kata-kata hikmah..

Pesan Luqman Hakim pada anaknya, Hai anakku, bila engkau berteman, tempatkanlah dirimu padanya sebagai orang yang tak mengharapkan sesuatu daripadanya. Namun, biarkanlah dia yang mengharap sesuatu darimu

Isnin, 22 Disember 2008

kira kau ragu..


Wahai kekasih ALLAH..

Kira kau ragu
Akan perkabaran yang kubawa padamu
Kembalilah kau kepadaNYA
Tanyalah terus kepada AR-KHABIIR
Mintalah dihampar kebenaran di depanmu..
Kira kau ragu tentang harapanmu
Kembalilah kau jua kepadaNYA
Tanyalah terus kepada AL-WAHHAAB
Apakah petunjuk
Yang DIA kurnia atas harapanmu
Kira kau ragu pada dirimu
Kembali jualah kau kepadaNYA
Tanyalah terus kepada AL-KHALIQ
DIAlah AR-RAHMAN nir AR-RAHIM
Apakah segala perlakuanmu diredhaiNYA
Andai kau telah tanyakan semua hal itu
Kira ini hasil yang kau peroleh
Kembalilah kau kepadaNYA yang HAQ
DIAlah AS-SAMAD MALIKUL MULK
Bersyukurlah kau
Berpesanlah kau dengan kebenaran
Berpesanlah kau dengan kesabaran
Kerana rahmat ALLAH yang itu
Telah dekat padamu



Tiada ulasan: