kata-kata hikmah..

Pesan Luqman Hakim pada anaknya, Hai anakku, bila engkau berteman, tempatkanlah dirimu padanya sebagai orang yang tak mengharapkan sesuatu daripadanya. Namun, biarkanlah dia yang mengharap sesuatu darimu

Selasa, 21 Oktober 2008

CINTA.. SAHABAT.. kerana ALLAH..

kita sering mendengar ungkapan bahawa cintaku kepadamu kerana ALLAH..
kasihku kepada nya kerana ALLAH..
maka, apakah makna pengertian sebenar dari ungkapan ini?!
selain daripada sebab berlaku adalah samada untuk menyelamat atau membimbing sidia ke jalan yang diredhai ALLAH, atau semata-mata kerana tuntutan sunnah Rasulullah untuk berpasangan atau menyambung silaturahmi..
sebahagian lagi seperti saya adalah kerana agar termasuk dari 7 golongan yang mendapat perlindungan di akhirat sepertimana hadith RASULULLAH SAW bersabda yang antara maksudnya: “... Sebilangan manusia yang dinaungi Allah di bawah naungan-Nya pada hari kiamat iaitu hari yang tidak ada sebarang naungan padanya selain naungan Allah; di antaranya ialah dua orang yang berkasih sayang kerana Allah yang kedua-duanya berkumpul dan berpisah untuk mendapat keredaan Allah... ” (Riwayat Abu Daud dan Ibnu Majah)
dan... Hadith Rasulullah SAW berkata,
Demi yang diriku ada di Tangan-Nya, tidaklah seorang hamba itu disebutkan beriman sehingga dia mencintai bagi saudaranya apa yang dia cintai bagi dirinya sendiri."(Diriwayatkan AL-bukhary dan Muslim)

saya senang ungkapkan seperti syair saya berikut:-

Maka perangilah emosimu
Telah keterlaluan Melangkaui akalmu
Tak habis-habis mendesak dan memaksa
Sedangkan cintamu haruslah
Merayu dan membimbing dia untuk cintakan Maha Pencipta,
Bukan merayu dia ‘tuk dirimu sendiri
Itu tamak artinya…
Seharusnya kau meminta dia ‘tuk memuji Yang Khaliq,
Bukan meminta dia memuji dirimu
Itu riak artinya…
Haruslah kau ‘tuk memimpin dia berjalan di titian hidup menuju Yang Hakiki
Bukan memimpin dia ‘tuk berjalan denganmu di titian awangan
Itu angan-angan artinya…
Seharusnya kau ‘tuk memahami dia, Bukan dia ‘tuk memahamimu
Itu pentingkan diri artinya…
Seharusnya kau menghiburkan dia,
Bukan mengharap dia menghiburkanmu
Itu mengundang kebencian artinya..
Seharusnya kau ‘tuk menjadikan dia
Sahabatmu yang tak kau harap suatupun dari kebaikanmu terhadapnya
Bukan menjadikan dia sahabat yang tidak mengharapkan sesuatupun darimu
Itu kehancuran dalam perhubungan akhirnya..
Maka kembalikan akalmu di tempatnya
Kurunglah emosimu hingga jaya telah di tanganmu
Baru lah kau datang kembali katakan padaku
Cintamu ini adalah kerana ALLAH!
Maka pasti DIA takkan sia-siakanmu


apabila bersahabat, menyintai seseorang, hendaklah kita tidak mengharapkan balasan atau apa2 kebaikan dibalas oleh sahabat kita itu atas apa yang kita berikan walau sedikitpun darinya apabila telah terlalu banyak yang kita berikan sekalipun, kecuali mengharapkan doa, nasihat dan keikhlasannya terhadap kita
hendaklah kita mengambil berat dan bertolak ansur serta mengutamakan dia seperti kita utamakan kepentingan diri kita.. tetapi bukanlah dengan paksaan atau berlebihan hingga dia lemas atau hingga kita meninggalkan kepentingan terhadap urusan kepada ALLAH (termasuk hal2 peribadi dan keluarga)
hendaklah menghormati adab dan tatasusila bersahabat atau bercinta agar diberkati
ALLAH akan hubungan tersebut..
hendaklah segala kata-kata dan perbuatan kita untuk manfaat bersama selagi tidak memberikan bebanan kepada mana-mana pihak antara keduanya
hendaklah juga mengambilkira perasaan pihak-pihak ketiga yang terlibat sama, seperti ibu, bapa, adik beradik, suami/isteri, dan rakan-rakan yang lain

wallahu'alam...

Tiada ulasan: