kata-kata hikmah..

Pesan Luqman Hakim pada anaknya, Hai anakku, bila engkau berteman, tempatkanlah dirimu padanya sebagai orang yang tak mengharapkan sesuatu daripadanya. Namun, biarkanlah dia yang mengharap sesuatu darimu

Selasa, 28 Oktober 2008

Wahai Pejuang Penegak Kebenaran...

Maka, sifat tawadhuk kepada seorang pejuang kebenaran bukan hanya kepada golongan orang-orang soleh dan orang-orang awam (yakni dakwah yang ingin disampaikan) tetapi juga kepada rakan-rakan seperjuangan meskipun antara mereka sering berselisih pendapat, kecuali kepada orang yang sombong, kerana pasti mereka akan lebih sombong lagi..

Maka, apabila datang seorang yang mengatakan sesuatu yang kelihatan jahil atau tidak difahami atau seorang yang menimbulkan keraguan akan kata-katanya janganlah terus diberi hukuman atau hilang sifat tawadhuk itu tetapi pertama-tama sekali hendaklah minta penjelasan dari beliau akan ucapannya itu. Setelah jelas kedudukannya, barulah diberikan nasihat dengan penuh hikmah. Agar tindakan susulan anda sebagai pejuang penegak kebenaran tidak melenyapkan rasa hormatnya kepadamu (bahkan sesiapa yang menyaksikan kata-katamu) yang boleh menjadi fitnah atas dirinya dan dirimu.

“Dan rendahkan dirimu kepada pengikut-pengikutmu dari kaum mukminin” (QS Asy-Syu’araa: ayat 215)

Bahawa ilmu seorang yang cinta kepada ALLAH, yang salik kepada ALLAH yang dipenuhi cahayaNYA keimanan dan taqwa hendaklah seperti ibaratnya resam padi.. semakin berisi semakin tunduk..

jangan sehingga kata-kata menunjukkan mengarah kesombongan diri (meski tidak bermaksud seperti itu atas sebab salah faham), hendaklah sentiasa bersikap tawadhuk agar sentiasa dihormati dan menjadi contoh akhlak yang mulia kerana sifat-sifat dan akhlak yang baik dapat menarik minat semua orang untuk mendengar berita dan kata-kata dari seorang pejuang kebenaran.

Maka hendaklah menjaga tutur kata dan akhlak kepada sesiapa juga hatta seorang yang jahil yang ingin jadi professor serba tau. heh heh heh... [maaf tuan.. bukan bermaksud ingin mencari salah atau benar, bahkan saya berterima kasih kerana peristiwa itu membuat saya berhati-hati akan kekurangan diri saya terutama saya yang kurang adab apabila amarah menguasai diri hingga iblis dan syaitan tertawa riang ]

kata Sheikh Ahmad Ibn Athaillah,
Setiap ucapan yang keluar merupakan pakaian hati yang mengeluarkannya..

Dan bahawa seorang pejuang penegak agama yang berjuang kepada kebenaran yang bercahaya hatinya adalah seperti ibarat yang saya tulis di artikel terdahulu bertajuk: Antara Orang Awam Dan Ulamak.. [klik di sini.. http://aryna914.blogspot.com/2008/09/antara-orang-awam-dan-ulamak.html]
Kata Sheikh Ahmad Ibn Athaillah lagi,
“Barangsiapa diberi izin padanya di dalam memberi keterangan, maka dapat difahami ibaratnya oleh para pendengar & dilahirkan isyaratnya kepada mereka.”

“Sungguh engkau dalam akhlak budi yang luhur” (QS Al-Qalam: 4)

Saya tak perlu mengingatkan kisah-kisah Para Nabi atau para sahabat tentang akhlak dan sifat tawadhuk ini kerana ramai telah maklum tentang hal ini, malah semestinya lebih arif dari saya yang serba kekurangan ini.

Tetapi ingin saya ceritakan tentang seorang yang pandangan matanya dapat menundukkan mata yang melihat yang mana beliau bila berkata hanya bila perlu sahaja namun menusuk tajam ke jiwa hingga ada hati yang hitam menjadi putih bersih.

Kisah beliau,
Dalam menyampaikan dan menunaikan amanat ALLAH yang diberi kepadanya, sering dia memberi tazkirah kepada jemaahnya agar terang dan jelas segala ibadat. Namun, dalam hampir setiap tazkirah yang diberi akan terdapat 2 orang yang jahil pasti mencantas dan mencelah sewaktu beliau sedang memberikan nasihat dan panduan. Antara kedua mereka akan mengulang atau menambah kata-kata mengikut akal fikiran kejahilan mereka masing-masing.

Namun, beliau yang sering tidak tidur berhari-hari kerana menyampaikan seruan dan amanat yang dipertanggungjawabkan, tidak pernah sama-sekali marah atau menunjukkan ketidaksenangannya akan gangguan-gangguan mereka itu melainkan beliau akan berdiam sehinggalah kedua-dua mereka itu akhirnya diam juga kerana lelah. Setelah itu beliau akan menyambung kembali tazkirah yang terganggu dan meluruskan kata-kata kejahilan mereka yang salah pengetahuan itu tanpa menuju terus mengatakan mereka salah.

Saat terakhir sebelum berpisah, barulah dia menegur dan memberikan nasihat akan segala kesilapan jamaahnya (yakni secara umum, tidak ditujukan terus kepada si pembuat kesilapan demi menutup aib mereka) Beliau menegur dengan cara bercerita tentang kisah-kisah teladan dan syairnya hingga kesemua jamaah mengalir airmata keinsafan. (samada keinsafan itu kekal atau sementara, tetap kata-kata beliau menyinarkan cahaya dan hidayah dari ALLAH Swt).

berikut kata-kata yang sangat bercahaya dari Sheikh Ahmad Ibn Athaillah:

“CAHAYA PARA HUKAMA’ (ORANG-ORANG MAKRIFAT) selalu mendahului ucapan-ucapan mereka, maka sekiranya mendapat cahaya maka sampailah ucapan itu”

maaf... saya tidak menulis terlalu panjang.. bimbang mengeliru dan membosankan..

tambahan:
Abu Laits meriwayatkan dari Said bin Al-Musayyab berkata, Nabi Muhammad SAW bersabda:-
"Puncak akal sesudah iman pada ALLAH pandai bergaul dengan sesama manusia,
dan berhubungan dengan mereka,
dan tidak akan binasa orang yang suka musyawarah,
dan tidak akan selamat orang yang hanya fanatik dengan pendapat sendiri.
Dan apabila ALLAH akan membinasakan seorang, maka pertama yang dirosak cara berfikirnya.
Dan orang-orang yang baik di dunia ini, mereka pula orang-orang yang baik di akhirat,
juga ahli mungkar (kejahatan) di dunia ini, mereka juga yang celaka di akhirat."

wallahualam bissawab..

p/s: kali ini saya tulis sedikit draf kerana artikel kali ini sangat berat untuk dinyatakan. Tambahan saya seorang yang sangat bodoh lagi kurang ilmu dan bahawa saya menulis hanya kerana pengalaman saya menemui ramai pejuang-pejuang penegak agama yang bertelingkah bahkan ada yang memaki hamun serta mendoakan keburukan kepada rakan-rakan seperjuangan yang berlainan fahaman, namun kita tetap sama-sama umat Nabi Muhammad SAW yang berjuang untuk agama Islam yang mulia.

Tiada ulasan: