Indonesia bakal terjadi di sini juga di mana antaranya, akan berleluasalah orang2 yg mengucap kalimah syahadah ini akan menjadikan alasan untuk mengahwini orang2 yang disebut sebagai ahli kitab ini, sedangkan mengikut hukum yang telah ditetapkan negara kita bahawa ia menyamai bersekedudukan (berzinah) .. nauzubillahminzaliq.

wallahualam bissawab..

Khamis, 31 Disember 2009

mengikut hawa nafsu dan sumpah

sedia maklum, hawa nafsu sering menghijab mata hati untuk melihat dan mengambil manfaat dari setiap perkara yang telah ditakdirkan ALLAH buat kita. Bahkan, ada antara kita yang menurut hawa nafsu menggunakan pengetahuan agama yang sedikit untuk kepentingan diri untuk membenarkan segala perbuatan dan kata-kata agar dilihat sebagai tergolong dalam golongan yang benar. Sedangkan jauh di sudut hati, kita tahu ia bertentangan dengan hakikat dan kehendak Ilahi. Inilah satu perbuatan kebodohan yang menambahkan jauhnya kita dari petunjuk dan hidayah ALLAH.

Dan mereka mengadakan bagi Allah apa yang mereka sendiri tidak menyukainya; dalam pada itu, lidah mereka memperkatakan perkara yang dusta, (kononnya) bahawa mereka akan beroleh kesudahan yang baik di sisi Allah. Tidak syak lagi, bahawa bagi merekalah api neraka, dan bahawa merekalah orang-orang yang disegerakan (masuknya ke dalam neraka).(QS: Al-Nahl:62)

Usahlah mendabik dada dengan menyebarkan kita hafal kitab suci Al-Quran dan hafiz kandungannya jika hanya untuk mendapatkan pengaruh dan kepercayaan, sedangkan kita abaikan segala peringatan yang terkandung di dalamnya.

Dan janganlah kamu jadikan pesanan-pesanan dan perintah Allah sebagai modal untuk mendapat keuntungan dunia yang sedikit; sesugguhnya apa yang ada di sisi Allah (dari balasan yang baik), itulah sahaja yang lebih baik bagi kamu, kalaulah kamu mengetahui. (QS:Al-Nahl:94)

Usahlah juga kita bersumpah dengan nama Allah apabila kita mahu menguatkan kata-kata kita semata-mata sedangkan sumpah itu amat dilaknat ALLAH di dunia dan di akhirat sesuai dengan kata-kataNYA di dalam,
(QS:Al-Nahl:94)
Dan janganlah kamu jadikan sumpah kamu sebagai tipu daya sesama kamu, kerana dengan yang demikian itu akan menyebabkan tergelincir kaki kamu sesudah ia tetap teguh (di atas jalan yang benar); dan kamu pula akan merasai balasan buruk (di dunia) dengan sebab kamu menghalangi manusia dari jalan Allah; dan bagi kamu juga disediakan azab yang besar (di akhirat kelak).

maka, sentiasa lah kita beringat bahawa apa yg kita peroleh hanya bersifat sementara dan ALLAH berhak untuk mengambilnya kembali pada bila-bila masa IA sukai.

(Sebenarnya) apa yang ada pada kamu akan habis dan hilang lenyap, dan apa yang ada di sisi Allah tetap kekal; dan sesungguhnya Kami membalas orang-orang sabar dengan memberikan pahala yang lebih baik dari apa yang mereka telah kerjakan.
(QS:A;-Nahl:96)

dan, bahawa telah dijanjikan iblis dan syaitan adalah musuh kita yang nyata.
Allah telah menjanjikan jalan kepada kita untuk mengekang hawanafsu dan hasutan iblis dan syaitan ini.Antaranya yang paling mudah buat kita adalah dengan mengingatkan dan mengamalkan membaca dan memahami kandungan ayat-ayat kalam Allah iaitu Al-Quran nur karim sebagai satu2nya mukjizat kepada Nabi Muhammad SAW yang ditinggalkan kepada kita untuk difahami dan diamalkan sebagai panduan dalam menghadapi kehidupan di dunia ini.

Sesiapa yang beramal soleh, dari lelaki atau perempuan, sedang ia beriman, maka sesungguhnya Kami akan menghidupkan dia dengan kehidupan yang baik; dan sesungguhnya kami akan membalas mereka, dengan memberikan pahala yang lebih dari apa yang mereka telah kerjakan. (QS:Al-Nahl:97)
Oleh itu, apabila engkau membaca Al-Quran, maka hendaklah engkau terlebih dahulu) memohon perlindungan kepada Allah dari hasutan Syaitan yang kena rejam.(QS:Al-Nahl:98)
Sesungguhnya Syaitan itu tidak mempunyai sebarang pengaruh terhadap orang-orang yang beriman dan yang berserah bulat-bulat kepada Tuhan mereka.(QS:Al-Nahl:99)
Sesungguhnya pengaruh Syaitan itu hanyalah terhadap orang-orang yang menjadikan dia pemimpin mereka, dan orang-orang yang dengan sebab hasutannya melakukan syirik kepada Allah. (QS:Al-Nahl:100)

wallahualam..

kesusahan dan musibah..

Tidak ada kesusahan (atau bala bencana) yang menimpa (seseorang) melainkan dengan izin Allah; dan sesiapa yang beriman kepada Allah, Allah akan memimpin hatinya (untuk menerima apa yang telah berlaku itu dengan tenang dan sabar); dan (ingatlah), Allah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu. ( Ayat 11 : Surah at-Taghaabun )

bagaimana dapat kita menghadapinya? bukan mudah nak tenangkan fikiran dan jiwa dengan kata-kata bujukan hati.. Allah telah sediakan caranya dengan lengkap, antaranya ayat berikut:-

“(Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikrullah”. Ketahuilah! Dengan “zikrullah” itu, tenang tenteramlah hati manusia." (QS: Ar-Raad: Ayat 28)

kata Sheikh Ahmad Athaillah:-
TIDAK MENINGGALKAN SEDIKIT PUN DARI KEBODOHAN BAGI SESIAPA YANG BERKEHENDAK MENGADAKAN PADA SESUATU MASA SESUATU YANG LAIN DARIPADA APA YANG DIJADIKAN ALLAH S.W.T PADA MASA ITU.


janganlah kita bodohkan diri dengan mengharapkan suatu keadaan lain bila ALLAH telah tentukan satu keadaan buat kita, samada ia baik atau buruk, kerana DIA lah yg lebih mengetahui setiap perkara terbaik buat kita yang sering kita lupa akan hikmahnya kerana hawa nafsu telah menguasai akal fikiran..




Isnin, 28 Disember 2009

moral dan agama...

Soal moral dan agama adalah perkara yang sangat senang dilafazkan tetapi perlaksanaan adalah bertentangan sama sekali di kalangan sebahagian antara mereka ini. Hal ini sangat menyedihkan saya terutama kebanyakan melibatkan kaum hawa dan hampir seusia saya..

Suami saya amat bimbang kerana ia bagaikan virus yang menular di kalangan isteri yang bekerja. Nauzubillah minzaliq..

Saya tidak tau apakah hal ini terjadi runtunan dari hawa nafsu yang tidak terkawal ataukah ia sebagai lambang kehebatan seorang wanita yang meningkat/melampaui usia 40.. ataukah dugaan bekerja yang terdedah dan percampuran pergaulan di antara lelaki-wanita begitu sangat mencabar ?!

Perkara yang ingin saya sampaikan kali ini berkait dengan salah satu antara kisah yang terjadi. Ia suatu kes yang diceritakan kepada saya oleh tuan punya badan seorang saudara wanita ini beberapa waktu yang lalu.

Wanita ini saya gelarkan A sahaja. Punya anak yang remaja hasil perkahwinan dengan B. Suatu hari, si A terkantoi bila suaminya B terbaca SMS cinta dari kekasih hatinya si C.

Akibat terlalu marah, maka si B menjatuhkan talak ke atas A melalui suatu SMS yang dikirim kepada A. Maka, tanpa merujuk kepada mana-mana pihak, si A yang menganggap talak telah jatuh dan habis edah, lari ke sempadan Thai dan berkahwin dengan C yang telah punya seorang isteri dan anak.

Kemudian, apabila B membawa kes ini ke mahkamah, pihak mahkamah memutuskan talak tidak jatuh kerana jatuhnya talak mestilah dengan lafaz dan saksi.

Hal ini menjadi lebih rumit bilamana si B dengan marah mengatakan kepada si C , "... kalau dah nak sangat kat bini aku, amiklah aku lepaskan dia.. Maka, kata-kata ini dianggap oleh si B yang talak telah jatuh, tetapi tidak dilaporkan.

Apabila mahkamah memutuskan bahawa keduanya masih sah suami-isteri, si A kembali kepada si B dan menjalani kehidupan rumahtangga seperti biasa manakala, si A masih juga berkunjung ke rumah si B dan melaksanakan kehidupan sebagai seorang isteri .

MasyaALLAH.... saya mengharapkan saudara saya ini mendapat jalan penyelesaian yang baik buat semua pihak hendaknya.. semoga kisah ini menjadi iktibar buat kita semua. Seharusnya, setiap permasalahan yang berlaku yang melibatkan soal hukum agama hendaklah dirujuk di jabatan agama negeri terlebih dahulu dengan tidak bertindak atas pemikiran sendiri kerana akibatnya amat berat baik di dunia maupun di akhirat nanti.
Mohonlah kepada ALLAH keselamatan buat kita di dunia dan di akhirat.


Al-Quran > Surah Al- Baqarah> Ayat 235
Dan tidak ada salahnya bagi kamu tentang apa yang kamu bayangkan (secara sindiran), untuk meminang perempuan (yang kematian suami dan masih dalam idah) atau tentang kamu menyimpan dalam hati (keinginan berkahwin dengan mereka). Allah mengetahui bahawa kamu akan menyebut-nyebut atau mengingati) mereka, (yang demikian itu tidaklah salah), akan tetapi janganlah kamu membuat janji dengan mereka di dalam sulit, selain dari menyebutkan kata-kata (secara sindiran) yang sopan. Dan janganlah kamu menetapkan dengan bersungguh-sungguh (hendak melakukan) akad nikah sebelum habis idah yang ditetapkan itu dan ketahuilah sesungguhnya Allah mengetahui apa yang ada dalam hati kamu, maka beringat-ingatlah kamu akan kemurkaanNya, dan ketahuilah, sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Penyabar.


Al-Quran > Surah An-Nisaa'> Ayat 24
Dan (diharamkan juga kamu berkahwin dengan) perempuan-perempuan isteri orang, kecuali hamba sahaya yang kamu miliki. (Haramnya segala yang tersebut itu) ialah suatu ketetapan hukum Allah (yang diwajibkan) atas kamu dan (sebaliknya) dihalalkan bagi kamu perempuan-perempuan yang lain daripada yang tersebut itu, untuk kamu mencari (isteri) dengan harta kamu secara bernikah, bukan secara berzina. Kemudian mana-mana perempuan yang kamu nikmati percampuran dengannya (setelah dia menjadi isteri kamu), maka berikanlah kepada mereka mas kahwinnya (dengan sempurna), sebagai suatu ketetapan (yang diwajibkan oleh Allah) dan tiadalah kamu berdosa mengenai sesuatu persetujuan yang telah dicapai bersama oleh kamu (suami isteri), sesudah ditetapkan mas kahwin itu (tentang cara dan kadar pembayarannya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.

Khamis, 24 Disember 2009

melatah,amarah dan kasih sayang

bismillahhirrahmaanirrahiim...

segala selawat dan salam buat Nabi Muhammad SAW, keluarga dan para sahabat baginda..

moga tidak selamanya, semoga mereka dapat kembali dengan sebenar-benarnya dengan taufik dan hidayah dari ALLAH SWT selepas membaca artikel saya ini dengan amarah yang membara kerana terlalu ikut kata hati dan berburuk sangka atas tindakan mak, ayah dan adik2 mereka ini... amiiinn.... ya rabbal alamiin... , maaf puan dan anak2, menyerang saya di blog hanya membuka aib kalian masing2 kerana sebaiknya diam dan berfikirlah dengan tenang dan berbincang dengan baik dengan ahli keluarga anda lebih baik dari menyerang blog saya yang hanya mewakili satu-dua ahli keluarga mereka.

namun, setulusnya saya telah membuat kesalahan di sini juga. Saya mohon maaf dan ampun kerana tidak melakukannya dengan cara lebih berhemah dan lebih lunak. Saya memang dikenali dengan seorang yang laser dan sangat lurus dalam berkata-kata ( seperti juga almarhum ayah saya).

berikut, ada pesanan dari salah seorang adik perempuan puan yang berkenaan yang saya terima melalui SMS pagi ini..

Surah Al-Nahl: Ayat 111
(Allah akan mengampunkan dosa-dosa mereka itu pada hari kiamat), hari tiap-tiap diri datang membela dirinya semata-mata, dan tiap-tiap diri disempurnakan balasan apa yang ia telah kerjakan (sama ada baik atau jahat), sedang mereka tidak akan dianiaya sedikit pun.

Surah Al-Nahl: Ayat 119
Kemudian, sesungguhnya Tuhanmu terhadap orang-orang yang melakukan kejahatan dengan sebab kejahilan, kemudian mereka bertaubat sesudah itu serta memperbaiki amalannya, sesungguhnya Tuhanmu sesudah (mereka bertaubat) itu, adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.


Bahawa, tidak ada dosa yang tidak diampuni ALLAH biar sebesar gunung atau sebesar bumi apabila kita bertaubat darinya dengan sebenar-benar penyesalan. (melainkan syirik kepada ALLAH). Maka tiada satu makhluk pun yang layak untuk menghina sesiapa pun antara makhluk lain kerana tiada siapa antara kita yang tahu akan kesudahan hayat kita nanti..

Daripada Anas bin Malik R.A berkata : Aku mendengar Rassulullah S.A.W bersabda : Sesungguhnya Allah berfirman (maksud) : Wahai anak Adam! Apabila engkau memohon dan mengharapkan pertolonganKu maka Aku akan mengampunimu dan Aku tidak menganggap bahawa ia suatu yang bebanan. Wahai anak Adam! Sekalipun dosa kamu seperti awan meliputi langit kemudian kamu memohon keampunanKu, nescaya Aku akan mengampuninya. Wahai anak Adam! Jika kamu menemuiku(selepas mati) dengan kesalahan sebesar bumi, kemudiannya kamu menemuiKu dalam keadaan tidak syirik kepadaKu dengan sesuatu nescaya Aku akan datang kepadamu dengan pengampunan terhadap dosa sebesar bumi itu.
- Riwayat imam Tarmizi


bahkan, kita tidak boleh sama sekali berputus asa dari mengharap rahmat dan ampunan dariNYA.. USAHLAH CAKAP DIRI SEBAGAI BAKAL AHLI NERAKA kekal di dalamnya.. SEDANGKAN ALLAH ITU MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENGAMPUN.. seorang yang telah menyesal dari perbuatan salahnya adalah jauh lebih mulia dari seorang yang mendabik dada kerana percaya dikasihi Tuhannya.. (orang yang berputusa asa dan orang yang ujub itu kedua-duanya dilaknat ALLAH )

dan usahlah berburuk sangka... ia membawa padah yang syaitan gemari.

semoga, atas kemarahan dan sikap terburu-buru kalian terhadap artikel saya akan membuatkan kalian faham tujuan ia ditulis yang Demi ALLAH, DIA yang dapat berbuat apa saja atas kita semua, saya tidak sesekali ingin mengaibkan mana-mana pihak.
Kadangkala, bila kita pasang alarm clock yang enak bunyinya tidak dapat membantu utk kita bangunkan orang, kita akan guna suara yang dibenci dan sangat membingitkan telinga untuk membangkitkan mereka yang sedang tidur dan terlepas waktu yang tidak menanti barang sesaatpun.

ia dilakukan kerana kasih sayang dan perihatin yang tinggi yang tidak disenangi kerana gangguan namun semoga berkesan agar waktu yang ditunggu, masa yang tidak menanti itu dapat dimanfaat sepenuhnya. ini kerana ajal tidak pernah menanti waktu kita akan bersedia.. fahamkan? namun, alhamdulillah, bila usaha ke arah itu telah ada, ia sesuatu yang sangat baik dan semoga mendapat keberkatan dari ALLAH SWT.

wallahualam..

Selasa, 8 Disember 2009

sesalan..


sesalan...
sesalan yang kau igaukan tatkala rambut hitammu diputihkan..
sesalan...
akibat salah sangka dan prasangka..
itukah yang kau lakukan...

sedarlah sebelum kau sesal seumur usia..
jangankan kerana...
lantaran mendengar suara-suara cengkerik yang mengerikan
lantaran melihat bayang-bayang hitam yang menakutkan
mengejar..
mengepung titik jingga di akhir senja..
lantaran ketakutan datangnya malam tanpa warna
yang bisa mencorakkan pelbagai ragam..
yang bisa merobek segala perasaan

maka..
pabila melihat mega mendung berlari-lari anak
atau pabila mentari menyapa mesra berbudi
perlukah kau menghukum diri
dan menyesali diri terlalu memuja warna-warna pelangi
membutakan mata dan hatimu mensyukuri nikmat keindahan ciptaan tuhan
yang diwujudkan untuk menceriakan hidupmu..

bangunlah...
sedarlah..
bukalah mata dan hatimu seluas-luasnya..
seluas malam pekatmu tanpa batasan
renungilah titikjingga di celahan warna-warna pelangi
renungilah titikjingga di celahan bintang kejora
bukan sekadar melihat jingga di senjakala..
agar tiada sesalan buatmu di hujung nyawa.


p/s: ada artikel yg saya editkan kerana timbul kekeliruan dan salah-faham dari pihak yang berkenaan. bukan untuk mengaibkan mana-mana pihak kerana saya tidak pernah menyatakan siapa atau nama mereka yang terlibat. Saya tau mereka akan membacanya kerana dengan penuh harapan semoga mereka mengambil pengajaran dan muhasabah diri kerana orang tua dan ahli keluarga mereka telah banyak usaha untuk membantu mereka tanpa mereka sedari. bahkan semoga menjadi peringatan juga bagi semua pihak yang dapat mengambil iktibar darinya. Fahamilah, menyerang dan menulis komen di blog saya hanya mendedahkan aib kalian sendiri kerana saya hanya wakil mereka sahaja utk menyampaikan kekesalan mereka.

wallahualam bissawab...

aryna

riya'...




suatu kisah yang saya ambil dari satu artikel:-

Ibadah Riya
Konon, ada seorang ahli ibadah yang tidak mampu beribadah secara murni untuk Allah tanpa berbuat riya. Pada suatu hari, dia memikirkan kondisi dirinya dan berkata, "Ada sebuah masjid di tepi kota yang jarang didatangi manusia, sebaiknya pada malam hari pergi ke masjid itu, agar tidak ada seorang pun yang melihatku dan aku dapat beribadah kepada Allah dengan tulus dan murni."
Tengah malam buta, dia berangkat menuju masjid tersebut. Kebetulan malam itu hujan turun dengan derasnya, disertai petir dan guntur. Mulailah ia sibuk melakukan salat di dalam masjid itu. Ketika tengah melaksanakan salat, dia mendengar suara, seperti suara langkah kaki manusia. Lalu dia bergumam, "Pasti ada seseorang yang masuk ke masjid." Dia merasa gembira dan semakin giat dalam melakukan salat. Dan dia terus melakukan salat sampai tiba waktu Subuh.

Tatkala langit mulai terang dan hendak keluar dari masjid, dia tidak melihat seorang pun di dalam masjid. Tetapi hanya melihat seekor anjing hitam yang kehujaan dan berteduh di dalam masjid. Dia amat menyesal dan merasa malu pada dirinya sendiri, karena selama berjam-jam dia telah melakukan salat demi dilihat anjing. Dia berkata sendiri, "Duhai diri! Aku datang ke masjid ini demi beribadah kepada Allah secara tulus dan murni, tetapi ternyata aku melakukan semua ibadah itu hanya untuk seekor anjing hitam; betapa rendahnya diri ini."

Dari Rasulullah SAW, "Orang yang mencari keredhaan manusia janganlah harapkan sangat akan keredhaan Allah daripadanya."


Sabtu, 5 Disember 2009

dengarkan janji Tuhanmu..

1 Jan 2009: suami yg sdg menikmati nyamannya udara laut di tanjung piai, indahnya alam, damainya kicauan burung dan bertuahnya dikurnia mata, telinga, dan segala anggota yang sempurna yang semuanya anugerah ILAHI yang sering dilupai kita..


Dengarkan janji Tuhanmu
Wahai jiwa yang tenang
Kesucian hatimu berserta keikhlasan
Pada janji ALLAH
Demi merebut keredhaan dan keampunannya
Demi tubuh yang takkan mampu
Menanggung azabNya
Demi takutku pada murka yang KHaliq
Yang tidak dijanjikan aku lepas dari nerakaMu
Tidak pula ditetapkan syurga buatku

Pada janjiMu Tuhanku
Penyelamat azimat buatku
Bukan pada hambaMu
Tidak pula hartaku
Jauh sekali darjat dan ilmu
Demi harapan pada janjiMu Ya! Al-Qudus..

Kukorban segala milikku bahkan jiwaku
Takku henti biar nyawaku galang gantinya
Belumkah dapat aku menerima janjimu?
Belumkah cukup syarat-syaratmu?
Telah sesatkah langkah ku?
Masih teguhkah aku di bawah LembayungMu?



Mereka mengira dirinya berbudi kepadamu (wahai Muhammad) dengan sebab mereka telah Islam (tidak melawan dan tidak menentang). Katakanlah (kepada mereka): “Jangan kamu mengira keislaman kamu itu sebagai budi kepadaku, bahkan (kalaulah sah dakwaan kamu itu sekalipun maka) Allah jualah yang berhak membangkit-bangkitkan budi-Nya kepada kamu, kerana Dialah yang memimpin kamu kepada iman (yang dakwakan itu), kalau betul kamu orang-orang yang benar (pengakuan imannya). ( Surah al-Hujuraat:17 )

dari Sheikh Ahmad Ibn Athaillah..
JANGAN SAMPAI MERAGUKAN KAMU TERHADAP JANJI ALLAH KERANA TIDAK TERLAKSANA APA YANG TELAH DIJANJIKAN, MESKIPUN TELAH TERTENTU (TIBA) MASANYA, SUPAYA KERAGUAN ITU TIDAK MEROSAKKAN MATA HATI KAMU DAN TIDAK MEMADAMKAN CAHAYA SIR (RAHSIA ATAU BATIN) KAMU.

Khamis, 26 November 2009

sedih tak bersebab..? Qurban dan Pengorbanan?! hati yang hampir mati?!

bismillah hirrahman nirrahim...
selawat dan salam buat Nabi Muhammad SAW, keluarga dan para sahabat baginda..

hari ini saya sangat sayu.. terlalu mudah airmata mengalir.. entahlah kenapa...
tadi malam saya layan anak2 saya menonton godzilla.. saya tidur agak lewat.. dan terjaga semula jam 4:30pagi.. tapi tertidur kembali selepas melayan aryna yang datang mencari ubat aerochamber dengan inhaler asthmanya.
airmata saya menitik saat terdengar azan subuh berkumandang dari masjid taman Panchor Jaya di belakang rumah. Ya ALLAH, terlepas qiamuallail lagi.... apakah dosa2ku belum terampun olehMU sehingga aku telah beberapa hari terlepas qiamullail?! subhanallah....
saya bangun utk mandi, solat subuh dan menyambung menyiapkan barang2 utk balik kampung petang nanti selain menyiapkan minuman utk anak2 saya.
Meninggalkan wang gaji saya kepada suami yang demam untuk membayar hutang piutang, saya terus ke pejabat..
Hati sayu lagi tanpa sebab rasa nak menangis dan meraung sepuas-puasnya. Lagu lawak mat salleh dari Salleh Yaakob pagi ni langsung tak dapat menghiburkan hati saya.. tapi segala kenangan sewaktu di hajar aswad, keindahan ciptaan ALLAH saat di tanah suci sebagai tanda cinta ALLAH kepada makhlukNYA, menimbulkan rasa malu yang teramat sangat di hati.. betapa aku ini tidak tau bersyukur!!! betapa ALLAH berikan segala yang aku inginkan, tapi aku masih belum dapat melaksanakan tugasan sebagai hambaNYA... malu yang sangat menebal buat
aku tidak menentu... saat ini ingin sujud padaMU Tuhan... memohon maghfirahMU ...

sampai di pejabat, aku baca email dikirim en.Hizamri yang rajin mengirim email peringatan bagi yang lupa.. kali ini kisah tentang anak yang ditinggalkan di anjung sebuah rumah.. antaranya, " Lebih menyayat hati, bayi yang baru dilahirkan itu ditemui dalam keadaan menggigil dan kebiruan akibat kesejukan serta dibaluti dengan sehelai kain batik basah.....Apabila saya mengangkat bayi berkenaan, saya dapati tali pusatnya masih belum dipotong manakala urinya terjatuh."
airmata saya tidak dapat ditahan lagi..

teringat saya kepada suatu kisah melodrama yang panjang ini:-

saudara2ku yang masih alpa kerana dilahirkan punya mak dan ayah yang mengisi zahir dan batin mereka dengan kesempurnaan namun tidak mau berterimakasih dan bersyukur sebaliknya masih mau mengatakan, "sampai mak mati, aku masih sakit hati dengannya.. tapi aku dah maafkan mak!!" dan orang yang berkata ini adalah seorang isteri yang mencurangi bekas suaminya yang mana anak2nya sekarang menentang kebanyakan tindak-tanduknya. Subhanallah!!! mana mak dan ayah bukan saja sangat berpegang teguh pada ajaran agama, malahan melarang perkara2 yang mungkar inikan dosa besar!!
dan, seorang lagi saudara lelaki yang tiba2 berkata, "iya.. aku jugak telah maafkan mak dan ayah. walaupun ayah pernah kejar aku dengan parang, belasah aku dengan teruk, tapi aku dah maafkan ayah! kita adik beradik jangan ikut cara mak dan ayah ajar anak2.. kita kena ikut cara kita asuh anak2!"
masyaALLAH.... adakah ini benar2 anak2 yang derhaka?!
aku sudah tidak tahan lagi... sememangnya aku sentiasa pertahankan mak dan ayahku hingga ke akhir hayatku! pantang aku mereka dihina apatah lagi keluar dari mulut kakak dan abangku yang tak pernah ambil tahu tentang mak,ayah dan kami adik-adik mereka!!!
adik perempuan bongsu yang korbankan remajanya utk jaga mak dan ayah yang lumpuh, tiba2 menjerit bagai histeria "sudah-sudah..!!! jika nak hina kami adik2, silakan.. jangan fitnah mak dan ayah yang dah pergi.."

aku serta-merta mendakap adikku, dan membela " mak dan ayah dah selamat.. tengoklah cara mereka tinggalkan kita, hingga saat akhir lidah dan hati mereka hanya ada ALLAH, hingga Tuhan perlihatkan pada kita supaya kita bertaubat dan bersyukur! bagaimana kita mati nanti, kita belum tau! nak fitnah kami tak apa, mak dan ayah dah banyak berkorban buat kita semua. kalau tak nak peduli mereka dan kitaorang, jangan hina dan fitnah mak dan ayah lagi! mak pun semalam dah cakap, satu sen pun hartanya tak redha buat kakak!"
mak dan ayah tak ajar kakak berzinah! rumahtangga kakak porak-peranda bukan salah mak dan ayah! mak dan ayah dah banyak makan hati layan kerenah kaklong. satu pun usaha dan pengorbanan mak dan ayah utk tolong selesaikan masalah kakak, kakak tak nampak!
mak dan ayah jugak tak pernah ajar abang ambil dadah! mak dan ayah jugak dah banyak keluar airmata dan harta untuk kembalikan abang ke jalan yg lurus!
kalau mak dan ayah bersalah, tak pandai didik anak2, kenapa kakak dengan abang saja yang hidup punah ranah?! kenapa tak sebilangan besar dari kita?!
adik2 lelaki aku dah mula berang.. salah seorang bangun dan mundar-mandir sambil menggenggam tangan. Yang lain2 diam menahan perasaan marah yang amat sangat..

namun, peringatan yang diberi tak pernah didengar.. mata dan hati mereka berdua telah tertutup sepenuhnya... (moga tidak akan berlarutan tertutup buat mereka)

setelah mencela mak dan ayah sendiri, harta mak dan ayah pula jadi rebutan mereka.

esok dah raya qurban..
tapi anak2 yang tidak pernah berkorban untuk mak dan ayah ini tiba2 mengambil harta mak dan ayah untuk menafikan hak kami adik2 yang sentiasa mengalah ini.
sebelum mak meninggal dunia, dia minta adik lelaki yang diberi amanah atas tanah arwah ayah utk uruskan wang pampasan tanah yang dibayar kerajaan untuk buat qurban.
dan sekarang... mereka tanpa berbincang dengan kami yang bodoh ni, buat keputusan menguruskan qurban untuk mak (tidak berserta ayah) di masjid India dan wang selebihnya mereka nak guna untuk kekah anak2 mereka..
masyaALLAH... adik bongsu sudah marah. dia memang seorang yang berdarah panas. tambahan banyak urusan kami sekelurga dia yang bongsu telah lama mengambil tempat sebagai seorang abang yang tua. jika nak marah mak dan ayah, dia lebih layak lagi kerana pada umur 9 tahun mak dan ayah telah menghantarnya ke asrama.

yang hairannya, sedangkan sewaktu hayat mak, maklah yang menguruskan qurban di kampung kami. hatta bekas majikan saya buat qurban tiap tahun mak yang uruskan. kenapa qurban utk mak dan ayah perlu diurus orang lain pula? siapa mereka ini?
kenapa jadi begini perilaku saudara2ku yang bertiga ini?! inilah akibatnya bila tak ambil tahu urusan mak dan keluarga, sehingga buta dari segalanya..

adik bongsu mewakili 5 saudara yang lain, tegas meminta qurban dibuat di kampung sendiri. Tujuan agar dapat mengeratkan silaturrahim antara keluarga kami dan sahabat2mak dan ayah yang ramai itu. Selain itu, urusan dapat dipastikan dijalankan dengan amanah. bukankah menyambung silaturrahim ibubapa kita dengan sahabat2 mereka itu dituntut dalam Islam?!

aku hairan dengan manusia yang cinta pada dunia dan harta. hanya wang dan harta yang terbentang di depan mata, sedangkan tak seorang dari mereka bertanya tentang membina batu nisan buat mak! belum tentu mau tahlil dan baca yaasin buat mereka.. inilah beda pengorbanan ibu bapa dan anak2...
subhanallah....!!!!

berikut sedikit yang saya ambil dari kitab Tanbihul Ghafilin..

Seorang datang kepada Rasulullah s.a.w. dan berkata: "Ya Rasulullah, ibuku kini mengigau ditempatku, maka sayalah yang memberi makan minum dengan tanganku juga mewudhu'kannya, dan mengangkat diatas bahuku, apakah yang demikian itu bererti aku telah membalas jasanya?" Jawab Rasulullah s.a.w.: "Belum, belum satupun dari jasa-jasanya dari jasa-jasanya (satu peratus) tetapi engkau telah berbuat baik dan Allah s.w.t. akan memberi pahala kepadamu yang besar dan banyak terhadap amalanmu yang sedikit."

Hisyam bin Urwah dari ayahnya dari neneknya berkata: "Terulis didalam hikmat: "Terkutuk orang yang mengutuk ayahnya, terkutuk orang yang mengutuk ibunya, mal'un (terkutuk) siapa yang merintangi agama Allah s.w.t., terkutuk siapa yang menyesatkan orang buta dari jalanan, terkutuk siapa yang menyembelih menyebut nama selain nama Allah s.w.t., terkutuk siapa yang merosak tanda-tanda dijalan bumi ini atau batas-batas tanah."

Rasulullah s.a.w. bersabda: "Sesungguhnya sebesar-besar dosa ialah memaki ayah ibunya." Ketika ditanya: "Bagaimanakah seorang memaki ayah ibunya?" Jawab Rasulullah s.a.w.: "Memaki ayah lain orang lalu dibalas maki ayahnya atau memaki ibunya, maka dibalas dimaki ibunya."

Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: " Jangan memutus hubungan pada orang yang dahulu kawan baik pada orang tuamu, nescaya akan padam nur cahayamu." Seorang dari suku Bani Saliman datang kepada Rasulullah s.a.w. dan bertanya: "Kedua orang tuaku telah mati, apakah ada jalan untuk berbakti pada keduanya sesudah mati itu?" Jawab Nabi muhammad s.a.w.: "Ya, membaca istighfar untuk keduanya dan melaksanakan wasiat keduanya dan menghormati sahabat-sahabat keduanya dan menghubungi keluarga dari keduanya."

wallahualam bissawab...

Rabu, 25 November 2009

hati yang mati..

SEBAHAGIAN DARIPADA TANDA MATINYA HATI IALAH APABILA TIDAK BERASA SEDIH JIKA TERLEPAS SESUATU AMAL KEBAIKAN DARIPADANYA DAN TIDAK MENYESAL JIKA TERJADI PERBUATAN YANG TIDAK BAIK OLEHNYA.

1. kita sakit hati kat sorang tu.. bila dia ditimpa masalah atau musibah (terutama akibat perbuatan kita), kita boleh tersenyum
3. kita marah kat sorang tu.. dan kita akan rasa puas bila dapat membalas dendam terhadapnya
4. kita tak kisah pun bila terlepas solat atau tak berpuasa di bulan ramadhan
5. kita solat tapi solat kita LANGSUNG TAK DAPAT menghalang kita dari berbuat perkara mungkar
6. kita nampak salah orang lain dan menghentam mereka sepuas-puasnya, tak cukup dengan itu, kita cari lagi banyak kesalahan orang itu dan hebahkan aib dirinya, tapi aib diri sendiri kita tak baiki dan tak kita sedari
7. kita tak pernah mau mengakui bila kita salah/silap, sebaliknya kita meletakkan kesalahan kita kepada orang lain demi menyembunyikan salah kita.
8. kita sentiasa berburuk sangka pada sesiapa saja yang dapat menggugat kedudukan kita
9. cintakan harta dan glamour hingga sanggup menganiayai sesiapa saja hatta darah daging sendiri
10. tidak pernah memikirkan perasaan orang lain dengan tindakan dan kata-kata kita
11. lain2, lu pikirlah sendiri!! [aku banyak kerja, kang tak siap kerja plak...]

sekiranya, ada sebahagian dari perkara-perkara umum yang saya sebutkan di atas terdapat beberapa peratus di hati kita, maknanya kita telah mengalami tanda-tanda penyakit hati yang akan mati jika tidak diubati.

wallahualam..

Khamis, 19 November 2009

Az Zumar ayat 7-10


marilah.. mari kita selami makna dari kalam ALLAH ini...

dari Surah Az-Zumar(39) Ayat 7 - 10.

Kalaulah kamu kufur ingkar (tidak bersyukur) akan nikmat-nikmatNya itu, maka ketahuilah bahawa sesungguhnya Allah tidak berhajatkan (iman dan kesyukuran) kamu (untuk kesempurnaanNya); dan Ia tidak redakan hamba-hambaNya berkeadaan kufur; dan jika kamu bersyukur, Ia meredainya menjadi sifat dan amalan kamu. Dan (ingatlah) seseorang yang memikul tidak akan memikul dosa perbuatan orang lain (bahkan dosa usahanya sahaja). Kemudian kepada Tuhan kamulah tempat kembalinya kamu, maka Ia akan memberitahu kepada kamu tentang apa yang kamu telah kerjakan. Sesungguhnya Ia Maha Mengetahui akan segala (isi hati) yang terkandung di dalam dada.

Dan apabila manusia disentuh oleh sesuatu bahaya, ia segera berdoa kepada Tuhannya dengan keadaan rujuk kembali bertaubat kepadaNya; kemudian apabila Allah memberikannya sesuatu nikmat (sebagai kurnia) daripadaNya, lupalah ia akan segala bahaya yang menyebabkannya merayu kepada Allah sebelum itu dan ia pula menjadikan sekutu-sekutu bagi Allah, untuk menyesatkan dirinya (dan orang lain) dari jalan Allah. Katakanlah (kepadanya): "Bersenang-senanglah engkau dengan kekufuranmu itu bagi sementara, sesungguhnya engkau dari penduduk neraka.

"(Engkaukah yang lebih baik) atau orang yang taat mengerjakan ibadat pada waktu malam dengan sujud dan berdiri sambil takutkan (azab) hari akhirat serta mengharapkan rahmat Tuhannya? "Katakanlah lagi (kepadanya): "Adakah sama orang-orang yang mengetahui dengan orang-orang yang tidak mengetahui?" Sesungguhnya orang-orang yang dapat mengambil pelajaran dan peringatan hanyalah orang-orang yang berakal sempurna.

Katakanlah (wahai Muhammad, akan firmanKu ini, kepada orang-orang yang berakal sempurna itu): "Wahai hamba-hambaKu yang beriman! Bertaqwalah kepada Tuhan kamu. (Ingatlah) orang-orang yang berbuat baik di dunia ini akan beroleh kebaikan (yang sebenar di akhirat). dan (ingatlah) bumi Allah ini luas (untuk berhijrah sekiranya kamu ditindas). Sesungguhnya orang-orang yang bersabarlah sahaja yang akan disempurnakan pahala mereka dengan tidak terkira".


Jumaat, 13 November 2009

nasib malang dan mengeluh..

seringkali kita mengeluh... ada saja nasib malang menimpa kita.. tak berkesudahan.. bertimpa satu tak selesai, datang yang lain pula..
atau ada saja hal yang menyebabkan kita terpaksa mengeluarkan belanja yang tidak diduga dan tidak bermanfaat buat kita.
anak-anak tidak menghormati kita.. ibu-bapa yang sering membebel dan dikata berat sebelah..
majikan yang sering marah2.. rakan sekerja yang tidak "sebulu" dan sahabat2 yang dilihat dua wajah, dua lidah.. atau cinta yang tidak berbalas... atau ibubapa kita tak redha akan perlakuan kita.

hisablah diri...
adakah kita telah jelaskan zakat yang diwajibkan, apakah tanggungjawab terhadap keluarga telah terpenuh. Atau rezeki yang diperoleh tidak diberkati Allah. Seringkali hal begini terjadi disebabkan sikap kita yang kedekut terhadap ibubapa, berkira dengan adik-beradik, tidak amanah atas tugasan diberi majikan, suka merungut dan membeban sahabat2 kita dengan masalah peribadi, suka mencela saudara dan sahabat sendiri dan sebagainya atau kita sendiri tidak beradab dan ikhlas terhadap diri sendiri.

sikap begini sebenarnya hanya merugikan diri sendiri..
walau apapun yang datang mendatangi kita adalah ujian dan dalam masa yang sama merupakan satu cara ALLAH mendidik kita untuk berharap dan memohon pertolongan dariNYA dan sedar bahawa hanya DIA SAHAJA yang layak untuk diminta pertolongan dan hanya DIA SAHAJA yang layak untuk memberi pertolongan. Sesuai dengan pengakuan kita dalam solat sekurang-kurangnya 5 kali sehari (Al-Fatihah: ayat 5)

Nasib malang yang menimpa juga adalah merupakan tangga untuk kita menambahkan ketaatan dan keimanan kita terhadap ALLAH SWT.

alkisah, tahun 1998, pada pagi itu, saya agak terburu-buru untuk ke tempat kerja. Maka, saya tangguhkan dahulu pemberian wang kepada mak saya. Tambahan pula saya masih teragak-agak berapakah jumlah yang perlu saya serahkan kepadanya kali ini.
Ditakdirkan Ilahi, sewaktu saya nak melintas jalan di simpang mantin/nilai, saya melanggar sebuah kereta. Berakibat dari itu, saya terpaksa membayar gantirugi sebanyak RM300 yang saya sepatutnya saya berikan pada mak saya. (Jika mahu lari, tentu saja tak bermasalah, masalahnya adalah mahkamah ALLAH tidak melepaskan saya dari diadili).
Hal ini sangat memberikan kesan kepada saya hingga ke hari ini.

sekiranya tiada nasib malang yang menimpa kita, apakah kita akan tergolong dari hamba yang bersyukur kepada ALLAH atas nikmat yang diberikanNYA?!

ataukah kita akan lupa diri dan mendabik dada?!

kisah yang lain. saya seorang pesakit asthma kronik. hal ini ramai telah maklum.

suatu ketika dulu, ada kalangan orang-orang yang bersama saya dalam satu asrama mencela saya. Hatinya sakit kerana dekan kami memuji saya yang terlalu kerap tidak ke kuliah namun dapat mengatasi markah ujian rakan sekuliah. (hal ini serupa yang saya alami sewaktu di sekolah rendah dan sekolah menengah yang menyebabkan saya sering dipinggir rakan2 perempuan.)

Malahan, tiap kali saya sakit di tengah malam buta, resident staff kami yang juga merupakan pensyarah kami akan bersusah payah menghantar saya ke hospital untuk rawatan emergency.

Maka, sahabat saya ini mengatakan di depan saya dan rakan2 yang lain bahawa saya sengaja berbuat sakit untuk dapatkan perhatian dan simpati, bahkan menuduh saya sengaja membuat diri saya kelihatan tenat kerana tidak mungkin seorang pesakit asthma sebegitu rupa sakitnya. MasyaALLAH... Dan, sahabat yang seorang ini mengatakan beliau tidak pernah sakit dan menuduh saya antara orang yang tidak pandai menjaga kesihatan.Saya faham keadaan beliau yang tidak pernah sakit menyebabkan beliau tidak tahu bagaimana menghadapi sakit.

Dengan takdir Tuhan, pada suatu hari (berlainan tahun), akhirnya mereka (orang2 yg pernah mencela saya yg sakit) diberikan ALLAH rasa sakit yang hampir sama saya hidapi. Namun, sayang sekali, mereka tidak pernah mahu mengakui kesilapan diri dan masih mahu menuding jari kepada saya dengan mengatakan berakibat dari doa sayalah mereka mendapat sakit yang serupa. Astaghfirullahil'aziiim... saya tidak layak samasekali untuk meminta kepada ALLAH untuk memudharatkan mana-mana makhlukNYA, apatah pula seorang saudara yang muslim. Alangkah malu rasanya untuk meminta sesuatu kebaikan, inikan lagi meminta keburukan...

saudara2ku, apabila kehendak kita dan kecintaan yang diidamkan tidak dimakbul ALLAH SWT, maka kembalilah kita hisab diri.. dan redhalah akan qada dan qadar yang telah ditetapkan buat kita. Pasti ALLAH telah menyediakan yang terbaik buat kita dengan tidak makbulkan doa kita itu samada di dunia maupun di akhirat. Bersangka baiklah kepada Pencipta kita.

"...dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya." (Al-Baqarah:216)



wallahualam bissawab..






Selasa, 10 November 2009

al-hikam..

saya ambil keratan artikel berikut utk diamati dan direnungi bersama. Artikel ini sangat menggambarkan tatacara yang saya lakukan dalam mendapatkan cinta kepada dan daripada ALLAH SWT dan sekaligus rasa takut kepada kekuasaanNYA yang tidak dapat digambarkan dengan kata-kata.. Add Image
malahan, kata2 yang saya bold dlm artikel berikut ini pernah saya ungkapkan di dalam salah satu artikel saya pada tahun lalu. Alhamdulillah.. moga dirahmati ALLAH hendaknya penulis artikel dan Yayasan Sofa sendiri.. amiin..
<- buku awal rujukan saya yang terlalu banyak berjasa ******************************************************************

Ilmu menjadikan kita takut kepada Allah

Oleh PANEL PENYELIDIKAN YAYASAN SOFA, NEGERI SEMBILAN

Pada hari ini, kita melihat rata-rata umat Islam di negara ini sudah mula berjinak-jinak dengan majlis-majlis ilmu dan ulama. Di masjid-masjid dan surau-surau majlis-majlis pengajian ilmu semakin rancak diadakan.

Ia mendapat sambutan yang memberangsangkan dari segenap lapisan masyarakat yang dahagakan ilmu dan pentarbiahan hatta terdapat masjid yang mengadakan majlis pengajian pada setiap malam. Ini suatu perkembangan yang baik kepada peningkatan kualiti umat Islam di negara ini dan agama Islam itu sendiri.

Persoalannya, apakah ilmu yang mereka perolehi ini benar-benar memberikan manfaat dan kesan ke dalam diri mereka?

Ketahuilah, bahawa sebaik-baik ilmu ialah ilmu yang menjelmakan perasaan takut kepada Allah SWT. Iaitu, takut yang disertai perasaan membesarkan Allah dan menumbuhkan amal. Allah SWT telah memuji para ulama melalui firman-Nya: Sebenarnya yang menaruh bimbang dan takut (melanggar perintah) Allah dari kalangan hamba-hamba-Nya hanyalah orang-orang yang berilmu. (al-Faatir: 28)

Inilah ilmu yang paling bermanfaat kerana ilmulah yang memandu kita ke jalan akhirat. Kalam hikmah ini diungkapkan oleh Sheikh Ibnu Atoillah al Sakandari r.a dalam Hikamnya yang bertajuk al Hikam al Atoiyyah.

Terbukti, kalam hikmahnya ini telah mampu melunakkan hati yang keras, menenangkan jiwa yang resah, mengekang nafsu yang rakus dan mengajak manusia menyelami hikmah-hikmah di sebalik kejadian Allah SWT. Semoga kita mendapat manfaat daripadanya.

Adapun orang alim yang tidak mempunyai perasaan takut kepada Allah bukanlah orang alim yang sebenarnya.

Lebih-lebih lagi, orang alim yang keinginannya untuk mendapatkan kemewahan dunia, kemegahan dan bersikap takbur dengan ilmunya.

Ilmu sebegini hanya akan menjadi hujah ke atasnya di akhirat kelak dan sebab yang akan mengundang bala dan akibat yang buruk kepadanya.

Umar ibn al Khattab r.a pernah berkata, "Perkara yang paling aku takuti berlaku terhadap umat ini ialah munculnya orang yang alim pada lisan tetapi jahil pada hati".

Ini bukanlah ciri-ciri pewaris para nabi kerana pewaris para nabi memiliki sifat zuhud terhadap dunia, berminat terhadap akhirat, ikhlas menyampaikan amanah ilmu dan bertakwa.

Orang yang memiliki ilmu yang bermanfaat, tidak memiliki sifat bongkak atau takbur, tidak suka mencaci orang lain, berlapang dada, mudah diajak berbincang dan tidak cepat melatah.

Sahl ibn Abdullah r.a pernah berkata: "Janganlah kalian memutuskan satu urusan dari urusan-urusan dunia dan agama kecuali setelah berbincang dengan ulama. Maka kesudahannya akan dipuji di sisi Allah SWT".

Abu Muhammad r.a pernah ditanya: "Wahai Abu Muhammad! Siapakah ulama?" Jawabnya: "Orang-orang yang mengutamakan akhirat daripada dunia dan mengutamakan Allah daripada diri mereka sendiri".

Saidina Umar ibn al Khattab r.a pernah mewasiatkan: "Berbincanglah mengenai urusanmu dengan orang-orang yang takutkan Allah".

Al Wasiti r.a berkata: "Manusia yang paling pengasih ialah ulama, kerana perasaan takut mereka kepada Allah dan kebimbangan mereka terhadap apa yang diajar oleh Allah SWT".

Banyak ayat dan hadis yang menyebut tentang kemuliaan ilmu atau ulama. Rasulullah SAW pernah bersabda: "Penuntut ilmu dijamin oleh Allah rezekinya".

Ketahuilah, bahawa ilmu yang diulang-ulang sebutannya di dalam al-Quran dan hadis Nabi SAW ialah ilmu yang bermanfaat yang disertai oleh perasaan takut kepada Allah. Bahkan, ilmu yang bermanfaat juga ialah ilmu yang mampu menguasai nafsu dan mengekang syahwat.

Disebut juga, ilmu yang bermanfaat ialah ilmu yang membantu pemiliknya mentaati Allah, dan berdiri di atas landasan agama Allah.

Sebahagian Salaf berkata: "Sesiapa yang bertambah ilmunya, maka bertambah jugalah kekhusyukannya (kerendahan hatinya)".

Seorang lelaki bertanya kepada Sheikh Junaid al Baghdadi r.a: "Apakah ilmu yang paling berguna?" Jawabnya, "Ilmu yang menunjukkan kamu kepada Allah SWT dan menjauhkan kamu daripada menurut hawa nafsumu".

Beliau berkata lagi: "Ilmu yang bermanfaat ialah ilmu yang menunjukkan pemiliknya kepada sifat tawaduk, sentiasa bermujahadah, menjaga hati, menjaga anggota zahir dari melakukan maksiat, takut kepada Allah, berpaling daripada dunia dan penuntut dunia, menjauhi orang-orang yang mengasihi dunia, meninggalkan apa yang ada di dunia kepada ahli dunia, suka memberi nasihat kepada makhluk, baik perilaku terhadap makhluk, suka duduk bersama golongan fuqara, memuliakan kekasih-kekasih Allah dan menghadapkan diri kepada apa yang mereka utamakan.

"Apabila orang alim yang mencintai dunia dan ahlinya, dan mengumpulkan dunia melebihi daripada keperluannya, maka dia akan lalai daripada akhirat dan ketaatan kepada Allah mengikut kadar kecintaannya kepada dunia".

Allah SWT berfirman (maksudnya): Mereka hanya mengetahui perkara yang zahir nyata dari kehidupan dunia sahaja, dan mereka tidak pernah ingat hendak mengambil tahu tentang hari akhirat. (al-Rum: 7)

Rasulullah SAW bersabda: "Siapa yang kasihkan dunia, maka dia telah membahayakan akhiratnya dan siapa yang kasihkan akhirat maka dia telah membahayakan dunianya. Justeru ingatlah, utamakanlah suatu yang kekal (akhirat) daripada yang akan rosak binasa (dunia)". (riwayat Imam Ahmad dan al Hakim)

Fudhail ibn 'Iyadh berkata: "Orang alim ialah doktor agama dan cinta dunia ialah penyakit agama. Apabila doktor telah memasukkan atau mengheret penyakit ke dalam dirinya, maka bilakah masanya dia boleh mengubati orang lain".

Sesiapa yang ilmunya memandunya kepada menuntut dunia, ketinggian di dalamnya, jawatan dan pandangan makhluk, maka ia adalah ilmu yang tidak bermanfaat. Bahkan, dia tertipu dengan ilmunya.

Tidak ada kerugian yang lebih besar daripada rosaknya orang alim dengan ilmunya yang diharapkan dapat menyelamatkannya. Kami memohon dengan Allah daripadanya.

Ilmu yang bermanfaat juga ialah ilmu yang diamalkan. Ulama mengumpamakan orang yang menghabiskan banyak waktu menuntut ilmu, duduk selama 40 atau 50 tahun belajar tanpa beramal, seperti orang yang asyik bersuci selama waktu itu dan memperbaharui wuduknya tetapi tidak solat walau satu rakaat.

Ini kerana maksud atau tujuan suatu ilmu ialah beramal dengannya sebagaimana tujuan berwuduk adalah untuk melakukan solat.

Berkata sebahagian ulama: "Kalaulah ilmu tanpa takwa itu penentu suatu kemuliaan, nescaya semulia-mulia makhluk Allah ialah iblis".

link klik di sini

Sabtu, 7 November 2009

kenali dunia tasawuf dan sufi..

bismillahirrahmannirrohiim....
selawat dan salam buat Nabi Junjungan kita Rasulullah SAW, keluarga dan para sahabat baginda..

kepada yang ingin memula mengenal dunia tasawuf dan memahami jalan ahli sufi yang sering disalahmengertikan segilintir masyarakat yang tidak pernah mempelajari atau yang belajar tetapi tidak dapat memahaminya, saya sarankan memahami dahulu tentang hati.. pembersihan hati, jiwa yang kotor, hati yang diselaputi sifat2 mazmumah umpama cermin yang dikotori habuk atau kotoran yang perlu dibersihkan.. maka, jalan tasawuf adalah terbaik untuk menyucikannya..

ada juga beberapa sahabat, saudara bahkan pembaca2 artikel saya yang sememangnya tak ramai ini bertanya kepada saya terutama melalui email dan sebagainya, mengatakan mereka belajar tabligh, tareqat, tasawuf, malahan ada yang mengikuti suluk namun masih belum dapat khusyuk dalam solat, masih belum dapat menjernihkan jiwa dan masih belum dapat tenang.
maka, kebanyakan mereka berputus asa dan meninggalkan amalan dan kepercayaan kepada ajaran2 tabligh, tareqat dan sebagainya.
Hal ini pada saya merupakan kesilapan dalam memahami dan menghayati perkara yang disampaikan kerana pada saya, selagi ajaran2 tersebut berada di landasan yang bersumber dari Al-Quran dan Hadith, InsyaALLAH.. kita pasti dapat sampai kepada ALLAH Azzawajalla..

perkara utama adalah menyelami dahulu tiap pokok permaslahatan yang dibicarakan..adakala kita terlalu ghairah untuk belajar banyak perkara dalam satu hal dan gagal memahami dalam satu masa..
walhal, pada saya yang paling utama dititikberatkan dahulu adalah soal hati dan rasa malu kepada diri sendiri dan kepada ALLAH yang menciptakan kita sempurna dan berakal. Ini rahsia sebenar untuk dapat kenali diri hingga sampai kepada ALLAH SWT sehingga solat akan terasa sangat dirindui, zikrullah tidak dapat lenyap dari minda dan lidah (meski sedang memikir dan berkata hal lain), dan mencintai ALLAH dari segenap penjuru hati dan akal sehingga tidak ada perkara yang dapat menarik fikiran dan hati dari mengingatiNYA melainkan manusia ini sentiasa dibolak-balikkan hatinya oleh kebesaran dan kehendak ALLAH SWT..
mari kita tanyakan diri, kenapa doa orang-orang yang bertaqwa adalah mudah dan cepat dimakbul ALLAH, sedangkan kita tidak?! walhal doa yang sama, amalan juga sama (adakala lebih lagi), tapi hasil tidak sama. kenapa?
itu kerana hati! bagaimana keadaan hati kita sewaktu mengingat ALLAH...

saya ajak saudara-saudari yang sudi untuk memulai dengan artikel2 berikut yang menjadi ajaran pokok orang2 tasawuf dalam memahami dan mengenal hati:-

klik di sini



wassalam..

moga bermanfaat

Jumaat, 6 November 2009

mari renungkan bersama..

Daripada Nabi Muhammad SAW, baginda bersabda:

"TIGA PERKARA YANG MEROSAK, IAITU KEDEKUT YANG DITURUTI, NAFSU YANG MENGUASAI DIRI DAN KETAKJUBAN TERHADAP DIRI SENDIRI."

[hadith riwayat Al-Bazzar dan Abu Nu'aim]

Khamis, 5 November 2009

dari Ibn.Abbas R.A dari Rasulullah S.A.W






dari Ibn.Abbas R.A dari Rasulullah S.A.W :-

Hai anak.. sukakah saya ajarkan kepadamu beberapa kalimat
Semoga ALLAH memberi manafaat bagimu
Jagalah perintah ALLAH
Nescaya ALLAH menjaga padamu
Dan .. jagalah larangan ALLAH kerana ALLAH selalu di hadapanmu
Mendekatlah kepada ALLAH di waktu ringan senang
Nescaya ALLAH menolong kamu di waktu sukar
Jika engkau minta, maka mintalah kepada ALLAH
Dan jika engkau minta tolong, mintalah tolong kepada ALLAH
Telah kering apa yang ditulis oleh kalam dalam Lauh Mahfudz
Tentang apa yang akan terjadi hingga hari kiamat
Maka kalau umpama makhluk semuanya
Akan berbuat sesuatu yang berguna bagimu yang tidak ditakdirkan ALLAH bagimu
Mereka tidak dapat berbuat itu
Demikian pula jika mereka berusaha akan mengganggu engkau dengan sesuatu yang tidak ditakdirkan ALLAH atasmu
Tidak dapat mereka berbuat itu
Beramallah kepada ALLAH
Dengan syukur dan yakin
Dan ketahuilah…
Bahawa sabar menghadapi sesuatu yang tidak menyenangkan itu sangat baik
Dan kemenangan berserta kesabaran dan kelapangan itu
Disamping kesukaran dan
Bahawasanya tiap-tiap kesukaran pasti
Akan ada kelapangan dan keringanan

Khamis, 29 Oktober 2009

rasa bersalah..


baru-baru ini, saya memandu ke tempat kerja. Tak perlu tergesa-gesa kerana dah sangat hampir dan masih belum masuk waktu kerja.. Saya bersabar mengekor sebuah motor yang terhenggut-henggut nak masuk ke simpang jalan. Tapi, entah kenapa sewaktu hampir dengan simpang di selekoh, hati sangat geram tengok seorang apek yang menaiki motor yang saya ekori sejak tadi masih lagi terhegeh-hegeh di depan saya. Oleh kerana sangat panas hati dan geram, saya terus memotong apek itu di simpang jalan menyebabkan si apek sangat marah dan memaki hamun saya. Saya memberhentikan kereta dan meminta maaf darinya.

Natijah dari hal ini menyebabkan saya sangat susah hati kerana bersikap biadab. Seharian saya sakit kepala kerana rasa menyesal dan bersalah. [Padanlah muka...!]

Saya berharap Allah Azzawajalla akan berikan kebaikan padanya.

berbalik kepada rasa bersalah, hakikatnya rasa bersalah merupakan satu peringatan sebagai nikmat yang luar biasa agar kita sentiasa beringat dan berhati-hati dalam setiap langkah yang akan diambil. Selagi rasa bersalah dapat bersarang dalam jiwa kita setiap kali kita melakukan kesalahan atau kesilapan, selagi itulah kita sentiasa diberikan ruang untuk memperbaiki diri dan kembali kepada Allah.

Atas rasa bersalah atau sesal akan disusuli dengan bertaubat sesuai dengan disebutkan di dalam mukjizat Rasulullah SAW yang ditinggalkan kepada kita sebagai berikut:-

Katakanlah (wahai Muhammad): "Wahai hamba-hambaKu yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa; sesungguhnya Dia lah jua Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
"Dan kembalilah kamu kepada Tuhan kamu dengan bertaubat, serta berserah bulat-bulat kepadaNya, sebelum kamu didatangi azab; kerana sesudah itu kamu tidak akan diberikan pertolongan.
"(Diperintahkan demikian) supaya jangan seseorang (menyesal dengan) berkata: ` sungguh besar sesal dan kecewaku kerana aku telah mencuaikan kewajipan-kewajipanku terhadap Allah serta aku telah menjadi dari orang-orang yang sungguh memperolok-olokkan (ugama Allah dan penganut-penganutnya)! -
"Atau berkata: ` Kalaulah Allah memberi hidayah petunjuk kepadaku, tentulah aku telah menjadi dari orang-orang yang bertaqwa ! [Az Zumar: Ayat 53-57]

Apakah yang menyebabkan rasa bersalah dapat bersarang di hati kita sebaik kita melakukan kesalahan??!
pastinya dari detik hati, kebenaran akan kesalahan yang dilakukan, teguran daripada orang yang perihatin, amarah dari pihak yang teraniaya dan banyak lagi. Ini semuanya merupakan taufik dari Allah SWT sebagai kasihnya Tuhan yang sentiasa memerhati dan sentiasa menyayangi kita.
Tidakkah kita patut berasa malu?!

Rasa bersalah membuktikan kita mempunyai rasa takut akan diazab Allah atas kesalahan atau kesilapan yang dilakukan. Bahkan, kebanyakan azab yang diturunkan Allah pada waktu akhir zaman ini tidak menunggu selepas roh dicabut atau di akhirat. Kerana itu, banyak kesukaran, bala, bencana, nasib malang seperti disaman, kemalangan, kecurian, disamun dan sebagainya datang namun ramai antara kita tidak menyedari ia berlaku berakibat dari kesalahan yang kita lakukan dan masih ingin menyalahkan takdir dan pihak ketiga atau sesiapa atau apa saja yang boleh dijadikan alasan sebagai faktor penyebab ditimpa nasib yang tidak baik.

Anas bin Malik RA berkata,”Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda bahwa Allah SWTberfirman:-
Wahai Anak Adam!
Selagi engkau merayu padaku dan mengharapkan daku, Aku ampunkan segala kesalahanmu dan Aku tidak pedulikannya lagi.
Wahai Anak Adam!
Sekiranya dosa-dosamu memenuhi langit, kemudian engkau memohon maaf kepadaKu, nescaya Aku maafkan dirimu serta Aku tidak pedulikannya lagi.
Wahai Anak Adam!
Sekiranya engkau datang kepadaKu dengan kesalahan sepadat isi bumi, kemudian engkau menemuiKu dalam keadaan tidak menyekutukan Aku dengan yang lain, nescaya Aku datang kepadamu dengan keampunan sepenuh isi bumi pula.
[Hadis Imam al-Tirmizi]

Oleh itu, usahlah berputus asa dan membiarkan rasa bersalah yang menimpa sehingga menghina diri sendiri atau sehingga tiada daya untuk meneruskan tanggungjawab yang perlu dibereskan semata-mata kerana bersedih dan berdukacita atas perkara yang telah kita lakukan. Jadikan ia sebagai kekuatan dan peringatan yang kekal di minda untuk tidak mengulanginya di masa hadapan.

wallahualam...
untuk renungan: bagaimana dengan orang yang tak dapat merasa bersalah meski jauh di sudut hati tau perkara yang diucap atau diperlakukan adalah bersalahan?!

Jumaat, 23 Oktober 2009

mak... [bhgn 5]

pak imam datang dan solat jenazah dilakukan lebih kurang jam 11:30 pagi. Ruang serambi rumah penuh sesak dengan jemaah sehingga tidak dapat memuatkan jemaah yang melebihi 40 orang. Sesekali terdengar suara Pak Imam tersekat-sekat dan terhenti-henti menahan sebak. Mungkin beliau sangat sedih kerana mak merupakan sahabat dan ajk masjid yang sama-sama berusaha untuk menjaga kepentingan orang kampung sejak puluhan tahun lamanya. Selesai solat, abang Zaman diminta untuk membacakan doa. Kami yang khusyuk juga turut menitis airmata kerana terharu dan pilu.

Ketika dalam perjalanan ke tanah perkuburan, aku bertemu Pak Tua sekeluarga yang baru tiba dari Kuala Pilah di simpang rumah kami. Mereka adalah keluarga angkat ayah dari sewaktu masih bujang lagi. Moga persaudaraan dengan mereka dan semua ahli keluarga yang bersaudara dengan mak dan ayah akan berterusan hingga anak cucu kami.. amiiin...

cukuplah setakat ini saja kisah ini. cuma, mak selamat dikebumikan setengah jam sebelum jemaah bersiap untuk ke masjid untuk solat jumaat. kira-kira jam 12:30 tengahari selesai talkin dan pulang ke haluan masing-masing.

tujuan saya menulis adalah agar dapat diambil iktibar dari segala yang tidak baik dan mengambil contoh akan segala kebaikan yang telah mak sumbangkan ketika hayatnya.

perkara terbaik yang apabila kita telah melakukan segala yang kita termampu untuk melaksanakan tanggungjawab kita di dunia ini dengan sepenuh hati dan untuk kepuasan diri sendiri, bukan disebabkan kerana inginkan pujian atau habuan dari sesiapa.

Ada sesetengah dari kita meremehkan perkara fardhu kifayah dan melepaskan tanggungjawab yang ada kepada pihak yang sudi dan sanggup memikulnya. Walhal, terlalu banyak janji ALLAH akan nikmat yang telah disediakanNYA untuk kita yang dapat kita rebutkan demi mendapatkan keredhaan dan kasihsayang dariNYA dan daripada sekelian makhluk yang mencintaiNYA..

sekian. wallahualam..

al-fatihah buat mak dan ayah...

Rabu, 21 Oktober 2009

mak... [bhgn 4]

di kala orangramai bersesak di rumah, terutama masing-masing teringin melihat mak dikapankan. sebenarnya, pagi tadi beberapa saudara dan jiran meminta aku menasihatkan kakcik agar memasang tabir menutup pandangan orangramai dari melihat mak dikapankan. tapi, menurut kakcik, elok saja biar mereka melihat bersama. moga dapat memberikan keinsafan dan peringatan kepada yang melihat bahawa kita pasti kembali kepadaNYA dalam balutan kain putih SAHAJA!!!

aku dan aza menyisir rambut mak dengan perlahan-lahan dan berhati-hati. moga tiada rambut yang gugur akibat disikat. melihat mak seakan tidur nyenyak dengan wajah tenang dan tersenyum begini membuatkan aza semakin sebak. sewaktu melihat ada yang menangis, aku tidak dapat menitiskan airmata atau memperlihatkan kesayuan.

Yana sibuk menyumbat kapas di celahan tubuh mak. maklang kami terus-terusan membebel dan mengarah bak seorang puan direktor. melihatkan yana yang tidak senang dengan kata-kata yang memedihkan, isteri imam menegur maklang agar memahami keadaan kami anak2 yang baru belajar mengurus jenazah.

selesai menyisir rambut, aku bangun menemui abang di bawah. bertanyakan beberapa soalan dan kembali semula, duduk di tempat maklang yang telah beralih ke tepi dinding. aku usap wajah mak perlahan-lahan dan kemudian membantu isteri imam dan adik beradik menyalut kain putih secara bertingkah membaluti mak sehingga cuma muka saja yang terdedah.
Sungguh berlainan wajah mak kali ini. Maksu, adik bongsu mak yang sebaya denganku yang sejak memandikan mak tadi tidak berhenti menangis, kini semakin banyak gugurkan airmata bila melihat wajah mak saling tak tumpah wajah arwah ibunya (nenek).

Isteri imam meminta kami memanggil semua orang yang ingin melihat dan mencium mak buat kali terakhir sebelum dikapankan sepenuhnya. Kakak aku meminta ditangguh dulu kerana anak sulungnya masih dalam perjalanan dari Kuantan. Melihatkan tiada yang terdaya lagi untuk bangkit, aku bangun dan mula mencari adik beradikku di celahan orang yang sangat ramai dan sedang bersesak mengurumuni jenazah mak. Setelah mendapatkan Zilah dan adik-adik ipar perempuanku, aku bergegas pula ke pintu hadapan untuk ke halaman. Di halaman rumah, kelihatan sesusuk tubuh di sebuah kerusi roda. Saling tak tumpah wajah mak, cuma kelihatan sangat berusia. Di sebelahnya, sepupu aku Abd Halim yang sedang memujuk wanita itu.

Aku turun dan bersalaman serta menciumnya dan mengajak beliau, adik mak yang mirip wajah mak yang telah lama lumpuh. Sudah berpuluh tahun dia tak menjejak kaki lagi ke rumah ini. Dulu, anak sulungnya yang sebaya aku adalah sahabat karibku yang sentiasa bersamaku dari subuh ke malam hari, sehinggalah bila kami mencecah usia 16, kami dilarang berkawan lagi. Mereka menjauhkan diri dari mak tanpa sebab. Tapi, mak tak pernah lupa untuk berziarah dan memasak makanan kegemaran adiknya yang seorang ini bila mendapati makngah telah lumpuh dan memerlukan bantuan untuk mengurus dirinya. Mak seorang wanita yang sangat cekal dan tidak pernah berdendam atau menyimpan sebarang rasa sakit hati terhadap sesiapapun yang pernah mengkhianati atau menyebabkannya dalam kesukaran.

Abd Hamid, ayahnya dan aku terus memujuk makngah untuk nak ke atas rumah dan melihat mak. Kemudian aku terus mencari seorang demi seorang ahli keluarga terutama suami dan anak-anakku untuk menemui mak buat kali terakhir.

Kembali ke serambi rumah, kami beratur kerana ruang yang agak terhad dengan saudara-mara dan jiran-jiran yang ramai amat menyukarkan pergerakan. Isteri imam sesekali menegur anggota keluarga yang memegang bahu sewaktu mencium mak agar tidak melakukan begitu kerana ia dapat menyakiti mayat. Setelah mengungkap kata-kata terakhir dan selawat sewaktu mencium mak buat kali terakhir dengan diiringi takbir dari isteri imam, aku terus duduk di sisi mak.

Tiba-tiba saja, seorang wanita separuh baya yang kurus, berjubah dan bertudung merah jingga meluru ke arah mak dan mencium muka mak sambil menangis. Memohon ampun dengan suara yang tidak teratur. Maklang yang sejak tadi telah mendiamkan diri mula bersuara. Dia menyuruh mak Yi yang sedang meraung memeluk tubuh mak agar mencium kaki mak pula. "Kau banyak dosa!! Haa... pergi cium kaki kaklong tu.. mintak ampun!!!"
MakYi bergerak pantas menuju kaki mak dan menciumnya berkali-kali. Maksu menahan aku dan meminta aku jangan melarang kakaknya dan meminta aku membiarkan saja hal itu.
Selesai mencium kaki mak, makYi terus turun ke bawah ke halaman rumah.

bersambung...

mak... [bhgn 3]

abang telah ke kubur untuk memastikan kubur siap digali pada waktunya kerana aku berkeras hendak memandikan emak dengan segera tanpa bertangguh, sementara adikku Arif masih sibuk menyiapkan usung .

tiba-tiba nenek yang sorang ni bising-bising marah-marah. aku tanya apa yang mengganggu dia. rupanya dia marah kerana seorang "datuk" yang datang berziarah tidak dipedulikan sesiapa, masih tercegat berdiri di halaman rumah. Kemudian mengarah arif mengambil kerusi dan meletakkan di tempat teduh. adikku yang sorang ini memang lurus bendul, dalam sibuk masih sempat cuba melayan kerenah nenek yang seorang ini sehingga akhirnya aku memujuk nenek itu agar dapat memahami situasi kami yang sedang sibuk.

hampir jam 10:45 pagi, adik-adik lelaki, ipar dan abangku mengangkat mak yang terbujur untuk dimandikan.
dan aku, memanggil kesemua ahli keluarga untuk memandikan mak yang diletakkan di beranda luar tangga rumah.
kulihat ramai kawan-kawan mak ingin turut serta, tapi malangnya adik dan kakak ku melarang mereka dan menutup pintu hadapan rumah agar tertutup semua pandangan yang melihat.

masyaALLAH, mak kelihatan sangat tenang dan tubuhnya mudah untuk diurus. tak ubah seperti orang yang sedang nyenyak tidur. Aza, isteri abang zaman asyik menangis sehingga aku memegang dan menarik tangannya untuk mengusap kepala mak sementara Bakhtiar menyiram air di tubuh mak. kami adik beradik yang ramai kecuali zilah, (suamiku dan suami adikku, yana kerana membantu di kuburan) memandikan mak beramai-ramai dengan penuh kasih sayang. sesekali aku tidak dapat menahan perasaan untuk tunduk dan mencium muka mak..

selesai memandikan mak, adik beradik lelaki termasuk adik-adik ipar dan suamiku mengangkat mak ke dalam rumah untuk dikapankan.
timbul pula persoalan patut atau tidak bawa mak ke masjid untuk disembahyangkan.
isteri abang sepupu, kak Nor cadangkan mak dimandikan di masjid saja sebaik solat jumaat.
tapi, ahli keluarga lain ingin mempercepatkan pengkebumian. lalu, aku turun ke halaman untuk memanggil abang zaman dan hisyam (adik bongsu yang sangat bertanggungjawab menjaga keluarga) meminta pendapat. nasihat abang zaman, tak perlu bawa ke masjid lagi kerana di halaman rumah saja sudah terlalu ramai jamaah termasuk ahli masjid. maka, abang aku bergegas menjemput imam masjid.

aku dan saudara-saudara perempuan menyusul isteri imam mengkapankan mak.
entah bila pula tibanya adik mak yang sorang ini. tiba-tiba pulak orang yang dah lama tak jejak kaki di rumah ini dah duduk di sisi mak. menjerit-jerit memanggil nama kakakku dan menyuruh kakakku duduk di kepala mak sambil marah-marah orang-orang di sekelilingnya.
aku menarik tangan aza dengan erat dan duduk di bahagian kepala mak. isteri imam yang duduk di sebelah aku menyuruh aku mengambil sikat dan menyisir rambut mak.

bersambung..

kata-kata hikmah dari Azizi Hj Abdullah


Usah ditangis pada peristiwa semalam kerana ia akan menjadi tragedi yang akan dikenang.

Tapi, usah juga dikenang tragedi semalam kerana ia akan menjadi sembilu yang menikam.

Biarlah dia menjadi penumpang malam, terus melukut bagi meraih impian di dunia yang bukan syurga...

mak... [bhgn 2]

orang dah semakin ramai berziarah... terdengar suara-suara bertingkah membaca surah yaasin..
aku bangun dari duduk dan keluar melihat tetamu yang datang.. bersalaman dan berpelukan dengan mereka sehingga aku punya kekuatan untuk mendatangi mak dan mencium wajahnya yang tenang seakan sedang bermimpi indah..

turun ke dapur dan melihat jiran-jiran keluar masuk pintu dapur.
aku berbincang dengan kakak dan adik-adikku apa yang patut kami lakukan seterusnya.
abangku datang memberitahu dia akan uruskan urusan pengkebumian dan kami kena uruskan jenazah untuk dimandi. Hal ini nampaknya menjadi hal yang paling rumit buat kami dan jiran-jiran yang ada. Siapa yang perlu dicari untuk menjadi ketua pengurus jenazah?! siapa yang tau?!
kami mula bertanya sana-sini siapa yang hendak diminta tolong.. Ini kerana biasanya di kampung kami maklah ketua pengurus jenazah dan pembantunya samasekali hanya bercakap saja tanpa tau melakukan apa-apa. Setelah berbincang, kami ambil keputusan meminta bantuan isteri imam kampung yang sering membantu mak mengurus jenazah dan juga seorang saudara perempuan yang kami tau selalu bersemangat mengikut mak bilamana ada kematian.

aku masuk kembali ke bilik dan menelefon adik di mekah. tak jadi... aku SMS sajalah kerana aku tau pasti dia sedang tidur pada waktu ini. aku kembali turun ke dapur. Kakcik, saudara perempuan yang sedang belajar mengurus jenazah tiba dan kami mula sibuk untuk menyiapkan persiapan yang perlu sebelum pengurus jenazah tiba. Maka mulalah sibuk ke sana kemari untuk mencari barang-barang yang diperlukan. Persiapan berkapan tidak menjadi masalah kerana diperoleh dari pihak masjid.

aku masuk kembali ke bilik untuk mengambil barang dan dapati terdapat 5 missed called dari adik di mekah. aku menelefon dia dan menceritakan hal yang terjadi. rupanya dia juga seperti kami yang tidak dapat melelapkan mata. aku diajar beberapa doa (selawat) yang perlu dibaca
sewaktu akan mengapan mak nanti. katanya dia akan melakukan solat ghaib di masjidilharam.
adik, sayang kamu tak sempat bertemu mak yang sangat teringin jumpa kamu...

abang zaman, anak angkat ayah masih dalam perjalanan. tadi katanya baru sampai kuala pilah. cepatlah abang.... mereka dah bising nak bukak mulut mak untuk keluarkan gigi palsu mak!!
syukurlah mereka ikut nasihat abang dan pak imam agar tidak melakukan hal itu.

Jam telah menunjuk 10:00 pagi. rumah semakin ramai dan makin sesak dengan orangramai sehingga nak berjalan pun terpaksa melangkah dan berlanggar satu sama lain. di halaman rumah sudah terlalu ramai laksana kenduri kawin pulak, cuma suasana sangat muram. kelihatan abang dan orang-orang kampung sedang menyiapkan usung. tadi pagi mereka tanyakan aku samada mau diusung ke tanah perkuburan atau guna kereta jenazah saja. Memandangkan tanah perkuburan terlalu dekat dengan rumah, aku meminta untuk diusung saja, sama seperti ayah dulu.

isteri imam telah lama sampai dan persiapan telah lama tersedia. kami adik beradik mengambil
keputusan untuk bersama-sama memandi dan mengapankan mak dengan bantuan dan tunjuk ajar isteri imam.

bersambung...

Sabtu, 10 Oktober 2009

mak... [bhgn 1]

Bismillah....
Bertugas di tempat baru, jadual harian telah lebih terurus. Pertama-tama, lebih dekat dengan kediaman. Keduanya, bangunan pejabat akan dikunci kurang dari setengah jam lepas waktu kerja tamat. Semua pekerja termasuk lembaga pengarah akan meninggalkan perkarangan pejabat pada waktu tamat bertugas sebaik jam 5 petang.

Petang semalam, seperti biasa aku memandu pulang ke rumah. Tiada lagi alasan terlalu letih atau terlalu lewat pulang untuk mengemas rumah.. Huhuhu…
Seperti biasa, selepas suami pulang sekitar jam 6:30 petang, kami ke rumah mak. Anak-anak di sianghari di dalam jagaan mak dan adik, Zilah.Tapi, kali ini mak kelihatan sangat luar biasa. Telah beberapa hari mak tak sihat. Demam dan batuk yang tidak surut. Petang semalam mak marah Arif sebab tersalah beli ubat. Mak mengeluh kata Arif sampai hati tinggalkan dia sedang sakit walhal budak tu hanya keluar ambil ubat yang tertinggal di motor saja. Kesian adikku ini, benar katanya padaku, buat apa saja asik kena marah.

Kali ini, mak hanya termenung mengadap kiblat, tidak bergerak hingga masuk lepas waktu maghrib. Kata Zilah, mak tak boleh berbaring sebab asik batuk. Tapi, kali ni dia tak batuk dan tak bergerak. Suara sangat perlahan dan sangat berbeza tidak seperti suara mak yang biasa.

Selepas solat maghrib, aku menoleh ke arah mak. Subhanallah… saat itu aku telah tau kerana dia ada di sana menunggu mak. Kemudian, sewaktu aku duduk di katil mak, mak tanya aku, “Na, ada apa-apa ke kat mak ni?”. .. jawabku, “takda la… tak da apa-apa.. mak rehat je.. mak penat tu.. mak kena banyak rehat je.. mak nak gi hospital?”
Kata mak, dah pergi klinik dengan kakakku petang tadi. Doktor kata tak ada apa-apa. Cuma demam dan batuk. Suami aku tanya kalau perlu hantar mak ke hospital, tapi mak tak nak. Pada aku, mak perlu rehat. Hanya ini saja. Tak sampai hati nak cakap apa yang telah kusaksikan, malahan tentu bersalahan untuk mengatakannya.

Mak bangun dari duduk dan berjalan sangat-sangat-sangat perlahan di depanku. Kutanya nak ke mana, katanya nak solat. Aku bagitau mak aku SMS Aza dan mintak tolong abang Zaman tengokkan mak. Mak memang sangat bergantung pada abang Zaman dalam banyak perkara meskipun dia hanya anak angkat. Baru dua hari lepas kami bawa mak ke rumah abang Zaman.

Kulihat mak membentang sejadah atas timbunan pakaian yang ingin dilipatnya petang tadi. Meletakkan telekong di atas sejadah sebelum memakai secara sangat-sangat perlahan. Berlainan sangat perlakuan mak seolah-olah dia mahu menghayati setiap perbuatannya. Aku tidak lagi sanggup melihat perlakuan mak, terus keluar rumah dan mengajak anak-anak dan suamiku pulang. Hatiku sebak. Fikiran bercelaru. Tika ini hanya zikrullah sangat membantu.

Kebiasaannya mak akan masak untuk semua orang. Cuma beberapa hari ini, mak memasak tetapi tidak mau makannya. Kerana itu pagi tadi suami belikan nasi lemak untuk mak. Nampak sangat berselera dia makan kali ini. Mungkin kerana seminggu ini kami berpuasa bersama dan kurang selera makan selepas habis hari berpuasa. Kerana aku sendiri hilang selera makan juga. Memandangkan tiada makan malam disediakan, kami ke restoran untuk makan malam. Aku bertanya suami dan anak-anakku bagaimana bila nenek telah tiada nanti. Anak-anakku pulak mula tidak mau makan. Masing-masing bermuram dan meragam.

Malah malamnya, semua orang tidak dapat melelapkan mata tanpa sebab. Semua anak-anakku datang berkumpul tidur bersamaku. Aku tetapkan alarm di telefon untuk bangun jam 3 pagi. Meski biasanya aku akan bangun sekitar waktu itu, namun aku bimbang aku tidak dapat melakukannya. Hampir-hampir aku memberitahu mak aku mau solat hajat dan bacakan surah yaasin sebanyak 3 kali malam nanti agar mak tenang dan sejahtera.

Alarm di telefon berbunyi dan malangnya aku tutup terus dan meneruskan tidur yang sangat meletihkan. Tiba-tiba aku terjaga pada jam 3:13 pagi. Aku jadi pilu dan kesal. Mengatakan pada diri mak telah tiada, apa perlu untuk bangun sekarang. Aku sambung tidur atas rasa yang sangat pilu dan terjaga semula bila telefon aku berbunyi lagi jam 5:33pagi. Mendengar suara Zilah menangis dan mengatakan mak tidak bergerak dan kaki tangannya sejuk. Aku minta adikku sabar dan aku janjikan segera datang.
Aku kejutkan suami ku dan kami terus bangunkan anak-anak mandi dan bersiap.
Selepas mandi aku telefon dan SMS semua adik beradik termasuk abang Zaman.
Sewaktu kami tiba, rumah mak telah dipenuhi ramai jiran-jiran. Aku disambut jiran yang mengucapkan kata-kata semangat dan takziah.
Di serambi rumah, depanku terkujur tubuh mak ditutup sepenuhnya dengan kain. Aku tanpa menoleh ke mana-mana, terus menuju bilik Zilah dan baring di katil kerana seluruh anggotaku sangat longlai. Aku bangun lepas beberapa minit dan mengambil surah yaasin dari dalam beg tangan dan mula membaca dengan perlahan.
Selesai membaca, adik dan kakakku masuk membawa anak Zilah yang berusia 1 bulan. Kakakku menangis dan memeluk aku dengan sangat erat. Aku hanya minta dia bersabar. Itu saja mampu aku cakapkan ketika ini. Kata Zilah, selepas solat Isyak, mak terus tidur di katilnya depan bilik Zilah. Tambah Zilah, sekitar jam 2 pagi dia bangun dan tengok mak tidur seperti biasa dan dia selimutkan mak sebelum menyambung tidur. Bakhtiar, adik lelaki kami tidur nyenyak di sebelah mak. Cuma, bila dia bangun lagi sekitar jam 5:15 pagi dia dapati mak tidak bergerak dan kaki tangannya sejuk.

Selepas beberapa waktu, aku rangkul Ahmad Syukri yang kecil dan bercakap-cakap dengannya.
Aku tanya jika aku baca yaasin lagi, maukah dia mendengar. Bayi yang kecil seakan memahami dan berbunyi, aaaaaa… ek..ek..ek… Aku letakkan Syukri di depanku dan pada baris ayat yang kelima, si kecil yang tadi tersenyum telah lelap dengan nyenyak.
Aku teruskan bacaan dan ulang untuk kali ketiga. Aku tahu niat untuk membaca 3 kali yaasin ditetapkan waktu emak di dalam sakaratul maut pagi tadi, telah gagal aku laksanakan seperti yang sepatutnya. Emak, aku mohon maaf kerana gagal menyempurnakan tugas kali ini untukmu… Ampuni aku…

Bersambung…

Jumaat, 28 Ogos 2009

ramadhan datang lagi...

assalamualaikum wbt....

SELAMAT BERPUASA KEPADA SEMUA YANG BERPUASA..

kawan-kawan yang belum lagi "terseru" utk berpuasa, marilah mulakan sekarang... kerana :
pertama, nak tunggu kena seru??, seru dek azan 5 kali sehari semalam... tak kira seru ke lagi tu? ke, tengah tunggu seru dari malaikat maut ..???!
kedua, andai mati dalam keadaan sekarang, di manakah nanti dan bagaimanakah keadaan kita?! Tak baik kata kubur masing-masing tau, sebab yang menanggung malu orang-orang yang kita tinggalkan nanti.. ni kewajiban bagi kita sesama muslim untuk menasihat.. jangan nanti kat dunia sana kata kita tak nasihat, tak ajak... tak seru...!!! huhuhu..

hati saya selalu sebak tiap kali datangnya bulan-bulan yang mulia ini. Bermula dari bulan rejab di mana ramai sahabat2 dan saudara2 yang mula berpuasa sunat maupun qadha, saya sudah dilanda kesedihan.. Hati semakin hiba bila masuknya bulan ramadhan..

Bukanlah kerana saya tidak suka akan tibanya bulan yang penuh rahmat dan keberkatan ini. Tetapi rakan-rakan sedia maklum saya ini sakit pada setiap hari dan memerlukan pengambilan ubat asthma yang menurut ajaran saya terima adalah batal puasa saya.

Namun tidak wajar untuk meletakkan keterpaksaan pengambilan gas ini sebagai sebab untuk tidak melaksanakan rukun Islam yang ketiga ini.

Kepada ALLAH SWT juga diserahkan segala keputusan dan ketetapan.


Dari kecil saya dididik untuk berpuasa meskipun saya sakit dan perlu mengambil ubatan pada waktunya atau tiap kali serangan datang. Pada waktu dahulu, tiada inhaler atau nebulizer. Semua bergantung kepada ubatan pil, cecair dan suntikan. Orangtua saya akan hanya membenarkan saya mengambil makanan dan minuman yang mencukupi untuk tidak memudaratkan kesihatan saya. Selebihnya, mereka akan menyuruh saya melaksanakan seperti orang-orang berpuasa lainnya.

Usahlah kita sentiasa memberikan alasan berpenyakit seperti gastrik, atau sebagainya sebagai senjata untuk melepaskan diri dari tanggungjawab apa yang telah ditetapkan oleh Pencipta kita sendiri kerana DIA lebih tahu makhluk yang diciptanya berbanding kita sendiri.
Maka segala ketentuan dariNYA adalah atas rahmat dan kurnia kepada kita agar kita sentiasa insaf dan bersyukur kepadaNYA sesuai dengan pembuka kata di blog saya ini:-

hadis Qudsi yg bermaksud, "Barangsiapa yang tidak redha dengan qadha'Ku(ALLAH), dan tidak bersyukur dengan pemberianKu, dan tidak sabar dengan ujianKu, maka carilah Tuhan selainKu."

Mari kita dalami ayat berikut:

“Tidaklah menimpa seseorang yang beriman itu mengalami rasa sakit yang berpanjangan, kepayahan, penyakit dan juga kesedihan, bahkan sehinggakan kesusahan yang menyusahkannya, melainkan akan dihapuskan dengannya dosa-dosanya.” (Hadis Riwayat Muslim, no. 2573)

Alangkah... dan apabila ALLAH dengan sangat pengasih menimpakan kesakitan, penyakit dan pelbagai kesusahan kesukaran buat kita, diberikan balasan yang begitu besar sekali, kenapalah kita jadikan penyakit dan kesakitan itu sendiri sebagai alasan untuk tidak melaksanakan perintah yang telah diwajibkan kepada kita untuk dilaksanakan?!

Bukan untuk dikurangkan, tapi untuk ditambah lagi!!!

Allah Hu Akbar!!! Alangkah sedih dan malangnya bagi kita yang berburuk sangka kepada ALLAH yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang....

Tidakkah kita berasa malu untuk berikan alasan tidak berpuasa disebabkan ujian yang telah tersedia hadiah?! Ni ALLAH bagi bonus lagi..

Ia seumpama, kita disuruh majikan menghadiri satu kursus meningkatkan kerjaya. Kursus sebulan tersebut diberi dalam bentuk ujian ketahanan mental dan fizikal (seperti team building course). Sepanjang kursus kita diberi tempat tinggal, makanan dan elaun sara diri. Sebaik tamat kursus dan berjaya mendapatkan sijil penyertaan, majikan janjikan kita bonus dan kenaikan gaji!

Mau atau tidak kita dengan tawaran majikan yang begitu menarik dan menguntungkan kita?! ..... Mesti Mau!!! hehehe..

ok... harap tidak sekadar membaca saja ye.. marilah kita sama-sama selami dan baiki cara berfikir kita agar kita lebih mencintai Pencipta kita.

kepada akak-akak dan adik-adik pompuan yang uzur tu, harap hormatilah orang-orang sekeliling kita yang berpuasa. Tidak menghormati mereka juga bukan budaya seorang Mukminah.
Jika terpaksa juga makan di surau tu, ingatlah sahabat-sahabat yang ingin menunaikan solat pada waktunya. Dan, pastikan tempat solat sentiasa bersih. Terdetik sedikit di hati orang yang kita sakiti hatinya, kita sudah berdosa kepada mereka..

Moga di bulan mulia ini, kita dapat lebih mencintai ALLAH SWT dan RasulNYA, Nabi Muhammad SAW... sebaknya hati menyebut nama baginda...

rajin2 berselawat dan membaca Al-Quran di bulan mulia ini. Ingat kepada mereka yang telah pergi kerana kita pasti menyusul bila-bila masa saja..

SELAMAT BERTARAWIH.....





Sabtu, 22 Ogos 2009

IKHLAS ... ulasan dari tuan Cahaya Mukmin..

Alhamdulillah....
Tuan di Cahaya Mukmin telah punya kesempatan untuk mengulas lebih lanjut tentang bab "IKHLAS" ini..
[cumanya saya yg tidak punya kesempatan untuk mewar-warkan tulisan beliau pada waktu artikel2 beliau disiarkan.. minta maaf...]

SILA KLIK:-

IKHLAS BAB 1 http://cahayamukmin.blogspot.com/2009/07/ilmu-ikhlas-1.html

IKHLAS BAB 2 http://cahayamukmin.blogspot.com/2009/07/bahagian-2-ilmu-ikhlas.html

IKHLAS BAB 3 http://cahayamukmin.blogspot.com/2009/08/bahagian-akhir-ilmu-ikhlas.html

semoga kita sama-sama mendapat manfaat dari perkongsian ilmu ini.
Jazakallah kepada yang berkenaan.