kata-kata hikmah..

Pesan Luqman Hakim pada anaknya, Hai anakku, bila engkau berteman, tempatkanlah dirimu padanya sebagai orang yang tak mengharapkan sesuatu daripadanya. Namun, biarkanlah dia yang mengharap sesuatu darimu

Selasa, 9 Disember 2008

Qurban vs pengorbanan

bismillahhirrahmaannirrahiim.......
selawat dan salam buat Nabi Muhammad SAW, keluarga dan para sahabat Baginda..

bila datang musim haji, maka kita akan berlumba-lumba untuk menyempurnakan ibadat qurban... Untuk apa ye?! banyak sebab dan fadhilat ber-qurban.

tapi, adakala niat yang baik memberikan akibat yang kurang atau tidak baik.

semalam saya ikut suami saya pulang ke kampung beliau di Tanjung Karang. Suasana di sebuah surau di sana amat meriah sekali kerana penduduk tempatan yang kebanyakannya adalah para petani sangat ramai dan kelihatan amat sibuk. Sangka saya tumbang juga 3 atau 4 ekor lembu.
Sewaktu bapa saudara suami saya pulang dari surau, daging qurban yang dibawa pulang tak sampai setengah kilo untuk ahli keluarga yang ramai. Rupa-rupanya yang diqurban hanyalah seekor kerbau sahaja.

Teringat saya kepada temuramah di tv3 paginya di mana ustadz yang menjadi jemputan (maaf, saya tak ingat nama beliau) mengatakan sebilangan kita bila melakukan qurban di kawasan perumahan golongan elit dan kaya, maka tidak sampai matlamat dan fadhilat mengerjakan ibadat qurban tersebut. Oleh itu sebaiknya kita menilai kembali dan mencari di manakah tempat yang paling sesuai untuk kita melakukan ibadah qurban ini agar sampai maksud dan fadhilat ibadat yang dijalankan.

Seperti halnya seorang hamba ALLAH ini. Beliau membela dan menguruskan lembu untuk qurban juga. Maka, seorang hamba ALLAH lain telah meminta beliau untuk menguruskan urusan qurban bagi pihak keluarganya. Hamba ALLAH yang satu ini, disebabkan terlalu sibuk dengan urusan yang sangat menggalakkan laba yang diperolehi pada musim-musim begini telah bersetuju untuk melaksanakan amanah yang diberi seperti tahun sebelumnya.

Dipendek cerita, saya dapat tahu bahawa rupanya beliau yang sangat sibuk ini mengambil jalan singkat dengan melakukan penyembelihan di kandang saja dan seterusnya membiarkan saja daging2 qurban tersebut atau diuruskan oleh pembantu ladang beliau yang juga sibuk untuk diagihkan sesama rakannya yang mana dianggap saja mereka sebagai orang-orang yang layak menerima daging tersebut walhal ada yang lebih berhak menerimanya. Alangkah lebih baik sekiranya dipanggil orang2 masjid untuk menguruskannya kira beliau tidak punya masa untuk melakukannya sendiri. Atau minta saja bantuan sesiapa yang dipercayai amanah. Wallahualam.....

Dalam menjalankan urusan berqurban juga perlukan pengorbanan yang pelbagai bentuknya dari semua pihak . Bermula dari orang yang mengeluarkan harta untuk ber-qurban hinggalah kepada orang yang memakan daging qurban tersebut. Ada amanah dan tertib yang perlu diikuti agar sampai segala matlamat dan tujuan ber-qurban dan bukan menganggap ia sebagai amalan atau adat orang-orang Melayu Islam atau disebutkan telah melakukan kebajikan tapi tidak sempurna bahkan mendatangkan keburukan pula kerana tidak amanah..

sekadar meluahkan rasa kesal dan sesal sedikit tentang sikap remeh sahabat yang dikasihi.

Tiada ulasan: