kata-kata hikmah..

Pesan Luqman Hakim pada anaknya, Hai anakku, bila engkau berteman, tempatkanlah dirimu padanya sebagai orang yang tak mengharapkan sesuatu daripadanya. Namun, biarkanlah dia yang mengharap sesuatu darimu

Selasa, 2 Disember 2008

ayah & saya..

bismillahirrahmaannirrahiim...

sewaktu2 adik2 ku telah menikah, terutama kedua-dua mereka yang sangat ayahku ambil berat berbanding yang lain-lain. Mungkin kebimbangan beliau berakibat dari mereka ini adalah yang bongsu2.. sehingga ayah seringkali berdoa agar ALLAH kurniakan jodoh2 yang soleh buat mereka. Alhamdulillah... makbul doa ayah meskipun tak sempat bertemu mereka..

Ramai juga yang ingin tau siapa ayah saya.. Dia tak terkenal.. Dia tak mau dikenali.. Seorang yang sangat tegas dengan pendirian. Banyak sekali sifat-sifat baik dan sifat2 kurang sabar serta amarahnya yang kumiliki. Mungkin kerana saya anak paling rapat dengan ayah dan sering dibawa mengikut beliau ke mana saja dan sering merujuk beliau dalam kebanyakan urusan, berbanding hubungan saya dengan mak.

Sewaktu hayat, ayah ketua keluarga. Ketua bagi kami adik-beradik. Ketua bagi adik2nya yang ramai, ketua bagi adik2 iparnya yang mana rumah kami yang kecil akan penuh ruang dari serambi ke dapur hingga kami adik beradik tidak mendapat tempat yang selesa, apalagi keperluan yang bermewah-mewah. Ditambah lagi, orang-orang yang datang berlindung yang datang entah dari mana.. Sungguh, ayah sangat baik hati.

Meskipun pendapatan ayah agak tinggi dan boleh memberikan kami penghidupan yang sangat mewah, tapi ayah sentiasa mengatakan itu bukan rezeki untuk kami sahaja tetapi adalah hak orang-orang yang memerlukan. Maka, habislah segala harta dan simpanan diberikan kepada sesiapa saja yang datang meminta belas dan ihsan. Tidak menghairankan apabila ada antara yang datang itu sanggup berbasikal berpuluh batu atau menaiki bas sehari semalam dengan pakaian yang koyak rabak atau lusuh atau bertampal-tampal demi mendapatkan habuan dari ayah. Tapi, ayah saya tidak pernah peduli meski dia tahu hati orang2 tersebut. Katanya, moga orang itu akan sedar dan mendapat hidayah dan rahmat ALLAH setelah menerima sedekah/hadiah dari beliau. Selain itu beliau juga bimbang sekiranya benar2 pertolongan yang diminta tidak dihulurkan, ayah akan dipertanggungjawabkan di akhirat kelak atau bolehjadi saja rezeki kami ditarik ALLAH...

Ayah bersara awal dari perkhidmatan sebagai seorang jurukur tanah berlesen setelah benar-benar pasrahkan jiwa dan hartanya kepada ALLAH. Sejak itu, kami terpaksa berusaha sendiri untuk sesuap nasi kerana harta dan wang ayah telah habis kesemuanya disedekahkan. Kalau ada pun yang tinggal hanyalah beberapa bidang tanah yang digaji kepada penduduk kampung untuk diusahakan. Apabila hidup seperti kais pagi makan pagi, saya tidak meneruskan pengajian ke peringkat ijazah kerana perlu bekerja untuk membantu adik2 yang ramai yang masih kecil.

Saya pernah diuji dengan hasutan seorang saudara perempuan untuk tidak memperdulikan keluarga kerana ayah tidak bekerja. Dan.. saya pernah tidak dapat memberikan belanja buat keluarga saya selama sebulan. Namun setelah saya balik ke kampung dan melihat tiada satupun makanan yang dapat dimakan kecuali garam dan beras yang terpaksa dimasak bubur, saya menangis menyesali segala tindakan saya. Semenjak itulah saya tekad sanggup berlapar dan berjalan kaki berbatu untuk ke tempat kerja asal saja adik2 dan mak ayah saya tidak kelaparan lagi.
Pada waktu2 begini, semua saudara-mara dan orang2 yang selalu menadah tangan hilang entah di mana. Bahkan seorang adik perempuan mak dan seorang adik lelaki ayah saya yang telah kaya raya dan kedua-dua mereka sering muncul di tv, radio dan di dada akhbar/majalah dan sehingga punya kapal terbang peribadi sendiri juga telah merasa jijik untuk menjejak kaki ke rumah ayah yang telah usang dan hampir roboh ini. Bahkan tidak mau mengaku mak dan ayah darah daging mereka, walhal mereka dibesarkan dengan titikpeluh ayah, pengorbanan mak dan hatta berkahwin di rumah kami atas belanja ayah. SubhanaALLAH....
Takdir terus menguji kehidupan ayah. Ayah diserang penyakit angin ahmar selama 7 tahun sebelum beliau menghembuskan nafasnya. MasyaALLAH.. tidak seorang dari adik2 yang ditolong, maupun orang2 yang diberikan wang ringgit itu datang mengunjungi demi menziarah ayah semata-mata.
Tapi, kami sangat bersyukur terlalu ramai sahabat-sahabat mak dan ayah, jiran2 dan orang2 kampung yang mereka kenali sejak kecil, muda, meskipun baru dikenali sentiasa saja datang dan memberikan perhatian kepada mereka sehingga kesemua mereka adalah seperti saudara sendiri yang tidak berbelah bagi kasih dan berkongsi rezeki.
Kini, meskipun ayah telah beberapa tahun meninggalkan kami, sahabat2 seperti saudara itulah saudara bagi kami jua yang masih tetap seperti selalu mengunjung dan dikunjungi.
Hal ini juga sama seperti nasib datuk (ayah kepada mak). Beliau seorang guru agama di kampung saya. Saban minggu rumah nenek penuh orang hingga ke halaman untuk dengar ceramah atuk (sekitar Akhir 70an hingga akhir 90an). Tiap hari rumah nenek ramai orang belajar agama. Tapi sayang, selepas atuk uzur dan berpindah ke banting, saudara-mara dan anak2nya ramai yang lupa mengunjungi beliau.
Adakah ini antara tanda-tanda akhir zaman?!
Namun, nasib ayah telah ditentukan ALLAH. Kami tidak kesal dan tidak setitis airmata mengiringi pemergiannya. Saya bersyukur kerana telah melaksanakan satu tugasan berat dengan sesempurna yang terdaya oleh saya dan saya bersyukur mempunyai seorang suami yang sangat memahami serta mempunyai seorang ibu yang sangat tabah, juga adik-beradik yang bertanggungjawab. Alhamdulillah... Di saat akhir hayat ayah tidak bersendirian dan sentiasa dalam genggaman kami yang kuat dari selepas subuh saat nyawanya di tarik keluar hingga lepas waktu isya' hari selasa bulan ramadhan.. Perlahan-lahan perubahannya kelihatan.
Demi ALLAH! Inilah kali pertama saya benar2 menyaksikan perkara yang sangat indah berlaku kepada seorang yang dalam sakaratul maut..
Pengkebumiannya telah disertai rahmat hujan renyai yang ALLAH turunkan dari langit ... Moga ALLAH sentiasa merahmatinya di alam sana jua...
Saya sentiasa merasakan tidak cukup hanya mengirim Al-Fatihah dan surah yasin tiap malam untuk membalas segala jasa ayah.. Moga segala ilmu, sedekah dan amal jariah beliau selama hayat berturutan dan dapat dimanfaatkan bersama.. amiiin...

Wallahualam.

Al-Fatihah buat ayah yang dicintai.

p/s: YamTuan NS menggelar ayah saya Haji Janggut ...

Tiada ulasan: