kata-kata hikmah..

Pesan Luqman Hakim pada anaknya, Hai anakku, bila engkau berteman, tempatkanlah dirimu padanya sebagai orang yang tak mengharapkan sesuatu daripadanya. Namun, biarkanlah dia yang mengharap sesuatu darimu

Selasa, 4 November 2008

bersyukur..

bismillahirrahmaannirrahiim...
mulakan dengan selawat ke atas junjungan kita Nabi SAW, keluarga baginda dan para sahabat...

menyentuh tentang bersyukur, ada beberapa perkara yang saya hairankan..

pertama, orang yang mengucapkan syukur ke hadrat Ilahi dengan solat...
katanya, marilah kita bersyukur kerana diberikan kemewahan, dapat melakukan ini dan itu..
tapi, kemudiannya datang kepada ku sambil marah-marah kerana keperluannya lambat dipenuhi...
kataku, itu kerana kau tidak bersyukur keperluanmu yang dipenuhi itu adalah atas keperluan orang lain yang belum dipenuhi Tuhanmu..

kedua, orang yang mengucapkan syukur ke hadrat Ilahi kerana dilahirkan dari golongan yang mulia..
katanya, saya bukanlah mau berbangga, namun saya sangat bertuah dan bersyukur kerana dilahirkan dari keturunan yang mulia yang diberikan kelebihan itu dan ini...
tapi, kemudiannya datang kepada ku sambil marah-marah hanya kerana aku tanyakan kenapa kebaikan keturunannya itu tidak dapat disampaikan (dipanjangkan) olehnya..
kataku: itu kerana kau tidak memahami ajaran datuk keturunanmu dan kau tidak mencari serta meluruskannya buat orang-orang di bawahmu.. sayang sekali ilmu tidak dapat diturunkan sepertimana jua harta kekayaan yang tidak dapat diturunkan kerana salah-guna..

ketiga, orang yang mengucapkan syukur ke hadrat Ilahi dengan bersedekah & derma kepada ramai orang kerana mempunyai lebihan rezeki yang ALLAH berikan hingga dapat melakukan itu dan ini..
tapi, kemudiannya datang kepada ku sambil marah-marah hanya kerana aku belum dapat memenuhi segala keperluan orangtuanya..
kataku: itu kerana kau bersedekah dan menderma agar namamu disebut-sebut orang, sedangkan ibubapamu takkan sesekali mengadu keburukan perlakuanmu pada orang..

keempat, orang yang mengucapkan syukur ke hadrat Ilahi kerana diberikan ilmu oleh ALLAH yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih sehingga dapat diajar kepada orang itu dan ini..
tapi, kemudiannya datang kepada ku sambil marah-marah hanya kerana aku bertanya kenapa dia sombong kepada ku yang dhaif ini...
kataku: itu kerana sikap tawadukmu belum meresap ke hatimu sebagaimana ajaran yang kau bawa sehingga kau perlekehkan orang-orang yang tidak bermanfaat kepadamu

kelima, orang yang mengucapkan syukur ke hadrat Ilahi kerana diberikan kesihatan sehingga dapat melakukan ketaatan dan apa saja itu dan ini...
tapi, dia datang kepada ku bertanya kenapa dia masih sukar menjalankan kewajiban dan meninggalkan kemaksiatan..
kataku: itu kerana kau belum merasakan sakit yang dapat memberimu arti sebenar rasa syukur waktu kau sihat..

keenam, orang yang mengucapkan syukur ke hadrat Ilahi kerana diberikan anggota yang sempurna sehingga tiada satupun yang dapat menghalangi pergerakannya itu dan ini..
tapi, dia datang kepada ku dan bertanya kenapa dia masih merasakan masih ada kekurangan dalam diri yang belum terpenuh...
kataku: itu kerana kau hanya bersyukur kerana merasakan anggotamu yang sempurna sehingga kau tidak dapat menerima ketidaksempurnaan amalanmu sebagai bukti kesempurnaan ALLAH..

ketujuh, orang yang mengucapkan syukur ke hadrat Ilahi kerana dilahirkan sebagai umat Nabi Muhammad SAW sehingga berbangga menyebut Al-Quran dan Hadith..
tapi, dia datang kepada ku dan mengatakan saudara-saudaranya berdusta dan telah meninggalkan mereka kerana tidak dapat memaafkan mereka..
kataku: itu kerana kau tidak berbangga kata-kata Nabi Muhammad SAW sendiri iaitu:
Hadist Qudsi: "AKU adalah Ar-Rahmaan (Yang Maha Pemurah). AKU telah menciptakan rahim, Ku ambil untuknya nama yang berakar daripada namaKU. Sesiapa yang menyambungnya (silaturrahim), nescaya AKU akan menyambung (Rahmat KU) untuknya. Sesiapa yang memutuskannya, nescaya AKU akan memutuskan rahmatKU daripadanya.

kelapan, orang yang mengucapkan syukur ke hadrat Ilahi kerana mencintai ALLAH hingga mengalir airmatanya disebabkan itu dan ini..
tapi, dia datang kepada ku mengatakan dia tidak gentar bila nama ALLAH disebut
kataku: itu kerana kau menangis bukan kerana takut kepada kekuasaan dan kekuatan ALLAH, bahkan kerana kekurangan pada dirimu sendiri semata-mata.. dan kerana kau belum benar-benar mengenali ALLAH dan menempatkanNYA di hatimu sebagaimana DIA mengenali dan menempatkanmu di sisiNYA..
sesungguhnya orang yang takut kepada ALLAH akan mendekat kepadaNYA.. Dan orang yang benar-benar takut kepada ALLAH pasti akan gentar hatinya bila menyebut namaNYA, apatah lagi mengingkariNYA, Jauh sekali menyiksa dan menyakiti saudara-saudara dan makhlukNYA..

kesembilan, orang yang mengucapkan syukur ke hadrat Ilahi kerana mencintai Rasulullah hingga menghafal hadith baginda dan itu dan ini..
tapi, dia datang kepada ku mengatakan dia tidak cinta kepada para sahabat dan ahlul bait..
kata-kata Nabi Muhammad SAW sendiri iaitu:
dari Abdullah bin Umar: (HR: Al-Tabrani dalam Mu'jam al-Kabir)
"Orang2 yang mempunyai sifat rahmah akan disayangi ALLAH. Sayangilah orang2 yang ada di bumi, nescaya kamu akan disyangi oleh orang2 yang berada di langit
"
bagaimana mencintai orang2 di bumi saja telah disayangi orang2 yang dilangit, apalagi keluarga Rasulullah dan para sahabat..

kesepuluh, orang yang mengucapkan syukur ke hadrat Ilahi kerana merasa taqwa kepada ALLAH tanpa berbelah bagi begitu dan begini..
tapi, dia datang kepada ku mengatakan kerisauan meninggalkan keluarga dan hartanya sewaktu berpergian dan pelbagai kebimbangan yang belum jadi begitu dan begini..
kataku: kau mengatakan taqwa di mulut bukan di hatimu... kerana jika kau yakin pada kehendak dan kekuasaanNYA, pada qadha & qadarNYA, kau akan berlapang dada meninggalkan urusanmu di tangan ALLAH tanpa was-was..

kesebelas, orang yang mengucapkan syukur ke hadrat Ilahi kerana dapat bangun malam dan qiamullail sehingga begitu begini..
tapi, dia datang kepada ku mengatakan hatinya belum tenang dan tidak khusyuk..
kataku: itu kerana kau bangun untuk memenuhi kehendakmu dan belum ikhlas melakukannya untuk ALLAH semata-mata .. bagaimana hatimu akan tenang bila kau gundah dalam melaksanakannya dengan hati yang berkata-kata dan masih dibelenggu urusan dunia?!

keduabelas, orang yang mengucapkan syukur ke hadrat Ilahi kerana diberi kepetahan berkata-kata sehingga begitu dan begini...
tapi, dia datang kepada ku bertanya kenapa tiada siapa pun pengikut-pengikutnya yang putih hati mereka dan bersih wajah mereka dan indah kata-kata mereka ..
kataku: itu kerana kata-katamu tidak bercahaya.. tidak mengandungi keikhlasan selain untuk menunjuk-nunjuk kelebihan yang Tuhan kurnia buatmu ..

ketigabelas, orang yang mengucap syukur kerana sering memuji dan memuja ALLAH dengan zikrullah dan takut kepada ALLAH..
tapi, dia datang kepada ku bertanya kenapa hatinya sering bolak-balik dan lalai ..
kataku: itu kerana kau menyebut namaNYA, memujaNYA tapi hanya di bibir tidak di hati sedangkan kau masih membiarkan musuh2NYA bebas di hati mu..
dan.. kerana kau lupa bahawa ALLAH berkuasa berbuat sesuka hatinya kepada makhlukNYA seperti sabda Rasulullah SAW: " hati mukmin itu berada di antara kedua jari Tuhan Yang Maha Pemurah" dan...
"Dan kami bolak-balikkan hati mereka dan penglihatan mereka: (QS Al An'am: ayat 110)

dan... juga kerana hatinya orang yang sering zikrullah itu umpama orang yang sentiasa dahaga dan lapar hingga menggigil saat tidak melakukannya biar untuk seketika, jadi bagaimana dapat dia lalai darinya..?!

keempatbelas, orang yang mengucapkan syukur ke hadrat Ilahi kerana dapat menjalankan ketaatan seperti orang-orang sholeh terdahulu..
tapi, dia datang kepada ku bertanya kenapa tiada tanda di dahi, tiada keajaiban/ keramat diperolehi, doa2 yang belum makbul..
kataku: itu kerana tiada keikhlasan di hati mu.. masih kau tak malu mengharap balasan dari ALLAH atas yang kau dakwa taat itu, sedangkan mereka yang mendapat segala tanda atau keramat atau kelebihan itu semuanya atas kurnia ALLAH disebabkan mereka MALU untuk meminta selain keredhaan, keampunan dan rahmatNYA semata-mata.. dan kerana cinta yang mendalam kepada ALLAH sehingga mereka tidak sanggup untuk meminta lebih dari yang ALLAH telah berikan kerana segala pemberian yang telah mereka perolehi sudah cukup besar buat mereka, sedangkan bagimu belum cukup!

bersambung... masih banyak rupanya ye...

Tiada ulasan: