kata-kata hikmah..

Pesan Luqman Hakim pada anaknya, Hai anakku, bila engkau berteman, tempatkanlah dirimu padanya sebagai orang yang tak mengharapkan sesuatu daripadanya. Namun, biarkanlah dia yang mengharap sesuatu darimu

Rabu, 15 Oktober 2008

TANDA-TANDA CINTAKAN ALLAH

Tanda-tanda awal:-

1. Solat tidak lagi menjadi perkara berat untuk dilaksanakan sebaliknya akan sangat mudah dan dinanti-nanti waktu hadirnya.
2. Mula merasa menunaikan solat sesuatu yang mengasyik & menenangkan jiwa & fikiran sehingga sangat seronok untuk melakukan sebanyak-banyaknya seperti seorang kekasih yang seronok untuk menatap dan mengadu kepada kekasihnya dengan sebanyak-banyaknya
3. Zikir kepada ALLAH adalah menjadi kata-kata yg paling digemari walaupun kadang-kala terlalai atas urusan duniawi
4. Kurang bercakap atau tidak bercakap yang sia-sia (bercakap bila perlu sahaja)
5. tiba-tiba hilang perhatian kepada material duniawi seperti kalau dulu suka berbelanja atau bersuka-ria atau suka kepada hiburan maka kini mula menjauh diri kerana hilang minat sebaliknya lebih suka menyendiri dan muhasabah diri
6. sering menangis bila mengingat dosa yang pernah dilakukan sekalipun sangat kecil
7. sering menangis kerana takutkan azab neraka yang tidak mampu menahannya
8. sering mengingati bagaimanakah keadaan menghadapi azab kubur
9. sering merasakan bahawa nyawa akan dicabut malaikatmaut pada bila-bila masa saja
10. tidak runsing atas segala yang berlaku pada dirinya samada masalah atau musibah yang datang melanda kerana percaya atas apa yang ALLAH kehendaki ke atasnya adalah kebaikan
11. sentiasa bersyukur tetapi bimbang saat menerima nikmat ALLAH yang merupakan satu ujian menguji keimanan diri
12. sering khuatir tindakan yang dilakukan pada setiap waktu apakah diberkati dan dirahmati ALLAH atau dimurkai Tuhan
13. sering merasakan musuh paling utama adalah diri sendiri yang mempunyai sifat2 mazmumah yang sukar dibendung dan dikawal
14. tiap saat merasakan telah melakukan banyak kesalahan dan dosa
15. sentiasa meminta ampunan dari ALLAH dan yakin bahawa ALLAH adalah Tuhan Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang
16. sering muhasabah diri pada setiap hari dan malam
17. lain-lain perkara yang tidak disebut. Wallahu’alam

Tanda-Tanda Telah Mencintai ALLAH

1. Solat bukan lagi semata-mata kerana perkara fardhu yang wajib tetapi adalah perkara yang dinanti-nanti dan dirindu pada setiap saat seperti seorang kekasih yang rindu untuk bertemu kekasihnya
2. Zikir bukan lagi semata-mata kerana sunnah yang dituntut melainkan kerana perasaan asyik dan tenang jiwa bila menyebut nama ALLAH yang Maha Agung seperti seronok dan asyiknya seorang kekasih menyebut nama kekasihnya
3. Nama ALLAH sentiasa disebut-sebut di dalam hati, fikiran dan sanubari sehingga terbawa-bawa dalam tidur juga menyebut namaNYA seperti seorang kekasih yang selalu bermimpi dan mengigaukan kekasihnya sewaktu beradu
4. Melakukan ibadat & ketaatan bukan lagi kerana ingin mendapat balasan pahala atau kerana takutkan azab neraka, tetapi kerana rasa tanggungjawab dan kecintaan yang mendalam dan merasa sangat bersalah apabila terlalai dari melakukan ketaatan yang telah sebati dilakukan selama beberapa waktu seperti seorang kekasih yang sanggup melakukan apa saja yang disukai kekasihnya dan membenci apa saja yang dibenci kekasihnya semata-mata kerana perkara itu disukai atau dibenci kekasihnya
5. bila hanya kepada ALLAH tempat bergantung dan tempat pengaduan segala perkara
6. bila tidak lagi mendengar panggilan dan kata-kata orang sekelilingmu kerana asyiknya memuji dan memuja ALLAH seperti asyiknya seorang yang sedang mabuk bercinta dengan kekasihnya
7. bila celaan & hinaan orang dengan mengatakan gila, sakit, atau tidak siuman hanya kerana kita terlalu rindu dan sentiasa mengingat dan memuja kebesaran dan nikmat ALLAH seperti halnya seorang kekasih yang gila bayang dan kelihatan suka menyendiri kerana mengingat dan memuja kekasih hatinya
8. banyak lagi yang lain2 yang belum diizin ALLAH untuk saya sebutkan di sini… wallahualam bissawab

3 ulasan:

Hamba Miskin berkata...

Salam alaik..Anda benar...

Tanpa Nama berkata...

camna nak sampai level ni yekk

aryna berkata...

jazakallah khair kathiran ya ustaz..
saya memang nantikan ulasan2 dari orang2 yang berilmu atas artikel2 saya kerana saya juga bimbang tersalah kata yang boleh menyesatkan saudara2 yg membaca..

kpd anonymous, doakan agar saya diberikan hidayah untuk menulis tentang amalan2 yang mudah bagi orang2 awam spt saya untuk sampai kepada level ini.

Namun, harus ingat, perkara paling penting adalah mencari guru yang benar2 tau tentang hal2 begini seperti ustaz Ihya yang beri komen di atas.

saya hanya dapat memberikan panduan berdasarkan pengetahuan saya semata-mata yang mana demi Tuhan, saya tidak pernah mengarang draf terlebih dahulu utk segala artikel saya. Saya menulis terus di blog bila ilham datang dari ALLAH secara tiba-tiba di atas kehendakNYA ..
Oleh itu, mungkin saja banyak kesalahan atau kekurangan dalam artikel saya..

MOGA, LEBIH RAMAI AKAN BERIKAN ULASAN KE ATAS TULISAN2 SAYA YANG SERBA SERBI KEKURANGAN INI..

syukran.

ikhlas,
aryna