kata-kata hikmah..

Pesan Luqman Hakim pada anaknya, Hai anakku, bila engkau berteman, tempatkanlah dirimu padanya sebagai orang yang tak mengharapkan sesuatu daripadanya. Namun, biarkanlah dia yang mengharap sesuatu darimu

Jumaat, 28 November 2008

zikrullah.. dua dalam satu masa..

salam...

adakala kita boleh buat dua benda dalam satu masa, kan?
dan.. boleh fikir dua perkara dalam satu masa juga..
[kalau nak kata cakap mulut kata lain, otak pikir lain, tu dah terkeluar tajuk..]

pernah ke baca dua zikir dalam satu masa?

cubalah... mulakan dengan sebut Ya Hayyu Ya Qayyum, dalam masa sama sebut Laa ila haa illallah... dalam masa sama faham maksud yang disebut yakni disebut bukan takat di lidah dan hati saja.. rasakan kelazatannya seperti makan dua jenis makanan yang enak..

apa yang saya nak sampaikan, bila latihan begini telah biasa dilakukan, maka sebutan Laa Ila Haa Illallah itu akan sentiasa kita sebut setiap masa meskipun pada waktu yang sama kita memikir dan bercakap hal2 lain ...

kalau tak percaya, cubalah ... buat dulu tapi jangan cepat putus asa... moga berjaya..

wallahualam...

Rabu, 26 November 2008

khianat..

Bismillahirrahmaannirrahiim.... Selawat dan Salam buat Nabi Muhammad SAW, keluarga dan para sahabat baginda... (baca lah salawat nyer... )

bila kita sebut khianat, biasanya dalam keadaan marah dan sakit hati...
tapi, itu bila orang khianat pada kita... mestilah marah ye tak!?

namun, pernahkah kita terfikir, dalam sehari berapa kali kita dah khianat pada TUAN kita?!

1. ALLAH perintah kita solat, kita lambat2kan... kut solat pun fikiran menerawang pada hal2 duniawi.. paling teruk, kita abaikan... ala.. lambat lagi nak mati, nanti boleh taubat.. kan ke Tuhan tu Maha Pengasih lagi Maha Pengampun... camtu lah jawabnya, ye tak?!

2. ALLAH suruh kita menjaga lidah.. tapi, kita sesedap rasa je nak cakap apa saja tak peduli orang sakit hati ke.. marah ke.. ALLAH redha ke... memanglah antaranya macam nak mengajar, tapi ajaran salah lah pulak.. kadang-kadang dah jadi macam mak ketam ajar anak berjalan betul, atau macam ayam mengajar itik berenang...

3. ALLAH suruh kita jaga amanah.. contoh mudah, jaga orang tua.. bagi dia senang hati, bukan balik bawak masalah diri... bagi dia rezeki, bukan mintak dari dia rezeki..

4. ALLAH suruh kita bekerja.. contohnya, janganlah datang kerja lambat balik awal .. kut2 datang pun, kerja tak dibuat... kalau dah terambil tu, ganti balik... jangan buat tak nampak pulak..

5. ALLAH suruh kita cari rezeki halal.. tapi kita carik rezeki dari skim cepat kaya.. potong rezeki orang dengan bagi "hadiah" ... bukan tak tau hukum, tapi harap redha ALLAH.. Maha Pengampun...

6. ALLAH suruh kita tutup aurat... sebabnya, untuk jaga maruah dan keselamatan diri jugalah.. tapi, kita rasa tak selesa.. belum masa...

7. ALLAH suruh kita belajar... tapi, kita lebih suka mengajar sampai jadi kurang ajar.. walhal, ilmu tu banyak lagi yang belum belajar, belum faham.. maka, jadilah kita macam keldai yang rasa dirinya sudah berilmu hanya kerana dia tiap hari dan waktu memikul kitab-kitab segunung..

8. Lain-lain hal... LU PIKIR LAH SENDIRI... WA MANYAK KERJA NAK BUAT NIH... nak buat list, takkan habih satu hari....

ni semua, contoh2 khianat kepada ALLAH swt ...
Mentang-mentanglah ALLAH itu Maha Pengasih, Maha Penyayang dan Maha Pengampun, kita ni suka saja ambil ringan dan ambil mudah dan tak ambil kisah..
kalau ditakdirkan kita mati sebelum bertaubat?! bukankah mati tidak pernah kenal masa, tempat dan usia?!!!
dan... kebiasaannya orang yang menangguhkan taubat selalunya takkan bertaubat hingga maut menjemput, bahkan semakin jauh sesat jalan... fikirkan lah..

wallahualam...

Selasa, 18 November 2008

fakir atau kikir?!

cerita benar ya.. tentulah, InsyaALLAH... (cuma sedikit pengubahsuai pada gaya penceritaan, pada jarak waktu dan orang yang terlibat)

suatu hari ibu bertanya, A, boleh bagi mak RM50? nak beli barang dapur..
jawab si A, ala mak nih... orang dah lar nak sara anak 3 orang, sudahlah sensorang je tanggung diaorang.. mak mintak lah kat anak2 mak yang mak sayang tu.. dia kan kaya, banyak duit..
mak pun, dengan dukacita terus diam... (terfikir, anak mana pula yang kaya nih, agaknya istighfar saja dalam hati..)

tup-tup.. tak semena-mena 3 hari kemudian, si A balik ke rumah ibu yang dah nak roboh itu lagi, mengadu hal..
"mak tau tak?! semalam orang kena saman! hampeh betul la.. parking kat Terminal One masa nak amik T semalam, dah tu polis trafik tu tak nak bertolak ansur.. tak pasal-pasal dah kena RM300..."
tanya ibu tua, "abih tu, mana kau amik duit bayar saman?"
jawab si A, "tu lar.. nak tak nak kena lar bayar juga.. nasib baiklah ada duit sikit.. yang tak jadi bagi kat si T sebab bapak dia dah bayarkan yuran kolej dia tu.."
balas ibu tua, "oh! gitu... bapak dia bagi duit juga lah.. hmm... (dalam hati berkata juga, aku mintak RM50 tak boleh bagi, tapi saman RM300 ada lak duitnya..)

kisah kedua...

ibu: A, mak tak sihat.. antar gi klinik, boleh? nanti kau tolonglah bayarkan.. biasanya tak banyak, tak sampai pun RM20 kat klinik tu..
A: ala mak ni.. orang sibuklah mak! mak ajak lah anak kesayangan mak tu! lagipun orang mana ada duit...
ibu: hmm.. tak apa lah... bukan sakit sangat pun...
beberapa hari kemudian, si A pulang ke rumah ibu tua.
A: aduhai.. nasib memang tak baik saja... ari tu kena saman, semalam kereta kena langgar orang.. ari ni lak kawan kena tangkap basah nak guna duit RM700...
ibu: kau tolong dia ke? mana kau dapat duit?
A: ala.. ari tu orang amik duit baki jual rumah dulu, ingat nak bayar kereta yang rosak, tapi orang bengkel tu baik hati lak, dia kata boleh bayar kemudian, duit itulah bagi kat kawan tu..
ibu: (diam)

kisah lain...

si B balik ke rumah ibu tua yang dah usang itu...
"mak! kat umah orang nak buat majlis makan2.. marilah datang.."
si ibu tua menjawab, "macamanalah mak nak pergi.. kat rumah ni nak buat kenduri kawin adik kau.. banyak kerja nak dibuat.. mak pun tak sihat"
balas si B, "ala mak ni... biarlah budak2 lelaki tu buat semua.. apa guna ada diaorang.. lagipun yang nak kawin tu biarlah dia susahpayah sendiri (bahkan! yang berucap itu tidak pernah sekalipun bersusah payah dalam mengurus majlis perkahwinannya dahulu hingga saat menikah, dia masih bekerja!! dan segala kelengkapan & keperluan kewangan majlisnya sendiri disediakan oleh saudara2nya yang kini dicela .. alangkah besarnya nikmat ALLAH!)
jawab si ibu, "takkan kau tak boleh tolong.. kesian kat diaorang juga.."
balas si B lagi. " Iyalah.. mak siaplah.. orang antar mak pergi klinik.."
maka.. si ibu pun menurutlah.. setelah berada di klinik, si anak buat-buat tak tau sewaktu membayar bil yang hanya cuma berjumlah RM15! Setelah si ibu yang miskin terkial-kial mencari-cari dan mengorek sana-sini dalam tas tangannya, si anak membawa si ibu pulang ke rumahnya. Setiba di rumah, si ibu disuruh membantu isterinya menyediakan makanan untuk majlis menjamu tetamu mereka.
Lewat malam baru si ibu dihantar pulang untuk meneruskan kehidupannya seperti biasa tanpa dipedulikan si anak lagi.

Kisah yang lain pula..

Si C, anak yang hidup sangat sederhana.. Suami hanya pekerja am di sebuah Universiti tempatan. Meskipun C juga bekerja, tetapi demi keperluan kehidupan yang mendesak, tambah2 hadir 3 orang anak yang perlu dibesarkan, si suami terpaksa menjalankan pelbagai kerja sambilan termasuk memotong rumput di tepi lebuhraya dan sering pula ditipu pengusaha tanpa diberikan bayaran. Namun, tiap kali si C dan keluarga mengunjungi ibu tua di kampung, mereka tidak pernah pulang dengan tangan kosong, bahkan setiap kali juga membawa si ibu tua ke pasar untuk membeli apa saja keperluan si ibu.
Pernah si ibu menolak pemberian dan huluran mereka kerana menyedari kesederhanaan kehidupan pasangan suami-isteri tersebut, namun mereka menjawab,
"mak, dalam rezeki yang kami perolehi juga ada bahagian mak. Kami tidak berhak ke atasnya."

kisah di atas semuanya adalah berdasarkan kisah benar dalam kehidupan penulis. Sila jadikan iktibar bahawa ingatlah! ke mana pun kamu halakan wajah dan hartamu, hendaklah utamakan kedua ibubapa, kemudian saudara2mu, kemudian jiran2mu, kemudian sahabat2mu, kemudian saudara seagama, dan seterusnya..

apabila hal ini diabai atau dipandang remeh, sedarlah bila banyak musibah, kemalangan, kerugian yang lebih besar ditimpakan ALLAH agar kau sedar dan insaf! tapi, sebahagian daripada kita tidak pernah mencari sebab apabila terjadi musibah ke atas kita adalah atas kelalaian dan kesalahan kita sendiri dan malahan sanggup menyalahkan takdir Ilahi.

wallahualam..

Jumaat, 14 November 2008

untuk mengenal ALLAH...[peringkat asas bagi orang awam]

hmm.. tajuk sangat senang disebut, tapi amat payah untuk dihuraikan..
sedikit saja buat permulaan, iaitu:
sebelum dapat mengenal ALLAH, kenalilah diri sendiri terlebih dahulu... bagaimana kenal diri sendiri? dua perkara pokok, iaitu:-
1. kenali kelemahan diri sendiri
2. kenali kelebihan diri sendiri

bagaimana kenali kelemahan diri?
buang segala emosi... lihat sekeliling... perhatikan siapa berada di sekitar kita..
siapa sahabat2 kita..
siapa musuh kita..
berapa ramai orang yang membenci kita berbanding orang yang menyayangi kita,
berapa ramai pula orang yang kita benci berbanding orang2 yang membenci kita..
cari sebab-sebab kenapa mereka sayang kita,kenapa mereka membenci kita..
cari sebab-sebab kenapa kita sayang mereka, kenapa kita benci mereka..
cari sebab-sebab kenapa kita bersahabat dengan mereka..
cari sebab-sebab kenapa kita bermusuh dengan mereka..

seterusnya... kita renungkan pula:
apakah sifat-sifat yang kita suka pada seseorang itu ada pada kita
apakah sifat-sifat yang kita benci pada seseorang itu ada pada kita

seterusnya.. kita renung lagi..
apa kebaikan dari sifat-sifat itu
apa keburukan dari sifat-sifat itu

seterusnya.. kita renung lagi..
apakah kebaikan dan keburukan yang ada pada kita itu membawa manfaat ataukah mudharat kepada diri kita dan kepada orang lain

seterusnya.. kita fikirkan pula,
bagaimana untuk menjaga kebaikan dan memperbaiki keburukan diri kita itu.. dan untuk siapakah kita lakukannya?!

hmm.. cukup ini saja buat masa ini.. mari kita sama-sama fikirkan yang ini dulu...

untuk renungan bersama:
Kepada Nabi Isa AS, pernah ditanyakan: Siapakah orang yang mendidik engkau? Jawab Nabi Isa AS, Tidak ada seorang pun yang mendidik aku, hanya aku melihat kebodohan Si Bodoh itu sebagai aib padanya, lantas kujauhi kebodohan itu..

kita boleh ambil kisah-kisah Nabi Isa AS bagaimana Nabi Isa AS membentuk peribadi dirinya dengan memerhatikan kelebihan dan kekurangan setiap makhluk ciptaan ALLAH swt.
Wallahualam...

percaya...

bismillahirrahmaannirrahiim... selawat dan salam buat Rasulullah SAW, keluarga baginda dan para sahabat....

bila saya sebutkan tentang melihat kalimah Alif Lam Lam Ha yang tertera di langit, pelbagai reaksi saya terima.. semestilah ada percaya dan sebaliknya..
buat keluarga dan rakan-rakan yang kenal saya, mereka percaya tanpa persoalan, tidak menanyakan apapun melainkan ucap syukur ke hadrat ALLAH atas kebesaranNYA yang ditunjukkan.. kenapa? kerana mereka kenal saya dan tau tentang saya.. (mereka juga membaca blog saya ini).
kepada yang tidak mengenali saya, reaksi diberikan terbahagi tiga, percaya, separuh percaya, dan menghukum dusta..hal ini biasa, ini lumrah sikap manusia samada berilmu atau tidak, kecuali kepada yang melihat dengan mata-hati, mereka bijak menilai sendiri...
maka, bagaimana pula jika saya punya bukti nyata, seperti rakaman? apakah peratus percaya saudara2 akan berubah meskipun tidak menjamin kesemua orang akan percaya..
kepada yang biasa membaca tulisan dan bahas2 saya di lain2 blog/forum, mungkin memberikan kesan atau tanggapan berbeza dari positif kepada negatif setelah saya ceritakan hal ini.. Ini memberikan penafsiran kepada saya bahawa hati saudara2 yang berfikiran begini hanya menerima kata-kata saya selama ini ikut logik akal semata-mata dalam menjalankan ketaatan kepada ALLAH.. kerana bagi yang benar-benar tau tentang kebesaran ALLAH, maka akan mengatakan ALLAH bisa lakukan apa saja sekehendakNYA.

mari kita sama-sama memikirkan persoalan saya berikut:-
1. sekiranya yang berkata itu seorang yang terkenal alim lagi warak dan tanpa bukti, apakah agaknya penilaian kita..
2. sekiranya yang berkata itu seorang jahil berserta bukti, apakah pula penilaian kita...
3. sekiranya yang berkata itu seorang yang kafir dan tanpa bukti, apakah pula penilaian kita...
pada zaman sebelum ada media cetak, katalah zaman ratusan tahun dahulu, bagaimana kepercayaan tanpa bukti dan tanpa saksi dapat dilakukan?!
maka, atas sebab2 tersebut di atas, bukan masalah bagi saya bila saudara2 tidak percaya atau percaya, ia tidak mendatang apa2 kebaikan buat saya..
kerana pada saya, saya hanya ingin berkongsi satu dari kebesaran ALLAH yang ALLAH tunjukkan kepada saya.
Kisah melihat kalimah ALLAH di langit atau mana2 makhluk ciptaanNYA telah biasa kita dengar dan lihat bukti2 melalui gambar2 yang dirakam, maka kerana itu saya berani menceritakannya.. Sekiranya saya datangkan dengan bukti, maka ada yang menjadi taksub dan takjub kepada saya.. ini boleh membawa kepada syirik dan saya sudah tentu menerima azab yang berat dari ALLAH.. dan, apabila dusta saya sembahkan, saya juga diazab ALLAH dengan seberat-berat azab..
Adik saya menyimpan sebiji biji tamar yang saya bawa dari Madinah yang tertulis kalimah Alif Lam Lam Ha juga... maukah bukti agar saudara percaya?! TIDAK!!! Maaflah, tidak buat masa sekarang...
Malahan, sekiranya saya mahu, tentu saja saya boleh berikan cerita yang lebih aneh lagi ajaib yang ALLAH datangkan kepada saya dengan yang berbukti...
tapi, jika saya lakukan itu, maknanya saya telah khianat kepada amanah ALLAH..

Tujuan saya berceritakan hal2 yang bukan lagi aneh ini adalah saya ingin mengajak semua orang untuk berfikir tentang apakah sebenarnya amanat yang disampaikan oleh ALLAH kepada orang yang melihat kebesaranNYA dan apakah yang wajib disampaikannya kepada orang2 yang mendengar/dikhabarkan hal ini.. yakni hendaklah melihat dengan mata hati...

wallahualam..

Rabu, 12 November 2008

ujub, sum'ah, riya'...

saya mengambil masa 4 tahun untuk membina blog ini sehingga saya terpanggil setelah berada 6 bulan di blog ust.Zamihan Al-Ghari.
Tapi, sewaktu mula membina blog ini saya sangat bimbang... bimbang 2 perkara berlaku ke atas saya..
1. orang yang membaca berburuk sangka terhadap saya
2. saya tergolong dalam orang-orang yang ujub, sam'ah .. meskipun sekecil zarah (sel) ... saya sangat takut... kerana ia dapat merosakkan seluruh amalan saya.. sehingga sia-sialah segalanya bagi saya dan dicampak ke neraka pada akhir nasib saya (nauzubillah minzaliq).
maka, saya memohon petunjuk dari ALLAH ... sehingga saya melakukannya dengan mudah..
sebenarnya, tiap waktu, bahkan tiap kali saya buka blog saya, saya masih sangat bimbang...
niat saya hanya satu.. kerana mencari keredhaan dan kecintaan ALLAH semata-mata.. seperti yang saya tulis di bahu blog saya... kira saya tidak dapat membantu saudara di akhirat, moga saya dapat membantu di dunia dan kiranya saudara tidak dapat membantu saya di dunia, moga saudara dapat bantu saya di akhirat... kalau tidak ramai, seorang pun jadilah buat saya..
sekiranya ada orang menyangka tujuan saya adalah ujub, sum'ah atau riya' , Demi Tuhan... saya belum lagi merasakan semua yang saya alami atau saya peroleh sehingga waktu ini , tak satupun darinya yang dapat saya banggakan, bahkan ia merupakan amanah yang amat berat bagi saya dari ALLAH SWT...

Demi Tuhan, kiranya saudara turut merasa apa yang pernah saya alami..
dalam kehinaan, fitnah, sakit dan lalai saya kepada ALLAH, saya dihukumNYA dengan kasih sayang yang tidak diberi kepada sebarang-sebarang hambaNYA sehingga saya merasa sangat malu, sangat aib dan sangat hina... bahkan, saya sangat takut kira-kira rahmat dan pemberianNYA tidak lain hanya istidraj.. jadi, saya tak punya pilihan melainkan menyerah seluruh jiwa raga dan apa saja yang termampu sebagai terimakasih dan syukur saya ke hadrat Pencipta yang sangat pengasih..

apabila ramai orang mengatakan tentang wahdatul wujud, tentang melihat keajaiban2 yang ALLAH datangkan kepada mereka.. tentang makrifat dan sebagainya... (maaf, saya tidak pernah belajar tentang ilmu sufi atau membaca kebanyakan kitab-kitab mengenainya..)
sekiranya saya buka segala rahsia ALLAH yang terjadi kepada saya, apakah dapat melega dan menenangkan saya dan semua orang?! TIDAK sama-sekali!!!
Demi Tuhanku..
hati saya tiap saat bergoncang kuat.. bila pula waktu saya dapat merasakan secubit riya', ujub atau sum'ah?!
airmata sebati dengan saya dan bukan hal yang seronok buat saya... bilakah pula saya dapat gembira?! (lihat wajah saya orang tau saya selalu bersedih..)
kisah2 dalam blog saya bukan keindahan tapi kekurangan yang tidak boleh dituruti, tapi agar dijadikan iktibar.. bilakah pula saya dapat berbangga dengannya?!

apabila seorang yang hanya taksub kepada ALLAH SWT, dia tidak akan peduli akan nasib dirinya di tangan orang lain.. tidak juga peduli perhatian orang pada dirinya.. begitu juga saya..
kerana, orang seperti saya pada tiap saat hati bergoncang kerana takutkan ALLAH .. hingga tidur tetap dalam zikrullah dan dada sering sakit bagai dicucuk sembilu, namun jiwa tenang dan damai, terutama merasakan suatu kelazatan & keasyikan yang tidak dapat dibayangkan sewaktu mengadap ALLAH.. sememangnya perasaan ini tidak dapat digambarkan melainkan kepada yang sama merasanya, bukankah hal ini saya ingin kongsi dengan saudara2 yang saya kasihi.
melihat kekuatan ALLAH, orang seperti saya sedar betapa lemah dan hinanya diri kita di mata ALLAH...
melihat keindahan ALLAH, orang seperti saya sedar betapa hodoh dan buruknya diri kita di mata ALLAH..
melihat kebesaran ALLAH, orang seperti saya sedar betapa kecil dan kerdilnya diri kita di mata ALLAH..
melihat kasih sayang ALLAH, orang seperti saya sedar betapa kasih kita sesama makhluk tidak akan dapat mengatasi kasih ALLAH kepada kita..

saya berikan contoh:
bila saya katakan pagi tadi (jam 7 pagi lebih kurang) saya melihat kalimah Alif Lam Lam Ha (besar, jelas dan berwarna hitam-kelabu seperti kalam yang ditulis di kertas) tertera di awan yang putih, kalimah itu yang berada di bahagian barat mengarah kiblat hanya berada di langit selama beberapa saat sahaja, kemudian ia hilang sedikit demi sedikit hingga awan hitam-kelabu itu lenyap terus.. [sayang sekali saya tidak dapat merakamkan peristiwa ini]
dari apa yang saya lihat itu, apakah yang dapat saya banggakan dengannya?!

bagaimana pula jika saya ceritakan hal yang lebih aneh dari ini?!
saya, tidak melihat ia dari sudut melihat kebesaran ALLAH semata-mata..
tidak melihat dan memperkatakan tentangnya atas sebab diberi kelebihan yang jarang2 diperoleh oleh insan lain... [ini boleh mendatangkan ujub]
tetapi, melihat dari mata hati .. apakah maksud tersirat di sebalik bukti kebesaran ALLAH itu, atau kah merupakan peringatan dari NYA?!
dan... apakah amanah yang diberikan kepada saya untuk saya fahamkan...?!
hal ini membuat saya tidak keruan sehingga waktu saya menulis artikel ini, tubuh saya masih menggigil, airmata saya masih melurut sekehendaknya... saya masih cuba untuk memahami amanah apa pula kali ini yang saya kena pikul kerana setiap kurnia ALLAH tidak akan diberikan tanpa bersebab...

nyatakan lah kepada saya, bagaimana saya dapat merasakan ujub, sum'ah dan riya' hanya kerana kata-kata saya yang terus terang dan dalam keadaan serba dhaif ini ...?!
[sesungguhnya, kekurangan saya adalah pada saya tidak pandai menggunakan bahasa lemah-lembut]

Oleh itu, dengan ikhlas hati, saya memohon ampun dan maaf kepada saudara-saudara saya yang merasa tersinggung dengan kata-kata saya yang kurang jelas sebelum ini maupun yang kelihatan seperti berbangga diri atau menyebut-nyebut kesalahan orang lain, tidak melainkan untuk diambil manfaat bersama.. tambah-tambah lagi kita hanya di alam maya dan tidak dapat melihat riak wajah masing-masing sewaktu berbicara.

kira ada yang sudi membantu saya mencari kejernihan jiwa, silalah berikan pandangan ikhlas meskipun ia pahit bagi saya asal ia terbaik buat saya dan moga kita sama-sama diberikan rahmat ALLAH... kerana hanya menukil di blog ini sahaja saya dapat melepaskan segala desakan hati yang membuak untuk meninggalkan ikatan tanggungjawab dunia yang membelenggu saya.
Arwah ayah saya telah sanggup melakukannya, meninggalkan segala keindahan dan nikmat dunia atas sebab2 yang saya rasakan kini, namun tidak saya dapat berbuat seperti beliau kerana saya masih sedar apa yang perlu buat keluarga saya..

moga ALLAH berikan saya sedikit kekuatanNYA dan sepenuh keikhlasan dalam perjuangan saya ini.

kiranya ALLAH takdirkan saya hidup dalam hina dina di mata dunia, saya lebih redha begitu demi memberikan manfaat kepada biar seorang saudara yang saya kasihi, asal saja ALLAH tidak berpaling dari kasih sayangNYA terhadap saya..

namun, saya sangat bersyukur adanya penghinaan terhadap saya agar saya sentiasa ingat saya sememangnya hina dina.

wallahualam...

ikhlas,
aryna @ bharuzlina baharudin

p/s: saya ucapkan syukur dan terimakasih yang bersangatan, bahawa ALLAH saja yang dapat membalas segala kebaikan dan perihatin, ingatan dan nasihat buat saya dalam meniti di jalan yang lurus... sungguh! tidak dapat saya membalas segala kebaikan saudara2 dan tuan-puan melainkan doa yang dapat saya panjatkan ke hadrat Ilahi yang Maha Pengasih, moga makbul segala doa buat adik2 yang dikasihi, saudara2, tuan-puan..

...................................

dendam & benci...

suatu hari... kutanya adikku.. tiap hari, aku sering menangis kerana takutkan ALLAH hingga dadaku sangat sakit seperti ditikam belati ... tapi, kenapa solatku masih tak khusyuk?!
jawabnya,
"Hadist nabi,"sholatlah seolah hendak berpisah (yang terakhir kalinya), jangan mengucap kata2 yang buat kita minta maaf, jangan mengharap rezeki yang sudah di tangan orang.."
maka, saya ikuti cakapnya kerana kata2nya selalu saja menggoncang jiwaku..
selepas seminggu, saya datangi dia lagi...
kutanya... adikku, telah kuturut nasihatmu, namun mengapa tiap kali solat pun tangisan ku semakin mendesak dan menyesak nafas hingga aku merasakan nyawaku akan dicabut ketika itu?! benar2 aku sangat takut dan gementar hingga rasa pitam .. setiap selesai solat tubuhku menggigil seperti orang demam yang kesejukan teramat sangat..
balasnya, "setiap helai alis mata dibasahi airmata kerana takut kepada ALLAH merupakan saksi di hadapan ALLAH", apa kesalahan kakak, boleh adik tau?!
kukatakan. Demi ALLAH... aku tidak tau... dosa2 kecil yang ada sudah cukup buat aku tersiksa, apatah pula berani buat dosa besar tentulah lebih dahsyat siksanya buatku.. Cumanya, seingatku ada seorang manusia yang tidak dapat kumaafkan biar sampai kiamat... maka, setelah banyak soal balas tentang manusia yang kugelar berhati syaitan binatang itu, adikku hanya berdiam sehari semalam...
esoknya kutanya lagi, adikku... apa bicara kamu?!
selepas zohor (waktu kita) dia jawabku... "Kakakku yang kusayang, maafkanlah dia.. orang yang .......(maaf tidak dapat ceritakan aib orang ) kerana apa gunanya to kakak selalu dendam dan benci padanya, apa bisa mengembalikan semuanya?, tak ada manfaatnya bagi kakak.. maafkan dia itu akan buat hati kakak tenang..
katanya lagi... Firman ALLAH .. "orang2 yang mampu menahan amarah dan bisa memaafkan manusia, itulah orang2 yang ALLAH cintai" ..
"...dan orang-orang yang menahan kemarahannya, dan orang-orang yang memaafkan kesalahan orang. Dan (ingatlah), Allah mengasihi orang-orang yang berbuat perkara-perkara yang baik" [QS: A-li-Imraan: ayat 134]
Demi Tuhan, kata-katanya bagaikan panahan kilat .. saya tergamam.. terkaku buat beberapa waktu, hingga perlakuanku tidak menentu, namun hatiku tiba-tiba sangat tenang dan damai... kata-katanya asyik kufikirkan hingga tengah malam...
kemudian baru kujawab dengan tenang... "adikku yang dikasihi, sesungguhnya telah lebih 30 tahun, telah begitu ramai orang mendoakan orang itu dilaknat ALLAH, bahkan suamiku sendiri meminta aku mengabaikan orang itu dan perlakukan seolah tidak pernah wujud sama-sekali.. bahawa, engkaulah satu-satunya orang yang meminta aku memaafkan dia.. betapa kamu ini dilihat sangat keras kata-katamu, namun hatimu lebih lembut dari sutera.. Oleh itu, kalau memaafkan dia dapat aku dicintai ALLAH, maka aku telah maafkan dia dan tidak akan kutuntut sesuatu apapun darinya di akhirat nanti.."
Demi ALLAH... semenjak hal itu, hati dan jiwa saya sangat tenang... tidak ada perkara yang dapat menggugat ketenangan dan kedamaian hati saya kecuali yang ALLAH kehendaki..

rupanya berdendam sesama manusia meskipun kita dari golongan yang teraniaya, meskipun penganiayaan itu sangat dahsyat bagi seorang yang lemah seperti saya, meskipun penganiayaan itu ditanggung siksanya sepanjang hayat, meskipun penganiayaan itu sehingga mencemarkan orang yang dianiaya, ia tetap perkara yang tidak baik sama sekali, bukan saja tidak bermanfaat bahkan memberi mudharat kepada orang yang teraniaya yang masih menyimpan dendam dan rasa benci...

lihatlah kembali ke hati saudara... apakah ada sedikit rasa dendam, amarah dan sakit hati terhadap mana-mana makhluk ALLAH.. barangkali perkara itu adalah penghalang untuk saudara khusyuk bersolat dan menjalankan ketaatan kepada ALLAH, bahkan ia juga penghalang kepada jiwa yang tenang...

Selasa, 11 November 2008

soalan kepada saya..

bismillah.... segala puji dan syukur kepada ALLAH pencipta alam semesta dan segala makhlukNYA.. Selawat dan salam buat Nabi Muhammad SAW, keluarga baginda dan para sahabat baginda.. [sila baca shalawatnya]

ada ramai bertanya saya bagaimana untuk khusyuk mengadap ALLAH ..
bagaimana dapat mencintai ALLAH seperti dalam artikel saya terdahulu bertajuk tanda2 mencintai ALLAH..
Maha suci Tuhan.. bukan mudah buat saya menulis tentangnya .. tambah2 lagi saya sangat sibuk dengan urusan duniawi dan tuntutan tanggungjawab sedangkan hal ini perlu banyak penelitian dan rujukan..
saya tidak dapat menyatakan dalam bentuk amalan saya semata-mata kerana bolehjadi saja amalan yang sama tapi penghayatan yang tidak sama bakal berikan hasil yang berbeza.. ini bahaya buat saya dan orang2 yang belajar dari saya.. Kerana itu saya memerlukan masa agar dapat saya sampaikan dengan cara yang mudah difahami orang2 awam seperti saya.

sungguh saya tidak layak sama sekali untuk mengajar sesiapa.. maka, janganlah belajar dari saya.. kerana itu juga saya tidak akan menjawab pertanyaan ramai siapakah guru saya..
cuma, kepada yang bertanya adakah saya belajar/mengamal TARIQAT, jawab saya adalah TIDAK! adakah saya ahli TABLIGH.. jawapan saya juga TIDAK!
saya hanya seorang orang awam yang telah kembali kepada ALLAH.. itu sahaja..

blog ini hanya saya anggap sebagai "spark plug" atau pemula untuk seorang berfikir dan mencari kesalahan, kesilapan diri (kerana itu artikel saya tidak saya lengkapkan dan tidak panjang)
dan ilmu itu hendaklah dicari dan didapatkan dari seorang guru agama yang benar2 bertauliah (bertauliah tidak semestinya ada PHD atau ijazah..)

Demi ALLAH yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang, Tuhan Yang Maha Esa lagi Maha Berkuasa, satu perkara yang benar dari saya adalah segala isi blog ini adalah atas pengalaman dan amalan saya sendiri (kecuali saya nyatakan sumbernya). Saya tidak berani mengatakan apa-apa perkara selain dari perkara yang saya amalkan dan lakukan kerana tuntutan ALLAH amat berat untuk saya tanggung di kemudian hari.

sekian. harap maklum.

ikhlas,
aryna

Khamis, 6 November 2008

kerja...

sangat penat bila banyak kerja yang urgent sana, top urgent sini..
lebih2 lagi kalau tiba2 je bos panggil bagi kerja yg kena siapkan dalam masa yang mcm tak masuk akal.. sabar lah aryna.... moga ALLAH mudahkan segala urusanmu...
bila otak penat, badan penat, ditambah kesihatan yang kurang baik...
kepala dan badan yang sakit di sana sini.. bekalan "cellfood" pun dah berbulan kehabisan.. ini tambah teruk keadaan saya yang selalu kurang bekalan oksigen yang menyebabkan saya sering pening dan sakit kepala.. [oh! saya ada masalah dengan paru-paru yang lemah]

malam tadi saya tidur awal hingga tertinggal solat isya'. Suami kejutkan pun saya langsung tak sedar... terlalu penat ... saya terjaga hampir jam 1 pagi...
kemudian, saya tidur kembali.. terfikir sebentar untuk menetapkan jam di telefon untuk bangun lagi... tapi, disebabkan terlalu penat dan kepala yang sangat sakit, saya tak berdaya....
maka, kudoa dalam hati moga ALLAH akan bangunkan saya seperti waktu biasa saya akan terjaga jam 3 pagi atau sebelumnya...
sedar-sedar jam telah menunjukkan pukul 4:07 pagi... SubhanaALLAH.....!!!!!!! dah lambat!saya kelam-kabut untuk bangun solat... sebaik saja selesai solat witir yang terakhir saya terdengar azan di masjid!!! Ya ALLAH!!! aku belum baca yasin lagi... macamana nih?!!
sedangkan saya tak boleh menangguhkan urusan duniawi yang perlu dijalankan dengan segera... menyesal sampai bilapun takkan dapat kembalikan mutiara yang telah dilepaskan.

INILAH AKIBATNYA APABILA kita MEMBERI KERJA KEPADA ALLAH...
kalau urusan kerja itu hak kita, maka janganlah diserahkan kepada pihak lain untuk menjalankannya... pasti mendapat hasil yang tidak sempurna, bahkan kerugian lagi..

berusaha dahulu, kemudian baru berdoa dan akhir tawakkal kepada ALLAH..
serahkan segala urusanmu sepenuhnya di tangan ALLAH setelah berusaha sedaya upaya..
dan... layakkah kita meminta-minta dengan sewenang-wenang dan tambah-tambah lagi menyuruh ALLAH melakukan sesuatu pekerjaan untuk kita??!
bila doa kita tak makbul, jangan salahkan sesiapa melainkan diri sendiri..

Rabu, 5 November 2008

resah dan rohani

pernahkah kita terfikir
kenapa meskipun segala keperluan, segala keinginan kita dapat kita penuhi, segala cukup bagi kita... punya tempat berlindung, keluarga yang bahagia, makanan dan keperluan segalanya mencukupi, namun hati masih gundah gulana...
kadang-kala bila kita melihat orang2 sekeliling kita ketawa dan berwajah ceria, kita rasa sangat cemburu... kenapa kita masih risau...
bila kita memandang lebih jauh lagi, memikirkan betapa bahagia dan mudahnya orang-orang kaya yang hidup mewah serba ada, kita terkilan nasib kita tidak ditentukan begitu..
sebaliknya, orang2 yang kaya mewah itu merasakan orang2 kebanyakan yang masuk pejabat jam 9 balik jam 5 petang adalah sangat beruntung kerana tak perlu memikirkan masalah2 berat seperti mereka, maka kita rasa lebih baik saja bersederhana atau bolehjadi saja kita katakan lebih baik begitu, sekurang-kurang hidup mewah, mau apapun dapat meski banyak masalah kerana masalah sentiasa memburu kita walau di mana pun..
kadangkala, kita lihat sekeliling kita, rasa baik saja jadi kucing yang tak perlu susah memikir hal-hal yang rumit lagi memeningkan... asal saja cukup makan dan dibelai tiap hari..
kadangkala, kita lihat sekeliling.. kita rasa tiada apa yang kita inginkan lagi tapi hati kita masih susah.. masih resah...
kadangkala, kita lihat sekeliling.. mereka sangat khusyuk dan sangat tenang walhal amalan ketaatan kita lebih dari mereka tapi hati kita tetap juga resah gelisah ..

ketahuilah wahai saudara-saudaraku sekalian..
itu kerana tidak lain tidak bukan, kerana roh kita haus dahaga dan kelaparan..
kadangkala kita percaya, kita yakin kita mencukupkan keperluan rohani kita dengan zikrullah, solat yang tak pernah ditinggalkan, amalan sedekah, membayar zakat dan malahan ada antara kita sering melakukan umrah dan haji hampir setiap tahun, tapi hati belum dapat tenang dan masih memikir banyak yang tidak kena... masih belum puas... kenapa??!!!

pernahkah kita fikirkan apakah santapan rohani yang kita berikan sebagai juadah kepada roh kita mencukupi, lazat serta enak ?!

ataukah kita sering lupa memberinya makan, maka kerana itu juga hati kita sukar mendapat ketenangan hati?!

ataukah kita merasakan makanan yang diberi itu sudah cukup membuatnya kenyang, sedangkan kita lupa jasmani kita selalu saja kehabisan tenaga, apalagilah rohani...

bukankah jasad kita juga pandai meminta & memilih makanan yang enak untuk memberikan nafsu kita kenyang, tubuh kita sihat dan bertenaga ?!
begitu jugalah roh kita...

wallahualam...

Selasa, 4 November 2008

bersyukur..

bismillahirrahmaannirrahiim...
mulakan dengan selawat ke atas junjungan kita Nabi SAW, keluarga baginda dan para sahabat...

menyentuh tentang bersyukur, ada beberapa perkara yang saya hairankan..

pertama, orang yang mengucapkan syukur ke hadrat Ilahi dengan solat...
katanya, marilah kita bersyukur kerana diberikan kemewahan, dapat melakukan ini dan itu..
tapi, kemudiannya datang kepada ku sambil marah-marah kerana keperluannya lambat dipenuhi...
kataku, itu kerana kau tidak bersyukur keperluanmu yang dipenuhi itu adalah atas keperluan orang lain yang belum dipenuhi Tuhanmu..

kedua, orang yang mengucapkan syukur ke hadrat Ilahi kerana dilahirkan dari golongan yang mulia..
katanya, saya bukanlah mau berbangga, namun saya sangat bertuah dan bersyukur kerana dilahirkan dari keturunan yang mulia yang diberikan kelebihan itu dan ini...
tapi, kemudiannya datang kepada ku sambil marah-marah hanya kerana aku tanyakan kenapa kebaikan keturunannya itu tidak dapat disampaikan (dipanjangkan) olehnya..
kataku: itu kerana kau tidak memahami ajaran datuk keturunanmu dan kau tidak mencari serta meluruskannya buat orang-orang di bawahmu.. sayang sekali ilmu tidak dapat diturunkan sepertimana jua harta kekayaan yang tidak dapat diturunkan kerana salah-guna..

ketiga, orang yang mengucapkan syukur ke hadrat Ilahi dengan bersedekah & derma kepada ramai orang kerana mempunyai lebihan rezeki yang ALLAH berikan hingga dapat melakukan itu dan ini..
tapi, kemudiannya datang kepada ku sambil marah-marah hanya kerana aku belum dapat memenuhi segala keperluan orangtuanya..
kataku: itu kerana kau bersedekah dan menderma agar namamu disebut-sebut orang, sedangkan ibubapamu takkan sesekali mengadu keburukan perlakuanmu pada orang..

keempat, orang yang mengucapkan syukur ke hadrat Ilahi kerana diberikan ilmu oleh ALLAH yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih sehingga dapat diajar kepada orang itu dan ini..
tapi, kemudiannya datang kepada ku sambil marah-marah hanya kerana aku bertanya kenapa dia sombong kepada ku yang dhaif ini...
kataku: itu kerana sikap tawadukmu belum meresap ke hatimu sebagaimana ajaran yang kau bawa sehingga kau perlekehkan orang-orang yang tidak bermanfaat kepadamu

kelima, orang yang mengucapkan syukur ke hadrat Ilahi kerana diberikan kesihatan sehingga dapat melakukan ketaatan dan apa saja itu dan ini...
tapi, dia datang kepada ku bertanya kenapa dia masih sukar menjalankan kewajiban dan meninggalkan kemaksiatan..
kataku: itu kerana kau belum merasakan sakit yang dapat memberimu arti sebenar rasa syukur waktu kau sihat..

keenam, orang yang mengucapkan syukur ke hadrat Ilahi kerana diberikan anggota yang sempurna sehingga tiada satupun yang dapat menghalangi pergerakannya itu dan ini..
tapi, dia datang kepada ku dan bertanya kenapa dia masih merasakan masih ada kekurangan dalam diri yang belum terpenuh...
kataku: itu kerana kau hanya bersyukur kerana merasakan anggotamu yang sempurna sehingga kau tidak dapat menerima ketidaksempurnaan amalanmu sebagai bukti kesempurnaan ALLAH..

ketujuh, orang yang mengucapkan syukur ke hadrat Ilahi kerana dilahirkan sebagai umat Nabi Muhammad SAW sehingga berbangga menyebut Al-Quran dan Hadith..
tapi, dia datang kepada ku dan mengatakan saudara-saudaranya berdusta dan telah meninggalkan mereka kerana tidak dapat memaafkan mereka..
kataku: itu kerana kau tidak berbangga kata-kata Nabi Muhammad SAW sendiri iaitu:
Hadist Qudsi: "AKU adalah Ar-Rahmaan (Yang Maha Pemurah). AKU telah menciptakan rahim, Ku ambil untuknya nama yang berakar daripada namaKU. Sesiapa yang menyambungnya (silaturrahim), nescaya AKU akan menyambung (Rahmat KU) untuknya. Sesiapa yang memutuskannya, nescaya AKU akan memutuskan rahmatKU daripadanya.

kelapan, orang yang mengucapkan syukur ke hadrat Ilahi kerana mencintai ALLAH hingga mengalir airmatanya disebabkan itu dan ini..
tapi, dia datang kepada ku mengatakan dia tidak gentar bila nama ALLAH disebut
kataku: itu kerana kau menangis bukan kerana takut kepada kekuasaan dan kekuatan ALLAH, bahkan kerana kekurangan pada dirimu sendiri semata-mata.. dan kerana kau belum benar-benar mengenali ALLAH dan menempatkanNYA di hatimu sebagaimana DIA mengenali dan menempatkanmu di sisiNYA..
sesungguhnya orang yang takut kepada ALLAH akan mendekat kepadaNYA.. Dan orang yang benar-benar takut kepada ALLAH pasti akan gentar hatinya bila menyebut namaNYA, apatah lagi mengingkariNYA, Jauh sekali menyiksa dan menyakiti saudara-saudara dan makhlukNYA..

kesembilan, orang yang mengucapkan syukur ke hadrat Ilahi kerana mencintai Rasulullah hingga menghafal hadith baginda dan itu dan ini..
tapi, dia datang kepada ku mengatakan dia tidak cinta kepada para sahabat dan ahlul bait..
kata-kata Nabi Muhammad SAW sendiri iaitu:
dari Abdullah bin Umar: (HR: Al-Tabrani dalam Mu'jam al-Kabir)
"Orang2 yang mempunyai sifat rahmah akan disayangi ALLAH. Sayangilah orang2 yang ada di bumi, nescaya kamu akan disyangi oleh orang2 yang berada di langit
"
bagaimana mencintai orang2 di bumi saja telah disayangi orang2 yang dilangit, apalagi keluarga Rasulullah dan para sahabat..

kesepuluh, orang yang mengucapkan syukur ke hadrat Ilahi kerana merasa taqwa kepada ALLAH tanpa berbelah bagi begitu dan begini..
tapi, dia datang kepada ku mengatakan kerisauan meninggalkan keluarga dan hartanya sewaktu berpergian dan pelbagai kebimbangan yang belum jadi begitu dan begini..
kataku: kau mengatakan taqwa di mulut bukan di hatimu... kerana jika kau yakin pada kehendak dan kekuasaanNYA, pada qadha & qadarNYA, kau akan berlapang dada meninggalkan urusanmu di tangan ALLAH tanpa was-was..

kesebelas, orang yang mengucapkan syukur ke hadrat Ilahi kerana dapat bangun malam dan qiamullail sehingga begitu begini..
tapi, dia datang kepada ku mengatakan hatinya belum tenang dan tidak khusyuk..
kataku: itu kerana kau bangun untuk memenuhi kehendakmu dan belum ikhlas melakukannya untuk ALLAH semata-mata .. bagaimana hatimu akan tenang bila kau gundah dalam melaksanakannya dengan hati yang berkata-kata dan masih dibelenggu urusan dunia?!

keduabelas, orang yang mengucapkan syukur ke hadrat Ilahi kerana diberi kepetahan berkata-kata sehingga begitu dan begini...
tapi, dia datang kepada ku bertanya kenapa tiada siapa pun pengikut-pengikutnya yang putih hati mereka dan bersih wajah mereka dan indah kata-kata mereka ..
kataku: itu kerana kata-katamu tidak bercahaya.. tidak mengandungi keikhlasan selain untuk menunjuk-nunjuk kelebihan yang Tuhan kurnia buatmu ..

ketigabelas, orang yang mengucap syukur kerana sering memuji dan memuja ALLAH dengan zikrullah dan takut kepada ALLAH..
tapi, dia datang kepada ku bertanya kenapa hatinya sering bolak-balik dan lalai ..
kataku: itu kerana kau menyebut namaNYA, memujaNYA tapi hanya di bibir tidak di hati sedangkan kau masih membiarkan musuh2NYA bebas di hati mu..
dan.. kerana kau lupa bahawa ALLAH berkuasa berbuat sesuka hatinya kepada makhlukNYA seperti sabda Rasulullah SAW: " hati mukmin itu berada di antara kedua jari Tuhan Yang Maha Pemurah" dan...
"Dan kami bolak-balikkan hati mereka dan penglihatan mereka: (QS Al An'am: ayat 110)

dan... juga kerana hatinya orang yang sering zikrullah itu umpama orang yang sentiasa dahaga dan lapar hingga menggigil saat tidak melakukannya biar untuk seketika, jadi bagaimana dapat dia lalai darinya..?!

keempatbelas, orang yang mengucapkan syukur ke hadrat Ilahi kerana dapat menjalankan ketaatan seperti orang-orang sholeh terdahulu..
tapi, dia datang kepada ku bertanya kenapa tiada tanda di dahi, tiada keajaiban/ keramat diperolehi, doa2 yang belum makbul..
kataku: itu kerana tiada keikhlasan di hati mu.. masih kau tak malu mengharap balasan dari ALLAH atas yang kau dakwa taat itu, sedangkan mereka yang mendapat segala tanda atau keramat atau kelebihan itu semuanya atas kurnia ALLAH disebabkan mereka MALU untuk meminta selain keredhaan, keampunan dan rahmatNYA semata-mata.. dan kerana cinta yang mendalam kepada ALLAH sehingga mereka tidak sanggup untuk meminta lebih dari yang ALLAH telah berikan kerana segala pemberian yang telah mereka perolehi sudah cukup besar buat mereka, sedangkan bagimu belum cukup!

bersambung... masih banyak rupanya ye...

Harapan, Iman, Cinta dan Damai

Harapan, Iman, Cinta dan Damai

ada 4 lilin yang menyala, sedikit demi sedikit
habis meleleh. Suasana begitu sunyi sehingga
terdengarlah percakapan mereka.

yang pertama berkata :
“Aku adalah DAMAI, namun manusia tak mampu menjagaku, maka lebih baik aku mematikan diriku saja!”
demikianlah sedikit demi sedikit sang lilin padam.

yang kedua berkata :
“AKu adalah IMAN, sayang aku tak berguna lagi. Manusia tak mau mengenalku, untuk itulah tak ada gunanya aku tetap menyala”
begitu selesai bicara, tiupan angin memadamkannya.

dengan sedih lilin ketiga bicara :
“Aku adalah CINTA, tak mampu lagi aku untuk tetap menyala. Manusia tidak lagi memandang dan menganggapku berguna. mereka saling membenci, bahkan membenci mereka yang mencintainya, membenci keluarganya”
tanpa menunggu waktu lama, maka matilah lilin ketiga.

tanpa terduga….
seorang anak saat itu masuk ke dalam kamar dan melihat ketiga lilin telah padam. karena takut akan kegelapan itu, ia berkata :
“apa yang terjadi?! kalian harus tetap menyala, aku takut akan kegelapan!”
lalu ia menangis tersedu-sedu.

lalu dengan terharu lilin keempat berkata :
“jangan takut, jangan menangis, selama aku masih ada dan menyala, kita tetap dapat selalu menyalakan ketiga lilin lainnya, Aku Adalah HARAPAN”
dengan mata bersinar, sang anak mengambil lilin harapan, lalu menyalakan kembali ketiga lilin lainnya.

Apa yang tidak pernah mati hanyalah HARAPAN
yang ada dalam hati kita…dan masing-masing semoga dapat menjadi alat yang dalam situasi apapun mampu menghidupkan kembali Iman, Damai, Cinta dengan HARAPAN nya!!!

p/s: tulisan di atas saya ambil dari beberapa site negara Indonesia..

Isnin, 3 November 2008

harapan...

Wahai Tuhan ku
Berikanlah dia dan aku secebis dari kekuatan dan kesabaranMU
Tunjukkan lah dia jalan buat nya dan aku jalan buat ku
Agar mudah segala urusan nya dan urusan ku
Menggapai harapan jadi kenyataan
Kerna sesungguhnya aku
Longlai sudah dayaku ini
Berkali patah dan tumbuh kembali segala harapanku
menyertai harapannya
Dalam menyerahkan cinta buat MU
Demi meraih cinta dari MU ya ALLAH ya RABB

ALLAH s.w.t. tidak menetapkan suatu qadha bagi orang mukmin,
melainkan itu merupakan kebaikan baginya.
[Hadist riwayat Ahmad]
“Sungguh luar biasa urusan seorang mukmin itu. Sesungguh-nya setiap urusannya (akan mendatangkan) kebaikan. Bila dia mendapatkan kesenangan, dia bersyukur dan (syukur) itu adalah kebaikan untuknya. Bila dia mendapatkan musibah, dia bersabar dan (sabar) itu adalah kebaikan untuknya. Hal itu tidak (diberikan) untuk siapa pun kecuali untuk seorang mukmin.” (HR: Muslim)