kata-kata hikmah..

Pesan Luqman Hakim pada anaknya, Hai anakku, bila engkau berteman, tempatkanlah dirimu padanya sebagai orang yang tak mengharapkan sesuatu daripadanya. Namun, biarkanlah dia yang mengharap sesuatu darimu

Selasa, 11 November 2008

soalan kepada saya..

bismillah.... segala puji dan syukur kepada ALLAH pencipta alam semesta dan segala makhlukNYA.. Selawat dan salam buat Nabi Muhammad SAW, keluarga baginda dan para sahabat baginda.. [sila baca shalawatnya]

ada ramai bertanya saya bagaimana untuk khusyuk mengadap ALLAH ..
bagaimana dapat mencintai ALLAH seperti dalam artikel saya terdahulu bertajuk tanda2 mencintai ALLAH..
Maha suci Tuhan.. bukan mudah buat saya menulis tentangnya .. tambah2 lagi saya sangat sibuk dengan urusan duniawi dan tuntutan tanggungjawab sedangkan hal ini perlu banyak penelitian dan rujukan..
saya tidak dapat menyatakan dalam bentuk amalan saya semata-mata kerana bolehjadi saja amalan yang sama tapi penghayatan yang tidak sama bakal berikan hasil yang berbeza.. ini bahaya buat saya dan orang2 yang belajar dari saya.. Kerana itu saya memerlukan masa agar dapat saya sampaikan dengan cara yang mudah difahami orang2 awam seperti saya.

sungguh saya tidak layak sama sekali untuk mengajar sesiapa.. maka, janganlah belajar dari saya.. kerana itu juga saya tidak akan menjawab pertanyaan ramai siapakah guru saya..
cuma, kepada yang bertanya adakah saya belajar/mengamal TARIQAT, jawab saya adalah TIDAK! adakah saya ahli TABLIGH.. jawapan saya juga TIDAK!
saya hanya seorang orang awam yang telah kembali kepada ALLAH.. itu sahaja..

blog ini hanya saya anggap sebagai "spark plug" atau pemula untuk seorang berfikir dan mencari kesalahan, kesilapan diri (kerana itu artikel saya tidak saya lengkapkan dan tidak panjang)
dan ilmu itu hendaklah dicari dan didapatkan dari seorang guru agama yang benar2 bertauliah (bertauliah tidak semestinya ada PHD atau ijazah..)

Demi ALLAH yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang, Tuhan Yang Maha Esa lagi Maha Berkuasa, satu perkara yang benar dari saya adalah segala isi blog ini adalah atas pengalaman dan amalan saya sendiri (kecuali saya nyatakan sumbernya). Saya tidak berani mengatakan apa-apa perkara selain dari perkara yang saya amalkan dan lakukan kerana tuntutan ALLAH amat berat untuk saya tanggung di kemudian hari.

sekian. harap maklum.

ikhlas,
aryna

2 ulasan:

Ibn Salleh. berkata...

Alhamdullillah satu jawapan yang amat ikhlas tanpa berselindung.Amalan yg. paling penting ialah senantiasa istiqamah walaupun sedikit.Bersyukurlah kerana kita dipilih oleh Allah ke jalan yg. diredhaiNya.Cuba dapatkan buku "Bio-Mekanik SOLAT (Kaedah Kemahiran KHUSYUK Melalui Fitrah Biologi dan Satu Kaedah Terapi) kajian Dr. Yusof Abas berharga RM16.00.Buku tersebut dihadiahkan oleh kakak saya di Seremban dan amat berkesan utk. dipraktikkan, Insya'allah.Jika berminat dapatkannya di GREEN TEK ENTERPRISE, 223-1A, Jln. Haruan 5/6,Pusat Komersial Oakland II,70300 Seremban,N.S.Email:green_tek_enterprise@yahoo.com.
Buku tersebut telah saya baca dan praktikkan.Alhamdullillah kaedah yg. digunakan bagi kita sebagai orang awam begitu meyakinkan.

aryna berkata...

terimakasih tuan...
oakland? oh.. sangat dekat lah dari pejabat ni..
InsyaALLAH, akan saya dapatkan segera...