saya sedang diuji lagi..
untuk membuktikan cinta ku kerana ALLAH untuk ALLAH ..
pastinya kata-kata dan hasrat saja tidak memadai selagi tidak diuji sebagaimana firmanNYA:
"APAKAH MANUSIA MENGIRA BAHAWA MEREKA AKAN DIBIARKAN HANYA MENGATAKAN, "KAMI TELAH BERIMAN" DAN MEREKA TIDAK DIUJI?"
[QS: Al-Ankabut:2]
ujian pertama:
dan.. apabila masa, perhatian dan kasihsayang jadi tuntutan sebagai pengorbanan yang perlu dipenuhi untuk orang-orang yang dicintai sebagai bukti cinta kepada Yang Khaliq..
apakah saya telah bersedia meninggalkan kerjaya dan kemahuan saya untuk anak-anak dan keluarga tercinta?!
ujian kedua:
dan.. apabila kehidupanku dan hartaku diminta...
yang akan mengubah sebahagian besar kehidupan dan kebiasaanku sebagai sebuah pengorbanan cintaku kepada Yang Maha Pemberi bahawa cinta itu adalah melebihi segala kebahagiaan yang dirasai selama ini..
apakah dapat saya berikan sebahagian milik saya dan masa depan saya dan menyerahkan seluruh masa depan saya dan anak-anak saya kepada ALLAH SWT semata-mata demi membantu kepada orang yang sangat saya cintai demi memberi ruang dan untuk mengurangkan bebanannya demi cintanya kepada/daripada anak-anak saya dan sebahagian lain milikku yang tertinggal pula kepada dia yang sangat saya cintai demi mengurangkan segala bebanannya dalam berbakti untuk semua mereka kepada ALLAH, yang mana aku telah diminta membuktikan CINTAKU KERANA ALLAH!!
maka aku yang sememangnya miskin wang ringgit dan harta dunia ini akan tertinggal apa buatku dan suami?! moga kami telah bersedia...

akan tetapi, ujian 1 dan 2 tak dapat serentak melainkan memilih salah satu darinya..
ujian ketiga:
dan.. apabila hati dan jiwa diminta untuk dikorbankan kepada orang-orang yang dicintai sebagai bukti cinta yang tidak berbelah bagi kepada Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang..
apakah dapat saya serahkan segala perasaan dan jiwa saya untuk mereka yang menuntut dariku yang hanya dapat diserahkan kepada SATU sahaja, tidak dua atau tiga yang kesemuanya mahukannya kerana ALLAH semata-mata...!!! Tuhan.. ini dugaan paling berat pernah kutanggung... moga lulus ujianMU ini hingga aku akan tetap bersama mereka di dunia dan di akhirat jua...

"Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan cubaan) seperti yang telah berlaku kepada orang-orang yang terdahulu daripada kamu? Mereka telah ditimpa kepapaan (kemusnahan hartabenda) dan serangan penyakit, serta digoncangkan (oleh ancaman bahaya musuh), sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman yang ada bersamanya: Bilakah (datangnya) pertolongan Allah?" Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat (asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh kepada ugama Allah). [QS Al-Baqarah:214]
Mereka bertanya kepadamu (wahai Muhammad): apakah yang akan mereka belanjakan (dan kepada siapakah)? Katakanlah: "Apa jua harta benda (yang halal) yang kamu belanjakan maka berikanlah kepada: Kedua ibu bapa, dan kaum kerabat, dan anak-anak yatim, dan orang-orang miskin, dan orang-orang yang terlantar dalam perjalanan. Dan (ingatlah), apa jua yang kamu buat dari jenis-jenis kebaikan, maka sesungguhnya Allah sentiasa mengetahuiNya (dan akan membalas dengan sebaik-baiknya). [QS Al-Baqarah:215]
Saya yakin, ALLAH tidak akan datangkan sesuatu yang tidak dapat ditanggung oleh hambaNYA terutama hamba2 yang sangat cinta padaNYA dengan firmanNYA:
"Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Ia mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya, dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya. (Mereka berdoa dengan berkata): "Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami lupa atau kami tersalah. Wahai Tuhan kami ! Janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya. Dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami, dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah Penolong kami; oleh itu, tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yang kafir".
[QS: Al-Baqarah: 286]
maka,
dapatkah kita korbankan segalanya apabila diminta oleh orang-orang yang sangat kita kasihi untuk memenuhi keperluan mereka dalam perjalanan menuju ALLAH.. yang mana harta, wang ringgit, masa dan tenaga kita sangat-sangat diperlukan untuk mereka gunakan ke jalan ALLAH walhal perkara yang diharapkan itu hanyalah apa yang HANYA MENCUKUPI bagi diri kita sahaja..?!
sanggupkah kita tinggalkan segala masa depan dan keperluan serta kemahuan diri hanya untuk orang-orang yang kita cintai itu demi mendapatkan redha dan cinta dari ALLAH?!
apakah kita mahu tunggu di suatu hari nanti baru akan bersedia, maka, jika begitu kita tak akan pernah bersedia untuk itu....
apakah kita sanggup mengorbankan segala yang kita ada meskipun untuk keperluan dan kemahuan sendiri pun tidak mencukupi, hanya kerana sebagai bukti cinta kepada ALLAH?!
APAKAH KITA TELAH BERSEDIA MENYERAHKAN SEGALA URUSAN DAN NASIB MASA DEPAN KITA DI TANGAN ALLAH APABILA KITA TELAH BERSEDIA MENGORBANKAN SEGALANYA KERANANYA?!
Syaitan itu menjanjikan (menakut-nakutkan) kamu dengan kemiskinan dan kepapaan (jika kamu bersedekah atau menderma), dan ia menyuruh kamu melakukan perbuatan yang keji (bersifat bakhil kedekut); sedang Allah menjanjikan kamu (dengan) keampunan daripadaNya serta kelebihan kurniaNya. Dan (ingatlah), Allah Maha Luas limpah rahmatNya, lagi sentiasa Meliputi PengetahuanNya. [QS-Al-Baqarah: 268]
Wallahualam....
moga saya berjaya melakukan semuanya demi cinta kepadaNYA agar mendapat cinta dariNYA.. amiiin ya RABBal Alamiin....
ARYNA
Wallahualam....
moga saya berjaya melakukan semuanya demi cinta kepadaNYA agar mendapat cinta dariNYA.. amiiin ya RABBal Alamiin....
ARYNA
Tiada ulasan:
Catat Ulasan