kata-kata hikmah..

Pesan Luqman Hakim pada anaknya, Hai anakku, bila engkau berteman, tempatkanlah dirimu padanya sebagai orang yang tak mengharapkan sesuatu daripadanya. Namun, biarkanlah dia yang mengharap sesuatu darimu

Selasa, 19 Mei 2009

bolak-baliknya hati.. (sambungan)

Alhamdulillah, saya harap dapat menyambung bicara yang tergendala..

Setulusnya, saya tidak pandai menghurai sepertimana para ahli dalam hal ini.
Apa yang bakal saya sarankan di artikel kali ini adalah berdasarkan pengalaman saya yang saya harap dapat juga berkesan kepada sesiapa yang menyakininya.. InsyaALLAH..!!

Kepada yang membaca dan mendalami tulisan2 saya dari awal blog ini tentu dapat memahami apa yang pernah saya alami dan amalkan dalam meraih cinta Agung dari Yang Maha Pencipta. Adakala ia seumpama mendaki gunung yang tinggi, adakala seindah melihat damainya ombak memukul pantai, adakala seolah mendongak ke langit mentari terik membakar tubuh dan adakala seumpama suasana lepas hujan dihiasi pelangi petang yang mengasyikkan dengan bauan alam flora fauna yang menyamankan..

Pada saat2 tertentu, kekuatan dan semangat yang sering berbolak balik ini seringkali digugat perasaan kecewa, lemah hati dan kemalasan atau kelelahan, berakibat dari persoalan hati yang terpesong dari mencintai Tuhan.
Bila terjaga malam tetapi tidak bersemangat untuk bangun qiamullail, maka paginya akan bangun dengan rasa ralat yang tidak terperikan.
Bila ada saat2 yang terlepas kerana leka dari menyebut nama Tuhan yang mendamai jiwa, akan terasa sangat menyesal kerana bagaimana rasanya saat2 terlepas itu terhenti nafas, bagaimana?!
Apakah hati yang bolak-balik ini disebabkan keimanan yang lemah atau ilmu yang tidak cukup untuk menetapkan hati kita?!
Sesungguhnya, manusia dicipta berserta hawa nafsu. Cuma, bagaimana cara kita mendidiknya..

"Dan aku tidak membebaskan diriku (dari kesalahanku), sebab sesungguhnya nafsu itu selalu memerintahkan kejahatan, kecuali nafsu yang diberi rahmat oleh RABBku." (Yusuf:53)

Antara perkara yang dapat kita sebagai orang awam yang tidak tinggi ilmu akhirat ini dapat lakukan antaranya adalah:-

1. Yakin dengan janji ALLAH.
Tidak ada sesuatu yang ALLAH takdirkan untuk kita adalah untuk menyusah dan menghancurkan hidup kita, bersangka baik kepada ALLAH akan membuat kita sentiasa beringat bahawa tiap sesuatu yang berlaku adalah untuk kebaikan kita, tidak di dunia pasti di akhirat!
Dengan ini kita dapat menetapkan di hati untuk sedapat yang boleh mendekatkan diri, hati kita kepadaNYA serta sentiasa redha atas segala ketentuanNYA berakibat dari keyakinan atas janjiNYA..
FirmanNYA:
" Mereka itu adalah orang-orang yang telah diuji hati mereka oleh ALLAH untuk bertakwa." (Al-Hujuraat: 3)

2. Sentiasa faham bahawa bolak baliknya hati kita sedia diciptakan agar kita sentiasa bergantung harap kepada rahmat ALLAH. Dengan itu kita tidak menganggap bahawa amalan kita yang menjadi sebab kepada kecintaan dan dekatnya kita kepadaNYA, tetapi adalah atas kehendak dan rahmat ALLAH semata-mata maka kita dapat melakukannya.
Apabila kita faham hakikat ini, InsyaALLAH kita akan sentiasa berusaha untuk menjaga urusan kita dengan ALLAH Azzawajalla, serta tidak lupa untuk berdoa, meminta kepadaNYA agar kita tetap dalam ketaatan.
Maka, sewaktu hati menjadi bolak balik, kita akan dapat rasakan hikmah sebenarnya kenapa hal ini berlaku kepada kita tanpa menyalahkan takdir Ilahi setelah kita berusaha keras mendapatkannya.

3. Istighfar. Beristighfarlah tatkala hati kita jadi malas untuk melakukan ibadah terutama solat fardhu. Istighfarlah saat apapun kita teringat.
Istighfar punya hikmah yang amat besar sekali hingga dapat mengembalikan kita kepada ketakutan, aib (rasa malu) dan ingatan kepada Yang Maha Kuasa.

Sabda Rasulullah SAW:
"Sesungguhnya hatiku ini dibisik, hingga aku beristighfar kepada ALLAH dalam satu hari tidak kurang dari seratus kali." (HR Muslim)


Itu Nabi yang maksum, lebih dari seratus kali. Kita??! Tak tau malu kita ni rupanya...hmm....

4. Selawat.
Selawatlah pagi dan petang, siang dan malam. Ketika kita tersedar dari lalai, segera berselawat. Alangkah kasihnya Rasulullah SAW terhadap kita umatnya, mengapakah kita pula tidak berterimakasih dan bersyukur kepadanya, kekasih ALLAH?! Tanamkan rasa malu bila satu hari kita tidak mengingat baginda. Pada saya, selawat benar2 dapat memudahkan hati yang bolak balik, bahkan hati yang gundah. Mahu merasakan indah dan nikmatnya suasana saat kita menarik dan menghembus nafas, rasakan masa kita selawat kepada Nabi Junjugan kita, Muhammad SAW.

"Tidak beriman salah seorang di antara kalian, hingga aku lebih dicintainya berbanding ayah, anak dan seluruh manusia." [HR Bukhari]

5. Ucap syahadah.
Bahkan ramai antara kita yang menyangka syahadah hanya dilafazkan sewaktu solat dan masa kembali kepada ALLAH.
Sebenarnya, sewaktu kita mula terlalai, malas dan tiada semangat untuk mendekati dan menjalankan ketaatan kepada ALLAH, kalimah syahadah inilah yang amat besar sekali dan pantas untuk mengembalikan hati kita kepadaNYA..

6. Zikrullah.
Alhamdulillah, saya sentiasa menekankan hal ini dalam segala perkara.
Berzikirlah dalam sebutan apapun nama ALLAH... bahkan hanya menyebut ALLAH, kita tidak terlepas dari mengingat DIA!
Benar, adakala kita terlalai oleh hal2 duniawi yang sangat mengasyikkan dan menyibukkan.. Namun, tiap kali kita teringat, ucapkanlah. Terus ucapkan hingga kita terlupa lagi. Biar di mana berada. Pedulikan apa orang kata kita cakap seorang diri, tidak waras atau sebagainya. Perlu apa kita fikirkan apa orang kata. Bagaimana pula apa ALLAH kata?!

"Iaitu orang-orang yang berzikir kepada ALLAH dalam keadaan berdiri, duduk dan dalam keadaan berbaring.'[Ali Imran:191]

"Perumpamaan orang yang berzikir dan yang tidak berzikir kepada RABBnya bagaikan orang yang hidup dan orang yang mati."[HR Bukhari dan Muslim]

7. Ucaplah Bismillah.. dalam segala yang kita mulai. Juga ucap syukur (Alhamdulillah) setiap urusan yang kita akhiri. Fahami dan yakini makna ucapan2 agung ini. Dengan ini kita sentiasa ingat padaNYA..

"Barangsiapa yang berpaling dari mengingati (ALLAH) Yang Maha Pemurah, maka Kami akan menentukan untuknya seorang syaitan dan ia akan menjadi teman yang tidak terpisah darinya." (Az-Zukhruf:36)

8. Rajin berdoa
Sebagaimana hadith Rasulullah SAW:
"Doa adalah otak ibadah" (Riwayat Tarmidzi).
Berdoalah kerana apabila doa dikatakan otak ibadah, maka doa merupakan pusat mengarahkan hati dan jasad kita dapat memulakan melakukan ibadah.
Berdoalah sebagai tanda kita sentiasa bergantung dan berharap kepada pertolongan ALLAH. Sesungguhnya kita tiada daya dan upaya tanpa pertolongan dariNYA.

"dan RABBmu berfirman:
Berdoalah kepadaKU, nescaya akan Kuperkenankan bagimu" (Al-Ghaafir:60)

8. Dekati dan berkeliling dengan orang2 yang cintakan ALLAH, jauhi orang2 dan perbuatan2 yang dapat melalaikan kita dari mentaati ALLAH.

Hadith:
"Perumpamaan teman duduk yang soleh dan teman duduk yang jelek adalah seperti orang yang membawa minyak kasturi dan peniup api tukang besi.
Pembawa kasturi itu boleh jadi memberikan padamu atau engkau membelinya, atau engkau peroleh aroma (bauan) yang harum darinya.
Sedangkan peniup api tukang besi kadangkala bisa membakar bajumu, kadangkala pula kau dapati bau yang tidak sedap darinya."
[Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim]

9. Elakkan dari mendengar muzik atau mainan yang mengasyikkan.
Hal ini sangat mempengaruh kita dari mengingat Tuhan.
Tapi biasakan diri mendengar alunan bacaan Al-Quran, beri perhatian mendalam kepada azan dan iqamah sewaktu dilaungkan dan usahakan membaca dan mengamalkan ayat2 Al-Quran sebagai makanan harian kita, biarpun sedikit dan hanya ayat2 lazim. Ini lebih baik dari tiada.

10. Set alarm atau reminder.
Ini cara paling mudah bagi seorang yang pelupa. Di mana saja, diari, pc atau handphone..

Abdulrahman bin Ali Laila berkata:
Seorang datang kepada Nabi SAW lalu bertanya,
"YA NABI ALLAH, APAKAH SAYA LEPAS UNTAKU DAN TAWAKKAL, ATAU SAYA IKAT KEMUDIAN TAWAKKAL KEPADA ALLAH? JAWAB NABI SAW, I'QILHA WATAWAKKAL ALALLAH. (IKATLAH DAN TAWAKAL KEPADA ALLAH).

11. Hisab diri (Muhasabah).
Lihat ke dalam diri dan perhatikan segala yang ALLAH jadikan di dunia ini dan apa yang ALLAH janjikan buat kita di akhirat. Buruk dan baik berakibat daripada perbuatan kita di dunia. Apakah kita benar2 bersedia dan sanggup menerima akibat yang kita tentukan atas perlakuan dan kehendak diri kita?!

"Ketahuilah, bahawa sesungguhnya kehidupan dunia itu hanyalah permainan dan suatu yang melalaikan, perhiasan dan bermegah-megah antara kamu serta berbangga-bangga tentang banyaknya harta dan anak, seperti hujan yang tanam-tanamannya mengagumkan para petani, kemudian tanaman itu menjadi kering dan kamu lihat warnanya kuning kemudian hancur. Dan di akhirat (nanti) ada azab yang keras dan ampunan dari ALLAH serta keridhaanNYA. Dan kehidupan dunia ini tidak lain hanyalah kesenangan yang menipu." [ Al-Hadiid:20]

"Sesungguhnya ALLAH tidak merubah keadaan sesuatu kaum, hingga mereka merubah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri." [Ar-Raad:11]

"Maka perhatikanlah atsar (bekas2) rahmat ALLAH" [Ar-Ruum:50]

"Sesungguhnya ALLAH mencintai orang-orang yang bertaubat dan orang-orang yang membersihkan diri." [Al-Baqarah:222]

Kata-kata hikmah bercahaya Sheikh Ahmad Athaillah:
"SEDIH ATAS LENYAPNYA KETAATAN DENGAN TIDAK DIIRINGI OLEH KEBANGKITAN UNTUK MELAKSANAKANNYA, ADALAH SEBAHAGIAN DARI TANDA KETERPEDAYAAN."

Wallahualam bissawwab...

Tiada ulasan: