Wahai hamba yang dikasihi Allah
Telah sampai waktumu diuji
Kesetiaan dan keutuhan akidahmu
Atas pengetahuan dan ilmu
Yang selama ini kau ajari
Di mana kau letakkan dirimu
di tempat tempat mustajab itu
di lafaz dan hikmah dari suara emasmu
berserta doa doa yang kau lontarkan
buat mereka dan kami
di manakah kau letakkan dirimu
di manakah hilangnya keyakinanmu
ke manakah kau pinggirkan kepercayaanmu
atas harapan yang kau dustakan sendiri
atas sifat fitrah seorang hamba Allah
dikuasai hati dan jiwa yang cukup halus
tanpa ada kuasa dari mu menahannya
sehingga kau hilang upaya
Renungilah oleh mu hamba yang dikasihi
Biar ribu kali kau ulangi katamu
Sebegitu ribu kali juga kuulangi kataku
Kembalilah kau kepada NYA
Kembalilah kau kepada sunnah kekasihNYA
Pasti seperti janjiNYA jua
Kau pasti beroleh kejayaan jua
Atas segala usaha yang ikhlas dan hati yang bersih
Memintalah kau kepadaNYA
Kerana itu yang DIA mahukan darimu
KETIKA SUJUD KAKI DIRENGGANGKAN ATAU DIRAPATKAN ?
10 bulan yang lalu
Tiada ulasan:
Catat Ulasan