kata-kata hikmah..

Pesan Luqman Hakim pada anaknya, Hai anakku, bila engkau berteman, tempatkanlah dirimu padanya sebagai orang yang tak mengharapkan sesuatu daripadanya. Namun, biarkanlah dia yang mengharap sesuatu darimu

Jumaat, 20 Februari 2009

kenapa doa tidak makbul? [bhg 1]

Firman ALLAH, Surah Al-Mukmin ayat 60:-

"Berdoalah kamu sekalian kepadaKU, Aku akan kabulkan doamu."

berdasarkan ayat di atas, betapa ALLAH telah berjanji bahawa ALLAH SWT pasti makbulkan doa kita apabila kita berdoa kepadaNYA, namun kenapakah antara kita bila berdoa, doa kita diharapkan itu masih tidak makbul?!
apakah sebabnya tidak diperoleh yang diminta itu? sedangkan ALLAH telah berjanji akan makbulkan doa2 kita??!

Namun, janji ALLAH tidak sesekali diragui kerana PASTI dikota yang dikata..
bersangka baiklah kepada Tuhan yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang (Ar-Rahmaan Ar-Rahiim..)

Bukan saja doa tidak makbul, bahkan zikir juga tidak dapat menghalau iblis dan syaitan walhal telah ALLAH janjikan keduanya pasti... kenapa begini?

Saya nukil kisah yang pernah ditanya kepada Ibrahim bin Adham tentang hal ini..
Dijawab beliau,
"Hal itu oleh kerana hati anda mati."
Ditanya kembali, "Apa yang menyebabkan hati telah mati?!"
Kata Ibrahim bin Adham,
"ada 8 hal yang menyebabkan matinya hati, yaitu:-

1. Kamu mengetahui hak ALLAH, tetapi tidak kamu tunaikan;

2. Kamu membaca Al-Quran, tetapi kamu tidak mengamalkan ajaran2nya;

3. Kamu mengatakan, Kami cinta kepada Rasulullah SAW, padahal kamu tidak mengamalkan sunnah baginda;

4. Kamu mengatakan takut mati, tetapi kamu tidak berkemas-kemas untuknya

5. ALLAH Taala berfirman,
"Sesungguhnya syaitan itu musuh bagi kamu sekalian, maka perlakukanlah ia sebagai musuh" [surah Fathir:6]
namun, kamu berkelompok (sekongkol) dengan dia untuk berbuat berbagai dosa;

6. Kamu mengatakan takut neraka, tetapi kamu menganiaya badan kamu dalam neraka;

7. Kamu mengatakan cinta/mengharap kepada syurga, tetapi kamu tidak beramal untuk mendapatkan syurga itu;

8. Apabila kamu bangun dari tempat tidur, kamu melemparkan aib kamu sendiri di belakang kamu dan kamu bentangkan aib orang lain di hadapan kamu.

[masyaALLAH saudara2 kutercinta...lihatlah ke diri sendiri, muhasabahlah, maka tak akan berani kamu mencerca biar orang paling hina setelah melihat aib sendiri ..]

lantas kamu telah membuat kemurkaan ALLAH, maka bagaimana ALLAH akan kabulkan doa2 kamu?!"

fikirkanlah, apakah ada saudara2ku termasuk antara yang 8 ini yg menyebabkan doa tidak dimakbul?

[bersambung...]

Isnin, 16 Februari 2009

di mana ALLAH?!

iya..ramai bertanya pendapat saya di mana ALLAH..
jawapan mudah saya yg kurang ilmu ini adalah berpegang kepada Surah Al-Baqarah ayat 115 yg bermaksud,
""maka ke mana sahaja kamu arahkan diri maka di situlah Wajah Allah"

Namun, sebagai hamba, kita usahlah mempersoalkan tentang dzat ALLAH dan yg wajib bagi kita hanya mengenal sifat2 (asma wal-sifat) ALLAH saja..

maka berkaitan hal pertanyaan beberapa orang berkaitan isu ini, saya merujuk kepada tuan2 yang lebih arif tentang hal ini, maka ini antara jawapan yg diberikan kepada saya yang dapat memberikan penerangan terperinci tentang di mana ALLAH itu..
Jazakallah ya ust. Alex krn membantu saya dalam hal ini. Semoga tuan dan keluarga dirahmati ALLAH sentiasa hendaknya..

********************************************************************************

PENDAHULUAN

Ajaran Hujjatul Islam Imam al-Ghazali ini dipetik dari kitab Bimbingan Mukmin, iaitu ringkasan kitab Ihya’ Ulumiddin. Saya memecahkan petikan ini kepada beberapa perenggan mengikut isi cerita. Kemudian saya letakkan tajuk untuk setiap satunya. Cara begini dapat memudahkan lagi pemahaman.


ALLAH YANG KEKAL

Akidah para ahli sunnah terhadap Zat Allah Taala yang Maha Suci ialah Allah itu Tuhan yang Esa, tiada sekutu bagiNya. Dia Qadim, tiada awal bagi wujudNya, dan wujudNya pula terus-menerus tiada akhir bagiNya. Dia Kekal, tidak luput sama sekali. Dia masih bersifat keagungan dan sifat keagungan ini berterusan, tidak akan musnah ataupun terputus dengan terluputnya pelbagai abad, atau berlalunya bermacam-macam waktu. Bahkan Dialah Allah yang Awal dan yang Akhir, yang Zahir dan yang Batin. Dan Dialah yang Maha Mengetahui segala sesuatu.


ALLAH BUKAN JISIM

Tuhan Allah bukanlah semacam jisim yang dapat digambarkan. Dia tidak menyamai apapun yang maujud. Begitu juga yang maujud tidak boleh menyerupaiNya.



ALLAH TIDAK BERTEMPAT

Dia tidak dilingkari (dipengaruhi)/ terpengaruh) oleh seluruh penjuru dan arah. Dia tidak pula bertetap setempat (tidak bertempat), sama ada dalam lapisan-lapisan bumi ataupun langit, malah dia beristawa di atas Arasy dalam keadaan yang Dia firmankan atau dengan makna yang Dia kehendaki.

Dia berada di atas Arasy dan langit, malah di atas segala sesuatu hingga ke batasan bumi. KetinggianNya tidak menjadikanNya lebih dekat kepada Arasy dan langit, sebagaimana semua itu juga tidak menjauhkanNya dari bumi dan tanah.

Bahkan Allah tetap Maha Tinggi darjatNya dari Arasy dan langit, sebagimana Dia juga Maha Tinggi darjatNya dari bumi dan tanah.

ALLAH TIDAK TERPISAH DARIPADA MAKHLUK

Walau bagaimanapun Dia tetap dekat kepada yang maujud, dan lebih dekat kepada hambaNya daripada urat leher hamba itu sendiri. DekatNya kepada hambaNya tidak serupa dengan dekatnya jisim kepada manusia. Begitu juga dengan ZatNya yang tidak sama dengan zat jisim manusia.

ALLAH TIDAK BERSEKUTU DENGAN MAKHLUK

Dia tidak bertempat pada sesuatu benda (tidak bersekutu dengan mana-mana makluk). Demikian pula benda tidak bertempat (tidak bersekutu) pada ZatNya. Maha Suci Allah dari dilingkari oleh sesuatu tempat (mustahil Allah bertempat). Bahkan Dia telah sedia Ada sebelum terciptanya masa dan tempat. Dan Dia sekarang Ada dalam keadaan seperti dulu juga (sebelum masa dan tempat dicipta, tidak pernah berubah).



ALLAH BOLEH DILIHAT DI SYURGA

Di dalam ZatNya, kewujudanNya dibuktikan oleh akal fikiran. Dan ZatNya dapat dilihat oleh pandangan pada hari kemudian (alam akhirat) di tempat tinggal yang abadi (syurga). Hal itu adalah satu nikmat dari Allah dan belas kasihNya untuk orang-orang yang berbakti kepadaNya, dan sebagai penyempurnaan kenikmatan daripadaNya iaitu kurniaNya untuk melihat wajahNya yang Maha Mulia.


ALLAH TIDAK PERNAH LEMAH

Dan Allah Taala itu Maha Hidup, Maha Berkuasa, Maha Tinggi dan Maha Memaksa. Tidak didatangi kecuaian ataupun kelemahan, Tidak dihinggapi kelalaian ataupun ketiduran dan tidak terkena kehancuran ataupun kematian.


ALLAH PENCIPTA SEBENAR

Dialah satu-satunya yang menjadikan dan menciptakan, satu-satunya yang mengadakan dan membentuk.


ALLAH TAHU SEGALA SESUATU

Dialah Maha Mengetahui akan segala sesuatu yang telah diketahui. Ilmunya meliputi segala apa saja yang berlaku di dalam dasar bumi hingga ke atas langit. Tiada sesuatu pun yang terlepas dari ilmuNya sekalipun seberat atom sama ada di dalam bumi ataupun di puncak langit. Bahkan Dia mengetahui gerak-geri seekor semut hitam di atas batu licin pada malam hari yang gelap gelita. Dia juga Mengetahui gerakan sebutir debu di tengah-tengah cakerawala ini. Dia mengetahui yang rahsia dan yang tersembunyi. Dia dapat menyingkap perkara-perkara yang terlintas dalam diri dan gerak-geri hati, dan segala rahsia yang disembunyikan; iaitu dengan ilmuNya yang Qadim Azali yang Dia masih bersifat dengannya di dalam Azalil-Azali.



ALLAH YANG MENGATUR SEGALA GERAK DAN KEJADIAN

Dan Allah Taala itu Maha Maha Menghendaki ke atas semua yang dijadikanNya, dan Maha Pengatur terhadap segala yang diciptakanNya. Suatu apa pun tidak boleh berlaku dalam kerajaan dan kekuasaanNya melainkan dengan ketentuan dan kudratNya, dengan hikmat dan kemahuanNya. Apa yang Dia kehendaki (pasti) akan berlaku, dan apa yang Dia tidak kehendaki (pasti) tidak akan berlaku. Tidak ada yang dapat menentang perintahNya, dan tidak akan ada sesiapa yang menyalahkan hukumNya.



ALLAH MENDENGAR DAN MELIHAT SEGALA SESUATU

Dan Allah Taala itu Maha Mendengar dan Maha Melihat. Tidak ada suatu apa pun yang boleh didengar, terhalang dari pendengaranNya sekalipun amat halus. Dan tidak ada suatu apa pun yang boleh dilihat, tertabir (terselindung/ terhijab) dari pemandanganNya sekalipun amat kecil. PendengaranNya tidak akan tertutup kerana jauh, dan penglihatanNya tidak akan tertolak kerana gelap. Pendengaran dan pemandanganNya tidak menyerupai pendengaran dan pemandangan makhlukNya, sebagaimana ZatNya juga tidak serupa dengan zat makhlukNya.


AL-QURAN BUKAN MAKHLUK

Dan bahawasanya Allah Taala itu Maha Berkata-kata, Maha Memerintah, Maha Melarang, Maha Mengingatkan dan Mengancam. Dan al-Quran, Taurat, Injil dan Zabur itu adalah kitab-kitabNya yang diturunkan kepada para RasulNYa alaihimussalam yang membawa percakapanNYa, yang merupakan sifat bagi ZatNya dan buknalah sifat bagi makhlukNYa. Dan sesungguhnya al-Quran itu adalah Kalamullah yang bukan makhluk (bukan diciptakan) sehingga ia boleh binasa, dan bukan pula sifat bagi makhlukNYa sehingga ia boleh punah.


SEMUA SELAIN ALLAH ADALAH BAHARU

Dan Allah Taala itu Maha Esa. Tidak ada suatu apa pun selainNya melainkan bersifat hadis (baharu), yang terjadi dengan perbuatanNYa, yang menerima dari keadilanNYa dalam rupa yang paling sempurna, paling lengkap dan paling adil.

Dan Allah Taala itu Maha Bijaksana dalam segala perbuatanNya, Maha Adil dalam segala keputusanNya. Dan segala sesuatu selain Allah dari bangsa manusia, jin, malaikat, langit, bumi, binatang, tumbuh-tumbuhan, benda-benda padat yang dapat dlihat ataupun dapat dirasakan, semuanya itu adalah baharu, yang dicipta oleh Tuhan dengan kekuasaanNya, daripada tidak ada menjadi ada. Dan dijadikanNya pula dalam bentuk yang paling sempurna, yang pada asalnya tidak ada, sebab yang ada di dalam azal itu hanyalah Zat Allah Subhanahu wa Taala, dan selain itu tidak ada bersamaNya.

Allah telah menjadikan makhluk selepas itu sebagai tanda kekuasaanNya dan untuk merealisasikan apa yang terdahulu dari kemahuanNya dan apa yang ditentukan di dalam azal dari kalimatNya, bukan kerana Dia berhajat atau memerlukan penciptaan itu.


* Tulisan-tulisan dalam kurungan adalah penjelasan saya.

Abu Zulfiqar ‘Alexanderwathern’

9 JULAI 2008
16 REJAB 1429

*****************************************************************************

DAKWAAN:
Assalamualaikum, ana nak tanya pasal Tuhan wujud tak bertempat. Sesetengah golongan menggelarkan mereka yang beriktikad yang Tuhan wujud tak bertempat sebagai Ahli Bidaah. Sebab dia kata.. Kalau Tuhan wujud tak bertempat bermaksud Tuhan boleh wujud kat mana-mana sahaja... termasuk tandas yang kotor, disko, dan tempat2 yg tak layak bagi Tuhan. Jadi mcm mane tu ye?


PANDANGAN:

Wlskm wbt.

Secara RINGKASNYA (hendak tahu mendalam mereka kena datang kuliah tauhid) kita beritahu/ tanya kepada mereka... "'KAT MANA-MANA' tu bukan tempatkah?"

Pemahaman sebegitu menunjukkan kejahilan mereka. Bukankah sudah kita katakan TUHAN TAK BERTEMPAT... Allah TIDAK TERPENGARUH DENGAN TEMPAT... tiba-tiba boleh pula dia kata "Kalau camtu, Tuhan boleh berada KAT MANA-MANA le.."

Ini jenis orang tak reti bahasa kerana dia dijahilkan oleh Allah. Orang dah kata TAK BERTEMPAT, dia boleh kaitkan dengan "KAT MANA-MANA" pulak. Apabila disebut 'KAT MANA-MANA'... itukan sudah menceritakan TEMPAT!

Samalah dengan orang yang berfahaman "Allah memang ada tapi TAK TAHU DI MANA". Apabila dia berfaham begitu saja, sudah cukup untuk menjadikan dia menyembah 'Allah yang BERCAMPUR DENGAN MAKHLUK’ (maksudnya menyekutukan Allah) bukannya menyembah Allah yang Esa. Kita tidak boleh berfaham 'tak tahu DI MANA' kerana ini menunjukkan ‘Allah bertempat, CUMA TAK TAHU TEMPATNYA DI MANA’. Hal inilah yang dinamakan oleh para ulama sebagai SYRIK KHAFI.

Sebahagian kaum kafir menyembah MAKHLUK yang nampak dan TEMPATNYA di depan mata mereka (iaitu berhala-berhala), orang yang syirik khafi tadi pun menyembah MAKHLUK juga cuma tidak nampak dan TEMPATNYA tak tahu di mana. Ini SANGAT-SANGAT BAHAYA!

Sebab itulah kita sangat menekankan ilmu tauhid, betulkan Sembahan terlebih dahulu sebelum mengusahakan cabang-cabang lain dalam bidang agama. Sebab itu jugalah para ulama terdahulu menekankan ‘Awaluddin maghrifatullah’. Perkara paling awal, paling pokok dalam agama adalah membetul/ menepatkan Sembahan. Mesti sembah Allah yang Esa, bukan sembah Allah yang BERCAMPUR dengan makhluk (iaitu menyekutukan-Nya).

Apalah gunanya solat seribu rakaat sehari jika hala tujunya kepada selain Allah? Apalah gunanya hafaz 30 juzuk al-Quran jika tersalah Sembahan. Apalah gunanya berbahasa Arab, berceramah ke sana ke mari, jadi pimpinan, membuat Qurban, berhaji, berjihad dan sebagainya jika menyembah selain Allah yang Esa? Apa guna hidup jika menyekutukan Allah dengan makhluk?

Semua itu PENTING tetapi membetulkan Sembahan adalah PALING PENTING dan TIKET untuk diterima semua amalan lain. Sehebat manapun amalan lain tapi tersalah Sembahan, tidak ada gunanya.

Wallahualam.

Pelik...kita kan dah cakap Allah tidak bertempat, boleh pula dia kata 'kita kata' Allah di tandas dan disko?
Betul-betul jahil mereka itu. Tandas dan disko tu bukan tempat ke?

Contoh:

Kita beritahu kepada seorang mat salleh bahawa bengkang BUKAN BUAH. Tiba-tiba mat salleh tu kata (dalam bahasa Inggeris), "Kalau macam tu, bengkang sejenis dengan kelapa, betik dan pisanglah ye?"

Orang dah kata BUKAN BUAH tapi dia kaitkan juga dengan BUAH. Jahil tak?

Samalah dalam kes di atas. Orang dah kata tak bertempat, boleh pula mereka tempatkan Allah di TEMPAT iaitu tandas dan disko!

Miskinnn...

Abu Zulfiqar 'Alexanderwathern'
http://myalexanderwathern.freephpnuke.org/gate.html?name=News&file=article&sid=395&mode=&order=0&thold=0