kata-kata hikmah..

Pesan Luqman Hakim pada anaknya, Hai anakku, bila engkau berteman, tempatkanlah dirimu padanya sebagai orang yang tak mengharapkan sesuatu daripadanya. Namun, biarkanlah dia yang mengharap sesuatu darimu

Selasa, 18 November 2008

fakir atau kikir?!

cerita benar ya.. tentulah, InsyaALLAH... (cuma sedikit pengubahsuai pada gaya penceritaan, pada jarak waktu dan orang yang terlibat)

suatu hari ibu bertanya, A, boleh bagi mak RM50? nak beli barang dapur..
jawab si A, ala mak nih... orang dah lar nak sara anak 3 orang, sudahlah sensorang je tanggung diaorang.. mak mintak lah kat anak2 mak yang mak sayang tu.. dia kan kaya, banyak duit..
mak pun, dengan dukacita terus diam... (terfikir, anak mana pula yang kaya nih, agaknya istighfar saja dalam hati..)

tup-tup.. tak semena-mena 3 hari kemudian, si A balik ke rumah ibu yang dah nak roboh itu lagi, mengadu hal..
"mak tau tak?! semalam orang kena saman! hampeh betul la.. parking kat Terminal One masa nak amik T semalam, dah tu polis trafik tu tak nak bertolak ansur.. tak pasal-pasal dah kena RM300..."
tanya ibu tua, "abih tu, mana kau amik duit bayar saman?"
jawab si A, "tu lar.. nak tak nak kena lar bayar juga.. nasib baiklah ada duit sikit.. yang tak jadi bagi kat si T sebab bapak dia dah bayarkan yuran kolej dia tu.."
balas ibu tua, "oh! gitu... bapak dia bagi duit juga lah.. hmm... (dalam hati berkata juga, aku mintak RM50 tak boleh bagi, tapi saman RM300 ada lak duitnya..)

kisah kedua...

ibu: A, mak tak sihat.. antar gi klinik, boleh? nanti kau tolonglah bayarkan.. biasanya tak banyak, tak sampai pun RM20 kat klinik tu..
A: ala mak ni.. orang sibuklah mak! mak ajak lah anak kesayangan mak tu! lagipun orang mana ada duit...
ibu: hmm.. tak apa lah... bukan sakit sangat pun...
beberapa hari kemudian, si A pulang ke rumah ibu tua.
A: aduhai.. nasib memang tak baik saja... ari tu kena saman, semalam kereta kena langgar orang.. ari ni lak kawan kena tangkap basah nak guna duit RM700...
ibu: kau tolong dia ke? mana kau dapat duit?
A: ala.. ari tu orang amik duit baki jual rumah dulu, ingat nak bayar kereta yang rosak, tapi orang bengkel tu baik hati lak, dia kata boleh bayar kemudian, duit itulah bagi kat kawan tu..
ibu: (diam)

kisah lain...

si B balik ke rumah ibu tua yang dah usang itu...
"mak! kat umah orang nak buat majlis makan2.. marilah datang.."
si ibu tua menjawab, "macamanalah mak nak pergi.. kat rumah ni nak buat kenduri kawin adik kau.. banyak kerja nak dibuat.. mak pun tak sihat"
balas si B, "ala mak ni... biarlah budak2 lelaki tu buat semua.. apa guna ada diaorang.. lagipun yang nak kawin tu biarlah dia susahpayah sendiri (bahkan! yang berucap itu tidak pernah sekalipun bersusah payah dalam mengurus majlis perkahwinannya dahulu hingga saat menikah, dia masih bekerja!! dan segala kelengkapan & keperluan kewangan majlisnya sendiri disediakan oleh saudara2nya yang kini dicela .. alangkah besarnya nikmat ALLAH!)
jawab si ibu, "takkan kau tak boleh tolong.. kesian kat diaorang juga.."
balas si B lagi. " Iyalah.. mak siaplah.. orang antar mak pergi klinik.."
maka.. si ibu pun menurutlah.. setelah berada di klinik, si anak buat-buat tak tau sewaktu membayar bil yang hanya cuma berjumlah RM15! Setelah si ibu yang miskin terkial-kial mencari-cari dan mengorek sana-sini dalam tas tangannya, si anak membawa si ibu pulang ke rumahnya. Setiba di rumah, si ibu disuruh membantu isterinya menyediakan makanan untuk majlis menjamu tetamu mereka.
Lewat malam baru si ibu dihantar pulang untuk meneruskan kehidupannya seperti biasa tanpa dipedulikan si anak lagi.

Kisah yang lain pula..

Si C, anak yang hidup sangat sederhana.. Suami hanya pekerja am di sebuah Universiti tempatan. Meskipun C juga bekerja, tetapi demi keperluan kehidupan yang mendesak, tambah2 hadir 3 orang anak yang perlu dibesarkan, si suami terpaksa menjalankan pelbagai kerja sambilan termasuk memotong rumput di tepi lebuhraya dan sering pula ditipu pengusaha tanpa diberikan bayaran. Namun, tiap kali si C dan keluarga mengunjungi ibu tua di kampung, mereka tidak pernah pulang dengan tangan kosong, bahkan setiap kali juga membawa si ibu tua ke pasar untuk membeli apa saja keperluan si ibu.
Pernah si ibu menolak pemberian dan huluran mereka kerana menyedari kesederhanaan kehidupan pasangan suami-isteri tersebut, namun mereka menjawab,
"mak, dalam rezeki yang kami perolehi juga ada bahagian mak. Kami tidak berhak ke atasnya."

kisah di atas semuanya adalah berdasarkan kisah benar dalam kehidupan penulis. Sila jadikan iktibar bahawa ingatlah! ke mana pun kamu halakan wajah dan hartamu, hendaklah utamakan kedua ibubapa, kemudian saudara2mu, kemudian jiran2mu, kemudian sahabat2mu, kemudian saudara seagama, dan seterusnya..

apabila hal ini diabai atau dipandang remeh, sedarlah bila banyak musibah, kemalangan, kerugian yang lebih besar ditimpakan ALLAH agar kau sedar dan insaf! tapi, sebahagian daripada kita tidak pernah mencari sebab apabila terjadi musibah ke atas kita adalah atas kelalaian dan kesalahan kita sendiri dan malahan sanggup menyalahkan takdir Ilahi.

wallahualam..

1 ulasan:

Ibn Salleh. berkata...

Salah satu tanda2 kiamat apabila si ibu melahirkan seorang Tuan.Si Ibu membesarkan Tuan ini sehingga dia berjaya,berkahwin dan mempunyai anak.Disebabkan kesibukan bekerja maka anak2 diletakkan di bawah penjagaan ibunya yg. mana Si Ibu dijadikan sebagai pengasuh kepada anak2nya.Alasannya mudah,susah nak cari pembantu rumah dan lagipun anak2 saya cucu mak juga.Nak tak nak Si Ibu terpaksa jaga walaupun tidak redha.Diberikannya Si Ibu sedikit wang sebagai upah tapi bila tengah bulan dipinjamnya balik wang tersebut.Maka dgn. itu Si Ibu sebagai nenek dan Ayah sebagai Datuk terpaksa korbankan masa beribadah di masjid2 kerana sibuk nak menguruskan cucu2nya.Sang anak sibuk bekerja dan balik lewat tapi dapat makan sebab Si Ibu yg. diperhambakan telah menyediakan makanan ukt. Sang anak.Inilah yg. dikatakan akhir zaman dan banyak berlaku bila Si Ibu melahirkan Tuan bagi dirinya.