ada 3 golongan yang bila bangun pagi,
1. akan duduk sebentar dan berfikir, apakah perkara yang akan dilakukan pada hari ini untuk dirinya
2. akan duduk sebentar dan berfikir, apakah perkara yang akan dilakukan ALLAH pada hari ini terhadap dirinya
3. tidak pernah peduli apakah yang akan dilakukannya atau apa yang ALLAH akan lakukan pada dirinya pada hari ini..
juga.. begitu pada waktu malam sebelum tidur...
1. golongan yang berfikir apakah yang telah dilakukan pada hari ini yang telah dicapai dan dilepaskan dan memikirkan apakah yang akan dicapai esoknya..
2. golongan yang berfikir apakah yang telah berlaku kepada dirinya oleh ALLAH yang telah dicapai dan dilepaskan pada hari ini dan apakah masih ada esok untuknya..
3. golongan yang tidak peduli apa yang telah dicapai atau dilepaskan pada hari ini kerana esok masih ada..
maka, golongan yang manakah satu kita ini?!
kata Sheikh Ahmad ibn Athaillah,
Orang yang lupa akan tauhidnya, bila pagi-pagi selalu berfikir apa yang akan dilakukan..
dan orang yang berakal dia selalu berfikir apa yang bakal diperbuat ALLAH kepadanya..
Ya ALLAH...
aku tidak dapat membalas padaMU
bila tiap kali kubuka mataku
aku melihat kebesaran dan kekuasaanmu
namun aku masih berangan-angan
Ya ALLAH...
aku tidak dapat mendahuluiMU
bila tiap kali kugerakkan anggotaku & akalku untuk duniaku
aku melihat kemenangan dan kebenaranMU
namun aku masih leka
Ya ALLAH...
bila saat untuk kupejam mataku
aku melihat kasih sayang dan rahmatMU
namun aku masih berduka
ADAKAH BACAAN AL-FATIHAH DENGAN SUARA BERBISIK TIDAK SAH SOLATNYA ?
5 tahun yang lalu
2 ulasan:
alhamdullillah, ada juga orang Seremban yang bersama2 memperjuangkan dakwah Islam.Seronok mendengar lagu-lagu yang mengEsakan Allah dalam blog ini.Semoga blog ini success.
jazakallah khairan..
Alhamdulillah.... ada juga ustaz2 yg sudi melawat dan berikan semangat serta sokongan kepada saya. Saya sangat-sangat menghargai sokongan tuan..
Moga kita sama-sama saling memberi sokongan dan berjuang menegakkan agama yang suci ini mengikut kemampuan kita masing-masing..
Moga, Jika tidak banyak, sedikit pun jadilah.. Jika tidak ramai, seorang pun jadilah..
Syukran.
Catat Ulasan