Kalau dulu kita menangis kerana sedih, sakit, dianiaya, ditimpa musibah, resah, duka maupun kerana suka..
bila dipancar hidayah ALLAH, kita menangis kerana mengingat dosa-dosa, kerana usia yang telah disia-siakan, kerana takut berbuat dosa, kerana takutkan azab nerakaNYA, kerana takut ALLAH murka.. maka, kita mula sedar hal ini lebih besar dan dahsyat dari musibah yang menimpa. maka, kita tidak lagi dapat menangis kerana urusan dunia..
setelah kita melihat sifat-sifat ALLAH Yang Maha Perkasa dan Maha Penyayang , (makrifat kepada ALLAH), kita juga menangis kerana rindu, kerana cinta yang tidak dapat ditahan-tahan buatNYA hingga kita tidak dapat bersabar untuk menemuiNYA, hingga kita tidak lagi menangis kerana selainNYA.. maka, menangis lah kita dengan sangat banyak sekali hingga lupa dan tidak peduli kepada masalah dunia dan musibah yang menimpa atau apa saja yang ALLAH mahu timpakan ke atas kita..
(atas sebab-sebab hanya yang mengalami saja dapat memahami seperti seorang ibu yang merasa nikmat melihat wajah bayi yang baru dilahirkan hingga hilang segala kesakitan waktu bersalin.. wallahualam..)
dan kemudian,ditambah kita juga menangis kerana cela dalam diri dengan sifat2 mazmumah yang masih dikuasai hawa nafsu yang masih belum dapat dibuang, dilenyapkan sepenuhnya dari hati. kerana adakala, (meskipun sgt sedikit) kita masih lagi merasa gembira dan berbangga saat dipuji, masih seronok dan masih lalai saat menikmati nikmat duniawi, masih sayang pada harta meskipun sedikit, masih belum dapat berpuasa dengan sempurna, bahkan masih lagi belum dapat melihat ALLAH dalam tiap solat..
Maka, bagaimana kita dapat menghadap kepadaNYA nanti dengan sifat2 tercela lagi hina ini??!!
Oleh itu, sedaya upaya tanamkan di dalam sanubari , Janganlah aku menangis selain kerana ALLAH... InsyaALLAH, kita akan lebih sabar dan tabah menghadapi segala kesusahan dan ujian musibah yang datang dari ALLAH kerana tiap yang diberi mengandungi rahmatNYA dan untuk kebaikan diri kita yang menerima.
["Apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan hanya dengan mengatakan "kami telah beriman" dan mereka tidak diuji?" (QS: Al-Ankabut:2)]
dari Ust. Abdullah Affandi yang sering mengirim syairnya ini:-
Engkau menangis ketika ibu melahirkanmu
sementara orang2 di sekitarmu tertawa penuh gembira
menyambut kelahiranmu
sekarang, berbuatlah untuk bekal di hari kematianmu
Sementara orang2 di sekitarmu meratap & menangisi kepergianmu
sementara engkau tertawa penuh gembira
menyambut kematianmu
kerana Yang Maha Kuasa merinduimu & memanggilmu
wallahu'alam..
Mutiara Kata::
~~Menangisi perpisahan akibat gagal bercinta adalah satu pembaziran mutiara jernih kita dan juga menguji sejauh mana kebodohan kita tetapi dengan menangisi dan menyesali akan dosa kita lantas meminta pengampunan dariNya akan lebih menjamin dunia dan akhirat~~
Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.(Surah Al-Baqarah ayat 216)
ADAKAH BACAAN AL-FATIHAH DENGAN SUARA BERBISIK TIDAK SAH SOLATNYA ?
5 tahun yang lalu
Tiada ulasan:
Catat Ulasan