kata-kata hikmah..

Pesan Luqman Hakim pada anaknya, Hai anakku, bila engkau berteman, tempatkanlah dirimu padanya sebagai orang yang tak mengharapkan sesuatu daripadanya. Namun, biarkanlah dia yang mengharap sesuatu darimu

Khamis, 6 November 2008

kerja...

sangat penat bila banyak kerja yang urgent sana, top urgent sini..
lebih2 lagi kalau tiba2 je bos panggil bagi kerja yg kena siapkan dalam masa yang mcm tak masuk akal.. sabar lah aryna.... moga ALLAH mudahkan segala urusanmu...
bila otak penat, badan penat, ditambah kesihatan yang kurang baik...
kepala dan badan yang sakit di sana sini.. bekalan "cellfood" pun dah berbulan kehabisan.. ini tambah teruk keadaan saya yang selalu kurang bekalan oksigen yang menyebabkan saya sering pening dan sakit kepala.. [oh! saya ada masalah dengan paru-paru yang lemah]

malam tadi saya tidur awal hingga tertinggal solat isya'. Suami kejutkan pun saya langsung tak sedar... terlalu penat ... saya terjaga hampir jam 1 pagi...
kemudian, saya tidur kembali.. terfikir sebentar untuk menetapkan jam di telefon untuk bangun lagi... tapi, disebabkan terlalu penat dan kepala yang sangat sakit, saya tak berdaya....
maka, kudoa dalam hati moga ALLAH akan bangunkan saya seperti waktu biasa saya akan terjaga jam 3 pagi atau sebelumnya...
sedar-sedar jam telah menunjukkan pukul 4:07 pagi... SubhanaALLAH.....!!!!!!! dah lambat!saya kelam-kabut untuk bangun solat... sebaik saja selesai solat witir yang terakhir saya terdengar azan di masjid!!! Ya ALLAH!!! aku belum baca yasin lagi... macamana nih?!!
sedangkan saya tak boleh menangguhkan urusan duniawi yang perlu dijalankan dengan segera... menyesal sampai bilapun takkan dapat kembalikan mutiara yang telah dilepaskan.

INILAH AKIBATNYA APABILA kita MEMBERI KERJA KEPADA ALLAH...
kalau urusan kerja itu hak kita, maka janganlah diserahkan kepada pihak lain untuk menjalankannya... pasti mendapat hasil yang tidak sempurna, bahkan kerugian lagi..

berusaha dahulu, kemudian baru berdoa dan akhir tawakkal kepada ALLAH..
serahkan segala urusanmu sepenuhnya di tangan ALLAH setelah berusaha sedaya upaya..
dan... layakkah kita meminta-minta dengan sewenang-wenang dan tambah-tambah lagi menyuruh ALLAH melakukan sesuatu pekerjaan untuk kita??!
bila doa kita tak makbul, jangan salahkan sesiapa melainkan diri sendiri..

2 ulasan:

Ibn Salleh. berkata...

Salam Aryna, hidup kita ini ada 2 perkara sahaja.Yang pertama 'keperluan' dan yang kedua ialah 'maksud'.
1)Keperluan- Bekerja itu satu keperluan utk. mencari rezeki,membeli pakaian,menyara anak-anak dan sebagainya.
2)Maksud-Inilah sebenar2nya maksud kita dilahirkan sehinggalah kita dijemput oleh Allah.Maksud hidup ini adalah untuk beribadat kepadaNya maka itulah sebenar2nya kita dijadikan.Tidak akau jadikan manusia dan jin hanya utk. beribadat kepadaku sebagaimana firman Allah swt maka jadikanlah maksud kita dilahirkan ini sebagai perkara yg. paling utama dalam kehidupan kita seharian.Jangan berkata kepada solat, aku ada kerja tetapi katakanlah kepada kerja sekarang waktu solat.Jadikanlah amalan ini supaya kita tidak bertangguh2 dalam mengerjakan solat kerana perkara yg. disukai oleh Allah ialah solat pada awal waktunya.

aryna berkata...

wsalam ustaz...
terima kasih atas nasihat yg sgt berguna.. InsyaALLAH saya akan ingat nasihat tuan..
moga ALLAH memudahkan urusan dan merahmati tuan, keluarga tuan dan perjuangan tuan... amiin..