kata-kata hikmah..

Pesan Luqman Hakim pada anaknya, Hai anakku, bila engkau berteman, tempatkanlah dirimu padanya sebagai orang yang tak mengharapkan sesuatu daripadanya. Namun, biarkanlah dia yang mengharap sesuatu darimu

Jumaat, 6 Mac 2009

SEHINGGA KETEMU LAGI, INSYAALLAH...

Alhamdulillah..
segala puji dan syukur kepada ALLAH Swt yang menjadikan segalanya sempurna buat kita..
selawat dan salam kepada Nabi SAW junjungan kita, keluarga dan para sahabat baginda..

Hari ini merupakan hari terakhir saya di sini, sehingga saya tak tau bila lagi saya dapat online di internet, ym, email mana saja di dunia siber ini.. kerana hari ini saya meletak jawatan di firma saya bekerja setelah terlalu lama bertahan...
kenapa?

DEMI ALLAH!!! SAYA DIFITNAH ORANG SEHINGGA MAJIKAN SAYA YANG TELAH LEBIH SEDEKAD KENAL DAN FAHAM SAYA BOLEH SEWENANG-WENANG MENERIMA FITNAH TERSEBUT TANPA SOAL SELIDIK..!!!

hanya kerana seorang setiausaha (dari ofis di PJ, saya di Seremban) yang menangis-nangis depan majikan dengan menuduh saya marah2 menjerit-jerit dan menghempas telefon, walhal saya ini seorang yg bersuara tinggi dan nyaring..
sekiranya saya berbuat begitu, satu ofis akan dengar jeritan saya! kenapa tidak majikan saya tanyakan pada rakan2 ofis lain akan hal ini?! alangkah mudahnya menjatuh hukuman ke atas saya..

Demi Tuhan... saya mohon diampunkan segala dosa saya dan mereka..

Alhamdulillah.. saya terima semua ini dengan hati yang lapang.. dengan penuh syukur.. Semoga segala yang berlaku membawa kebaikan buat saya dan keluarga di dunia dan di akhirat..

ada la masa saya sepenuhnya untuk mengadap ALLAH Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang..

dengan ini, saya mohon ampun dan maaf kepada sekalian saudara di sini.
Juga halalkan apa2 yang tak saya sedari yang bukan milik saya (sekiranya ada..)

sekian.

ikhlas,
Bharuzlina bt Baharudin

3 ulasan:

Admin berkata...

Assalamu'alaikum wbth

Semoga puan selalu berada di dalam rahmat ALlah, bersabar dengan ujian dan dugaan dariNya.

Sesungguhnya di dalam kesulitan ada kemudahan, dan sesungguhnya di dalam kesulitan ada kemudahan..

Tanpa Nama berkata...

Assalamu'alaikum wbth. Lina & Razak,
Semoga Lina banyak bersabar, anggaplah dugaan dari Allah swt. Semoga hari-hari mendatang akan sentiasa tabah.

aryna berkata...

Salam,

Tuan Ibnu Nafis,
terimakasih sebanyak-banyaknya mendoakan saya dan keluarga.
Alhamdulillah dan insyaALLAH kami yakin pada janji ALLAH, terutama semua ini berlaku sejurus lepas saya lakukan solat sunat istikharah memohon petunjuk dari ALLAH Azzawajalla.. syukurlah.

Hfyz,
giliran kami lah terima nasib macam kau dan lain2 geng kita dulu.. eh kau tau ke, projek naiktaraf PD,projek kau handle dulu meski kecik tapi besar kerenahnya yang dtengok sebelah mata tu telah buat aku berjaya dapatkan tambahan hampir RM200ribu..Sib baik consultants lain banyak sokong aku..Alhamdulillah..
redha sajalah adik oii...tapi semua tu pengalaman berharga.

terimakasih jengok blog aku nih..malunya... hehehe..