kata-kata hikmah..

Pesan Luqman Hakim pada anaknya, Hai anakku, bila engkau berteman, tempatkanlah dirimu padanya sebagai orang yang tak mengharapkan sesuatu daripadanya. Namun, biarkanlah dia yang mengharap sesuatu darimu

Jumaat, 12 Disember 2008

kahwin..

semalam, anak2ku berjalan-jalan dengan ayah mereka di pasaraya...
si bongsu yang berumur 6 tahun pun bertanya, "ayah, kenapa Pak Ya dengan Pak Eis tu tak kawin lagi? kan Pak Su dah kawin...!"
maka, si ayah pun menjawab, "nenek kata, kalau dah cukup duitnya, bolehlah kawin.."
agaknya setelah semalaman dia memikirkan, maka esoknya sewaktu kami pulang dari kerja, si anak ni bertanya lagi,
"ayah, duit arsyad yang arsyad simpan tu, dah cukup ke ......................... untuk kawin?!"

masyaALLAH... anak bongsu ku ini, masih menyusu botol lagi sudah ingat mau kawin..... gamaknya mau lebih dari satu nanti nih...

apakah ukuran untuk berkahwin terletak pada berapa belanja yang perlu disediakan ataukah betapa gah majlis yang akan diadakan?!

ataukah........?!!! marilah kembali kepada tuntutan agama kita yang murni. Usahlah yang telah susah disusahkan lagi... Yang penting perkahwinan membawa keberkatan dan keharmonian serta dapat sampai selamat sejahtera kita kepada ALLAH dengannya..
majlis perkahwinan sepatutnya sangat sederhana tapi, penuh keberkatan..
bukankah wang yang ada sebaiknya digunakan untuk bekalan mengharungi dunia baru nanti..?!

nasihat saya, jangan sampai berhutang untuk berkahwin... nanti hilang keberkatan..

wallahualam..


Tiada ulasan: