Hadith Rasulullah SAW:
Orang-orang mukmin itu berada di antara 5 kesusahan, iaitu:-
1. Orang mukmin yang dengki kepadanya
2. Orang munafik yang membencinya
3. Orang kafir yang memeranginya
4. Syaitan yang menyesatkannya
5. Nafsu yang menentangnya..
mana satukah yang paling menyusahkan di antara 5 itu?!
bagi saya, seperkara yang saya pelajari dari pengalaman sendiri adalah:-
1. Orang mukmin yang dengki kepada saya hanya mendekatkan saya kepada ALLAH kerana kepadaNYA lah tempat saya mengadu kedukaan saya
2. Orang munafik yang membenci saya juga menyebabkan saya mengadu kepada ALLAH memohon pertolongan dariNYA agar terhindar dari fitnah yang dibawakan nya..
3. Orang kafir yang memerangi saya menyebabkan saya kembali kepada Kalam ALLAH, pesanan kekasihNYA dan para pewaris Nabi SAW yang mencintaiNYA ..
4. Syaitan yang menyesatkan membawa saya sentiasa ingat kepada ALLAH dengan bacaan2 mukjizat yang ditinggalkan Rasulullah SAW dan zikrullah sesuai firmanNYA:
Syaitan telah menguasai mereka, lantas ia membikin mereka itu lupa zikir ALLAH
[Al-Mujadalah:19]
5. Nafsu yang menentang saya... inilah cobaan yang paling sukar buat saya apabila adakala hawa nafsu menjauhkan saya dari mengadu kepada ALLAH,
malas memohon pertolonganNYA,
bertangguh dari mentaati suruhanNYA, dan
alpa dari mengingat peringatan NYA dan menyebut zikrullah..
tenggelam dalam khayalan tipudaya dunia..
dan maka, ia membawa segala macam kesesatan, kejahatan dan bisa menghilangkan segala kebaikan..
"Dan Aku tidak akan membiarkan nafsuku, bahawasanya nafsu itu sentiasa menyuruh berbuat jahat." [Surah Yusuf:53]
"Musuhmu yang paling perlu kau lawan ialah nafsu yang ada dalam tubuhmu." [Hadith]
Maka, nafsu itu sendiri mestilah dididik sehingga tenang umpama mendidik binatang yang buas. Ini disebut Nafsu Muthmainnah, seperti dalam firman ALLAH:
" Hai nafsu yang tenang! Kembalilah kepada Tuhanmu dengan gembira dan menggembirakan."
[Al-Fajr:27-28]
wallahualam..
KETIKA SUJUD KAKI DIRENGGANGKAN ATAU DIRAPATKAN ?
10 bulan yang lalu
2 ulasan:
saya setuju dengan puan.
puan,
bagaimana ingin dibezakan lintasan hati di antara nafsu,serta bisik bisik syaitan?
adakah nafs itu sebahagian ruh, atau sesuatu yang asing?
ketika ruh itu dikeluarkan, adakah bersamanya nafs? atau nafs itu kekal bersama jasm yang sudah kaku? ini kerana nafs sentiasa memerlukan jasmani untuk menunaikan kehendaknya.
puan, pernah puan alami bisikan-bisikan menyuruh ke arah kejahatan? di telinga kah ia, atau di hati?
semoga dengan jawapab puan, saya lebih faham apa itu nafs.
Alhamdulillah...
terimakasih krn cik Zawq sudi melawat dan membaca blog saya.
soalan cik memerlukan penjelasan yang panjang lebar..
cik boleh dapatkn buku Keajaiban Hati atau mana-mana kitab karangan Imam Al-Ghazali yg membincangkan soal hati utk dptkan perincian yang lebih baik..
namun, saya akan usahakan sebaiknya utk membentangkan bagaimana utk mengenal sifat2 nafsu, bisikan2 iblis/syaitan dan ilham dari ALLAH SWT bila ada kesempatan nanti,SECARA UMUM sahaja(krn saya tidak punya waktu utk mndptkn rujukan, kedua krn saya kurang berilmu), InsyaALLAH..
syukran.
Catat Ulasan